CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Percintaan Farhan AF4, Rashdan Suhaimi Bakal Bertunang


Percintaan Farhan Azizan (AF4), Rashdan Suhaimi Bakal Bertunang

Menjalin hubungan selama 5 tahun bukanlah sesuatu yang mudah. Selain itu, bila harus berjauhan untuk satu tempoh yang lama. Namun, semua dugaan itu nampaknya sudah berakhir buat bintang Akademi Fantasia 4, Farhan Azizan dengan teman lelakinya, Rashdan Suhaimi yang sebelum ini telah pun melanjutkan pelajaran dan bekerja di Inggeris (UK).

Sebabnya, Rashdan Suhaimi yang berusia 27 tahun dan sebaya dengan Farhan Azizan sudah pun mendapat pekerjaan di Malaysia. Jadi, kepulangannya ke tanah air sejak 3 minggu yang lalu adalah kepulangan yang boleh dianggap back for good.

Wartawan Hiburan Kejar Percintaan Rashdan Suhaimi dan Farhan AF4

Pertama kali mengenal Rashdan, dia nampak seakan tidak selesa apabila dikelilingi pihak wartawan. Namun setelah diajak berbual, Rashdan mudah bekerja sama. Malah, lucu juga bila dia bercerita tentang saat dia mula menyaksikan penglibatan Farhan dalam AF4.

"Waktu tu saya memang tidak suka dia. Saya pun tak tahu kenapa. Saya ada kasitau Farhan pasal hal ni. Tapi, entah bagaimana, masa sambutan birthday dia (selepas berakhirnya AF4), saya juga hadir sama.

"Setelah mengenali dia, saya rasa dia okey. Dari situ kami terus mengenal satu sama lain. Sehingga menjadi lebih serius seperti sekarang ini. Apa yang saya suka tentang Farhan adalah sikap dan perwatakannya yang friendly, mudah menyesuaikan diri dalam semua keadaan.

"Dia juga tidak ada masalah untuk bergaul keluarga saya dan teman saya. Satu lagi, dia juga seorang yang berdikari. Saya rasa itu sangat penting untuk seorang wanita," katanya.

Percintaan Farhan AF4 dan Rashdan Suhaimi Bakal Bertunang
Gambar Percintaan Farhan AF4, Rashdan Suhaimi, Adakah Mereka Bakal Bertunang?

Jelas Rashdan lagi, memang tidak mudah berjauhan dengan Farhan ketika dia berada di UK.

"Tapi, saya percaya dengan dia dan kami sering berhubungan melalui SMS atau Skype. Jadi, sedikit-sebanyak, hal itu lebih mendekatkan kami lagi," katanya.

Majlis Pertunangan Farhan AF4 & Rashdan Suhaimi 2012

Ditanya apakah lanjutan hubungannya dengan Farhan selepas kepulangannya secara back for good di Malaysia, Rashdan Suhaimi berkata, dia merancang untuk bertunang dengan Farhan di awal tahun depan.

"Sebenarnya kami belum dicuss apa-apa lagi pasal hal ini. Tapi, saya rasa, inilah saatnya kami menjalin suatu ikatan yang lebih suci sebelum kami memutuskan untuk mendirikan rumahtangga," kata lelaki 4 beradik ini.

Sementara itu, Farhan berkata, walaupun Rashan nampak seperti seorang yang pendiam tapi, dia sebenarnya seorang yang lucu dan pandai mengambil hatinya.

"Macam pasangan lain, kami pun selalu gaduh, tapi sebab saya ni keras kepala, jadi dialah yang lebih banyak mengalah," katanya lagi.

Ditanya pula tentang perancangan mereka untuk bertunang, Farhan Azizan berkata, sebenarnya mereka tak merancang lagi untuk bertunang atau mendirikan rumahtangga.

"Tapi, saya rasa jika mahu ke arah itu, kami perlu berbincang dulu dengan pihak keluarga," katanya. -Murai.

Tengok Video Persembahan Farhan AF4 - Lagu Biarlah Rahsia.




mohdrohaizad.com - Ada yang masih mengingati Farhan AF4? Adakan hubungan percintaan Farhan AF4 dan Rashdan Suhaimi yang bakal bertunang tahun depan ini akan berakhir ke majlis pernikahan? Sama-sama kita nantikan..

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Percintaan Farhan AF4, Rashdan Suhaimi Bakal Bertunang By Mohd Rohaizad. Published: 14.8.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...