CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Siti Nurdiana (Nana) Hadapi Masalah Kewangan Teruk


Betul Ke Siti Nurdiana (Nana) Hadapi Masalah Kewangan Teruk Sehingga Tidak Mampu Bayar Sewa Rumah?

Baru-baru ini timbul desas-desus yang mengatakan penyanyi Siti Nordiana menghadapi masalah kewangan yang teruk sehingga tidak mampu membayar sewa rumah dan terpaksa menghantar pulang anak tunggalnya, Muhammad Rayyan Nakhaie ke kampung. Benarkan tuntutan ini, atau ia sekadar gosip liar?

Kesempatan bertemu dengan Nana di rakaman Melodi Raya pada Rabu lalu memberi kesempatan untuk media hiburan menanyakan hal ini. Ternyata Nana terkejut besar ketika mendengar tentang tuntutan tersebut. Jelas Nana, ia sama sekali tidak benar.

"Macamana cerita ini boleh timbul? Terkejut Nana mendengarnya. Apa yang boleh Nana katakan adalah, ia sama sekali tidak benar. Memang karier Nana sekarang ini tidak sebagus di awal kemunculan dahulu, tetapi tidak seteruk seperti yang didakwa. Rayyan masih tinggal bersama Nana. Tentang sewa rumah yang tidak berbayar pun tidak benar. Nana masih mampu bertahan.

Nana bukan bergantung pada nyanyian semata-mata untuk menyara hidup, tetapi Nana juga ada buat beberapa pekerjaan lain seperti menjadi agen barang tanda Coway. Alhamdulillah, setakat ini rezeki Nana masih tidak putus, "jelas Nana.

Siti Nurdiana (Nana) Hadapi Masalah Kewangan Dan Kecewa Dengan Album Tidak Laku


Siti Nurdiana (Nana) Hadapi Masalah Kewangan Dan Kecewa Dengan Album Tidak Laku

Bercerita tentang perjalanan karier, penyanyi yang muncul dengan album terbaru pada April lalu ini mengakui dia sebenarnya merasa sangat kecewa dengan sambutan terhadap albumnya itu. Jelas Nana, dia bagaikan tidak faham dengan selera penggemar muzik sekarang ini.

"Pertama buat kemunculan kembali tempoh hari Nana tampil dengan single berentak rancak berjudul 'Tak Tahan'. Single itu bagaimanapun tidak mendapat sambutan baik dan jarang dimainkan di radio. Beranggapan peminat masih mahu Nana menyanyikan lagu-lagu dengan konsep dahulu, Nana muncul pula dengan single 'Semakin Jelas'. Tapi, situasinya masih sama. Radio masih jarang memainkan lagu itu. Bila pengurusan tanya apa sebabnya, pihak radio mendakwa lagu itu kurang mendapat permintaan peminat.

Kalau ikutkan hati, memang Nana rasa mahu mengalah, tetapi ketika difikir-fikir kembali, Nana menganggap ini adalah cabaran yang harus Nana hadapi. Lagipun industri muzik kita sekarang ini memang sedang melalui saat-saat sukar. Sebagai alternatif, Nana telah tubuhkan syarikat sendiri, Siti Nordiana Management untuk menetapkan kerjaya sendiri. Nana rasa inilah saatnya Nana berusaha sendiri selain mengharapkan bantuan orang lain, "ujar Nana. -Gua.

Tengok Video Siti Nordiana - Lagu Kasihmu Seakan Berubah.



mohdrohaizad.com - Kesian jugaklah dekat Siti Nurdiana (Nana) yang kini termasuk dalam kategori janda meletup menghadapi masalah kewangan yang teruk kerana kekurangan show selain album terbaru yang tidak laku dan direject lagunya di stesyen-stesyen radio. Diharap pihak yang terlibat dapat membantu Nana.. erk.. ambik jadi isteri pun takpalah.. kesian tengok Nana berhempas-pulas untuk meneruskan hidupnya. Bukan senang nak survive dalam dunia seni hiburan Malaysia sekarang kan?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Siti Nurdiana (Nana) Hadapi Masalah Kewangan Teruk By Mohd Rohaizad. Published: 16.8.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...