CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Memuatkan ...

Shila Amzah Minat Sharnaaz Ahmad Sampai Menangis


Shila Amzah Minat Lakonan Sharnaaz Ahmad Untuk Klip Video Patah Seribu

Penyanyi Shila Amzah mengakui sangat meminati lakonan Sharnaaz Ahmad dan meminta pelakon tersebut berganding dengannya dalam klip video Patah Seribu.

Jelas Shila Amzah, dia dan keluarganya memintai lakonan Sharnaaz Ahmad terutamanya ketika menonton drama Ungunya Cinta yang sedang ditayangkan di TV3.

Gambar Shila Amzah Meminati Lakonan Sharnaaz Ahmad
 Gambar Shila Amzah Meminati Lakonan Sharnaaz Ahmad Sampai Menangis

"Ketika pengarah bertanyakan tentang pelakon lelaki untuk klip video ini, saya terus terfikir Sharnaaz Ahmad sebab saya minat dengan lakonannya dan pernah menangis melihat dia berlakon dalam Ungunya Cinta.

"Keluarga saya turut meminati Sharnaaz Ahmad kerana menonton lakonannya dan dia juga bersetuju untuk berlakon bersama dalam video klip ini," kata Shila Amzah.

Gambar Sharnaaz Basir Ahmad Kacak Hot
 Gambar Sharnaaz Ahmad Kacak Hot

Dalam pada itu, Shila Amzah mengakui gementar untuk berlakon kerana ini merupakan kali pertama dia beraksi di hadapan kemera.

"Saya tidak pernah berlakon sebelum ini sudah tentu ada rasa gementar terutamanya untuk membawa sesebuah karakter biarpun hanya 10 adegan saja," tutur Shila Amzah.

Video klip yang dijangka akan dikeluarkan bulan depan ini mengisahkan tentang percintaan dua darjat yang tidak kesampaian. -MStar.

Tengok Video Sharnaaz Basir Ahmad Dalam Ketuk-Ketuk Ramadhan Bersama Shiela Rusly.


mohdrohaizad.com - Shila Amzah pun meminati Sharnaaz Ahmad. Penulis lihat Sharnaaz Ahmad boleh mejadi hero Malaysia yang terbaru kerana mempunyai bakat lakonan yang boleh pergi jauh.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Shila Amzah Minat Sharnaaz Ahmad Sampai Menangis By Mohd Rohaizad. Published: 26.8.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...