CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Syamsul Yusof Keluar Skop Production - Ikut David Teo


Betul Ke Syamsul Yusof Akan Keluar Skop Production dan Ikut David Teo?

Penerbit filem, Datuk Yusof Haslam, mengakui, syarikatnya Skop Production akan rugi jika dia melepaskan anaknya, Syamsul Yusof, untuk bekerja dengan produksi lain.

Menurutnya, Syamsul Yusof merupakan seorang pengarah yang kreatif dan kerana dia, Skop Production telah berjaya mendapat kutipan sebanyak RM20 juta dalam masa enam bulan menerusi dua buah filem sahaja iaitu KL Gangster dan Khurafat. 

"Dari segi perniagaan, Alhamdulillah, Syamsul Yusof membawa keuntungan kepada syarikat Skop Production dan sebagai seorang ayah, saya bertuah mempunyai anak sepertinya.

"Tetapi dari sudut kekeluargaan pula, saya sudah mengingatkan Syamsul Yusof dan seorang lagi anak iaitu Syafiq Yusof supaya kekallah bekerja dengan Skop Production," kata Yusof Haslam yang ditemui pada majlis berbuka puasa dan pemberian bonus di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Ulu Klang, Rabu.

Gambar Yusof Haslam Syamsul Yusof Tidak Boleh Derhaka Skop Production
 Gambar Yusof Haslam - Syamsul Yusof Tidak Boleh Derhaka Skop Production

Tambah Yusof Haslam, walaupun dia tahu, banyak produksi perfileman yang memberi tawaran lumayan kepada Syamsul Yusof untuk menyertai mereka, dia percaya, anaknya itu tetap akan setia dengan Skop Production dan tidak mungkin 'menderhaka' terhadap keluarga.

Dalam pada itu, Yusof Haslam berpendapat, dengan pelbagai projek drama dan filem yang ada, tiada alasan untuk Syamsul Yusof keluar berkarya di produksi lain pula.

"Setakat ini Skop Production mempunyai pelbagai projek yang perlu dilaksanakan. Malah bekerja dengan keluarga adalah paling mudah kerana apa yang mereka mahu, saya beri.

"Malah dari segi masa kerja juga lebih fleksibel. Cuba kalau kerja dengan orang lain, silap hari bulan, seawal 8 pagi sudah kena ada di pejabat," selorohnya.

Sementara itu, pada majlis berbuka puasa itu, Yusof Haslam telah memberikan bonus iaitu 'duit raya' kepada 160 pekerja syarikat produksi berkenaan, para pelakon, termasuklah pelakon-pelakon veteran dan krew produksi Skop Production.

Yusof Haslam berkata, memandangkan tahun ini Skop Production berjaya mencatat sejarah dengan memperoleh jumlah kutipan filem yang agak besar nilainya, maka tahun ini juga dia melaburkan sejumlah wang yang besar kepada pekerja-pekerjanya.

"Alhamdulillah, bila kita ada rezeki lebih, tidak salah untuk dikongsi bersama. Saya bersyukur kerana pemberian bonus pada tahun ini adalah paling besar jumlahnya berbanding tahun-tahun yang lalu," kata Yusof Haslam, yang enggan memberitahu jumlah keseluruhan bajet pemberian bonus tersebut. -MStar.

Lihat Video Syamsul Yusof Dalam Temubual Mengenai Isu KL Gangster Pekida.

mohdrohaizad.com - Syamsul Yusof anak Yusof Haslam memang mempunyai bakat seorang pelakon dan pengarah. Sudah tentu banyak syarikat perfileman yang berminat dan menawarkan ganjaran lumayan jika Syamsul Yusof mahu meninggalkan syarikat bapanya itu. Jika Syamsul Yusof betul-betul keluar Skop Production, tentu David Teo akan menyambarnya terlebih dahulu sebab untung maa..

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Syamsul Yusof Keluar Skop Production - Ikut David Teo By Mohd Rohaizad. Published: 26.8.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...