CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Queens Park Rangers (QPR) Dibeli Tony Fernandes


Tahniah! Pasukan Bola Sepak Queens Park Rangers (QPR) Dibeli Tony Fernandes!

CEO Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes hari ini muncul sebagai pemilik majoriti baru kelab bola sepak Perdana Inggeris, Queens Park Rangers (QPR) dan mempunyai 66 peratus saham.

Menurut laporan The Guardian hari ini, beliau mempunyai pegangan itu dengan membelinya pada harga £ 35 juta (RM168 juta).

Fernandes (gambar) dilaporkan membeli keseluruhan pegangan dimiliki Bernie Ecclestone dan harga itu juga dikatakan sama dengan nilai pelaburan Ecclestone dan rakannya Flavio Briatore pada 2007.

Dengan perkembangan ini, Fernandes menjadi tokoh terbaru dalam senarai ahli perniagaan dari Asia melabur dalam kelab-kelab bola sepak Inggeris. Sebelum ini, bekas Perdana Menteri Thailand yang kini dalam buangan, Thaksin Shinawatra membeli Manchester City dan hartawan Hong Kong Carson Yeung membeli Birmingham City.

Gambar Queens Park Rangers QPR Dibeli Tony Fernandes
Gambar Queens Park Rangers (QPR) Dibeli Tony Fernandes

"Saya selalu mahu terlibat dalam bola sepak dan rayuan sebuah kelab London seperti QPR, adalah kesempatan yang sukar untuk dipinggirkan begitu saja," kata Fernandes lagi.

"QPR merupakan berlian mentah dan moga-moga saya boleh menyumbang untuk menjadi satu berlian. Saya mahu peminat-peminat bangga dengan apa yang kami lakukan dan terlibat bersama sejauh yang boleh," kata beliau lagi.

Tony Fernandes Pemegang Saham Utama QPR

Laporan kelmarin menyebut beliau bakal membeli saham pemilik Formula 1 Ecclestone yang merupakan pemegang saham utama dalam QPR dengan urus janji itu kemungkinan diumumkan dalam waktu dekat.

Ecclestone memegang 66 peratus saham kelab itu, bersama-sama hartawan besi dan baja dari India Lakshmi Mittal, seorang lagi pemegang saham utama dengan 33 peratus dan bekas kapten Renault Formula 1, Flavio Briatore mempunyai satu peratus.

Ecclestone merupakan pemegang saham utama kelab itu sejak lima tahun lalu dan beliau telah sejak lama mau menjualnya.

Fernandes, yang juga pemilik pasukan Team Lotus Formula 1, menghangatkan lagi spekulasi pengambilalihan itu pada Sabtu lalu apabila ia menyaksikan kekalahan pasukan itu 4-0 pada Bolton dari kotak pengarah di Loftus Road.

Wall Streets Journal kelmarin melaporkan Fernandes bakal membeli 51 peratus pegangan dalam kelab itu dari Ecclestone dan beliau dikatakan akan membeli saham itu bersama-sama Mittal, yang sudah memiliki satu pertiga saham kelab itu.

Sebuah lagi akhbar, Financial Times juga melaporkan Fernandes bakal mengambil alih saham majoriti QPR sejak Isnin tetapi mengingatkan urus janji itu masih belum dikurung dan mungkin akan tertangguh atau bahkan batal setelah pihak-pihak harus mencapai persetujuan pada maklumat muktahir.

Tony Fernandes Peminat West Ham United

Fernandes, peminat West Ham, telah beberapa kali mencuba dan gagal membeli West Ham United, kelab bola sepak utama di timur London.

Minggu lalu, Fernandes melalui Tune Air telah memperoleh kawalan tidak rasmi Malaysian Airline System dengan memegang 20.5 peratus saham dalam syarikat penerbangan nasional itu melalui perjanjian pertukaran saham dengan cabang pelaburan kerajaan Khazanah Nasional, yang sebagai balasannya akan memegang 10 peratus saham dalam AirAsia Berhad.

Tahun lalu, Forbes Asia mengadar kekayaan peribadi Fernandes sebanyak US $ 330 juta (RM982 juta), meletakkannya di ranking ke-19 dalam senarai orang paling kaya di Malaysia. -MalaysiaInsider.

mohdrohaizad.com - Tahniah diucapkan kepada Tan Sri Tony Fernandes yang berjaya membeli QPR namun jauh dilubuk hati Tony Fernandes masih berharap untuk membeli West Ham United. Malaysia Boleh!

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Queens Park Rangers (QPR) Dibeli Tony Fernandes By Mohd Rohaizad. Published: 19.8.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...