CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Memuatkan ...

Safiq Rahim - Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia


Safiq Rahim - Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia Sambut Merdeka Dengan Harum Nama Negara

Jika boleh diberi perumpamaan, kesibukan Safiq Rahim mengalahkan para menteri! Namun itu adalah pengorbanan yang harus dibuat apabila Safiq Rahim yang berikrar untuk memikul tanggungjawab mengharumkan nama negara melalui kerjayanya sebagai pemain bola sepak profesional Malaysia.

Menurut Safiq Rahim yang merupakan anak sulung daripada dua beradik ini, walau tidak mempunyai perlawanan, Safiq Rahim dan anggota pasukan yang lain tetap wajib melakukan rutin latihan pada setiap hari, termasuk pada bulan Ramadan.

"Cuti raya juga hanya dua hari iaitu hari ini dan esok. Kemudian, jadual harian saya menjadi seperti biasa dan seminggu selepas raya, saya sudah mempunyai perlawanan besar iaitu Asia Cup," kata Safiq Rahim yang sudah menjadi pemain negara sejak berusia 14 tahun.

Gambar Safiq Rahim Sambut Hari Raya dan Hari Merdeka
Gambar Safiq Rahim Sambut Hari Raya dan Hari Merdeka

Wajib memiliki dua pasang baju Melayu setiap kali Syawal hadir, si penggemar lemang, ketupat, nasi impit dan rendang ini saat ditanya tentang definisi raya memberi satu penjelasan tanpa huraian yang panjang. Aidilfitri bermakna hari kemenangan. Kata Safiq Rahim, menang daripada semua segi.

Ketika ditanya tentang ulang tahun kemerdekaan negara ke-54 yang jatuh seiring Aidilfitri, Safiq Rahim memberitahu: “Nikmat sebenar merdeka sebenarnya lebih dirasai oleh generasi yang berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan negara dulu.

"Kita, sebagai generasi baru harus menyambung legasi ini dengan aspirasi yang tinggi terhadap apa yang kita peroleh pada hari ini."

Malah Safiq Rahim sebagai anak muda yang baru menginjak usia 24 tahun menzahirkan patriotisme dengan bertarung bersungguh-sungguh di padang bola. Kata Safiq Rahim lagi, dia tidak bertarung untuk diri sendiri, tapi untuk sekurang-kurangnya membuat nama negara harum, biarpun dalam pertarungan adakalanya mereka tewas tetapi itu bukti cinta dia terhadap bumi bernama Malaysia. -Kosmo.

Tengok Video Safiq Rahim - Pakar Sepakan Percuma (Free Kick) Malaysia Lawan Liverpool




mohdrohaizad.com - Para pemain bola sepak Malaysia sentiasa cuba untuk mengharumkan nama Malaysia. Penulis berharap para peminat sukan nombor satu Malaysia tetap memberi sokongan yang teguh kepada pasukan Harimau Malaya pada setiap waktu. Adakah Safiq Rahim akan ke QPR atau Cardiff City nanti? Sama-sama kita nantikan berita gembira, siapa pemain bola sepak profesional Malaysia yang bakal menjadi pemain di liga eropah.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Safiq Rahim - Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia By Mohd Rohaizad. Published: 30.8.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...