CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Sham Kamikaze & Iwan Syahman - Mencari Hidayah Ilahi


Sham Kamikaze & Iwan Syahman - Mencari Hidayah Ilahi

Masih mengenai penghijrahan artis untuk mencari jiwa yang lebih tenang, kami tampilkan Shamril Salleh atau lebih dikenali sebagai Sham Kamikaze dan Iwan Syahman yang dulunya cukup dikenali dengan lagu dandut.

Shamril Salleh (Sham Kamikaze) Mencari Hidayah Allah

“Sejak tiga tahun lepas saya selalu ikuti blog Dr. Asri di mana saya tertarik dengan pengupasan yang dikongsi dalam blognya. Dari situ timbul niat nak jumpa dengan beliau dan Alhamdulillah, saya dapat berjumpa dengannya.

“Agaknya Tuhan nak bagi hidayah kepada saya. Dulu saya pernah memakai subang dan gelang di mana kita tahu perkara itu haram di sisi Islam. Kadang-kadang solat pun saya buat tak buat. Apabila dapat hidayah, saya terus berdoa agar Tuhan menunjukkan jalan yang lurus dan semoga saya menjadi umat Islam yang betul.

Gambar Sham Kamikaze Bersolat Temui Hidayah Petunjuk Allah
 Gambar Sham Kamikaze Bersolat Temui Hidayah Petunjuk Allah.

“Satu hari, dari Kuala Lumpur sekitar jam 2.00pagi, saya dan kawan nekad untuk solat di merata masjid di seluruh Malaysia. Kami pergi ke beberapa buah masjid di Kedah dan Perlis. Dipendekkan cerita, ketika kami singgah bersolat di sebuah masjid di Kangar, ada Iman Besar Masjidil Haram, Sheikh Dr. Abdul Rahman Al-Sudais di situ. Ia merupakan salah satu peluang sebagai seorang Islam di mana mereka yang pergi Haji pun belum tentu dapat melihatnya di depan mata. Ketika itu, saya tahu belum tentu saya berpeluang bersalam dengannya.

“Allah Maha Berkuasa, Dia cipta hidayah sekali lagi di mana tiba-tiba Imam Abdul Rahman lalu di depan saya dan menghulurkan tangannya. Sejak pertemuan tak dirancang itu, saya sentiasa berdoa kepada Allah agar diberi petunjuk kepada saya seperti mana Dia bagi kepada Rasul. Alhamdulillah, saya memperoleh hidayah yang sangat besar di mana Allah bagi saya satu semangat untuk buat yang terbaik dan memberi impak yang besar pada hidup saya.”

Kredit Foto : www.facebook.com/KamikazeSham

Iwan Syahman (dulu dikenali sebagai Iwan Raja Dangdut)

“Saya anggap kehidupan saya ini sebagai satu pembaziran. Selepas bercerai dengan isteri kedua, saya rasa hidup saya sunyi sangat. Hidup saya jadi tidak tentu arah dan kucar-kacir. Dari situ, timbul rasa ingin berubah sejak tiga tahun lepas tatkala saya bersendirian memikirkan kisah lampau. Saya terus nekad untuk mencari sesuatu sebagai pengisian kekosongan hati saya.

“Saya akui saya hanyut dengan keseronokan dunia yang bersifat sementara ini. Saya tidak menafikan saya juga pernah mengalami zaman jahiliah di mana macam-macam jenis maksiat saya pernah buat. Alhamdulillah, Allah telah memberi hidayah kepada saya bagi memulakan kehidupan baru. Saya menyertai kumpulan tabligh dan belajar serba-sedikit tentang ilmu agama yang telah lama saya tinggalkan.” -Gua.

Lihat Video Youtube Sham Kamikaze Terima Hidayah Bersama Temubual Dr Asri.




mohdrohaizad.com - Akhirnya Sham Kamikaze dan Iwan Syahman yang suatu ketika dahulu terkenal dalam industri hiburan Malaysia kembali ke jalan Allah dengan gaya lebih Islamik. Perubahan yang drastik berbanding mereka suatu ketika dahulu penuh dengan kepura-puraan. Kita bila lagi hendak berubah? Orang kita selalu beri alasan "belum sampai seru".

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Sham Kamikaze & Iwan Syahman - Mencari Hidayah Ilahi By Mohd Rohaizad. Published: 23.8.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...