CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Nora J Seksi Bertudung Keluar Album Baru


Nora J Seksi Bertudung Keluar Album Baru

Penyanyi terkenal suatu ketika dahulu, Nora Ariffin (gambar) atau dikenali sebagai Nora J (gambar) bakal muncul dengan album solo selepas Hari Raya Aidilfitri ini.

Menurut Nora J, album ini sudah hampir siap 100 peratus dan memuatkan 10 buah lagu termasuk lagu-lagu yang pernah popular suatu ketika dahulu.

“Selepas Nora J tampil dalam album dengan penyanyi kanak-kanak iaitu “Voices of Ummi” (VOU), saya rasa sudah tiba masanya untuk mengeluarkan album solo pula.

"Antara lagu yang dimuatkan adalah Samudera, Tulus dan Secebis Harapan yang merupakan lagu lama manakala lagu baru adalah Terima Kasih Ibu,” kata Nora Ariffin yang mahu dikenali sebagai Nora J.

Gambar Nora J Seksi Bertudung Keluar Album Baru Selepas Raya
Gambar Nora J Seksi Bertudung Keluar Album Baru Selepas Raya

Berkongsi tentang petua kecantikan itu, Nora J mengaku terpaksa mengambil masa selama empat bulan untuk kurus dengan meletakkan beberapa syarat.

“Saya hanya mengamalkan petua ringkas iaitu kurang makan nasi dan makanan bergoreng. Sebaliknya saya lebihkan makan buah-buahan, sayur-sayuran yang dikukus serta salad.

“Selepas badan kembali langsing, saya tidak sangka dapat memakai semula baju-baju lama,” kata Nora J yang berjaya menurunkan berat badan sebanyak 8 hingga 10 kg.

Yang penting, Nora J melakukan perkara tersebut bukan kerana terpaksa sebaliknya demi mendapat tubuh badan yang sihat. -MStar.

Tengok Video Nora J Seksi Hot Bertudung Dengan Imej Lebih Sopan dan Islamik Berdakwah.




mohdrohaizad.com - Selepas lama menyepi dari dunia seni nyanyian Malaysia. Kini Nora Ariffin kembali dengan imej baru Islamik dan mahu lebih dikenali sebagai Nora J. Semoga Nora J sukses dan berjaya dengan album terbarunya yang bakal keluar selepas hari raya Aidilfitri.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Nora J Seksi Bertudung Keluar Album Baru By Mohd Rohaizad. Published: 30.8.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...