CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Tasha Shila Serasi Watak Jahat Antagonis Dalam Lakonan


Tasha Shila Serasi Watak Jahat Antagonis Dalam Lakonan

Pelakon baru, Tasha Shila, bersyukur kerana tawaran lakonan yang diterimanya tidak pernah putus sejak awal Januari setelah dia membintangi drama Gemilang.

Menurut Tasha Shila, dia tidak sangka, kerjaya lakonan untuk beberapa drama lakonannya diterima awam dan dia menganggap ia merupakan rezeki untuk mengembangkan bakat seninya.

"Setelah drama arahan Khabir Bahtia, Gemilang, saya terus dipaparkan berlakon melalui drama Sahara pula dan kedua-dua drama tersebut saya membawa watak antagonis.

"Mengejutkan, saya dapat rasa watak antagonis yang dibawakan benar-benar menepati kehendak orang ramai kerana ada beberapa orang di luar sana mengatakan yang dia tidak suka saya kerana watak yang dibawakan itu," kata Tasha Shila yang bakal muncul dengan filem kedua-duanya, Video 3GP di hujung tahun ini.

Gambar Tasha Shila Seksi Hot Dalam Memegang Watak Jahat

Tambah Tasha Shila, dia tidak kisah jika dirinya dibenci kerana watak, cuma dia mengingatkan kepada semua bahawa, karakternya yang sebenarnya tidak sama dengan watak yang dilakonkannya dalam drama mahupun filem.

Dalam pada itu. Tasha Shila juga mengakui bahawa dia agak sukar menjiwai watak baik berbanding watak antagonis yang sering dilakonkannya sebelum ini.

Kata Tasha Shila, watak baik memerlukan dia bermain dengan emosi dalaman tanpa menunjukkan mimik muka marah atau dendam.

Watak Baik Sukar Bagi Tasha Shila

"Seperti yang saya lakonkan watak Sakinah dalam drama Ramadhan Terakhir yang masih ditayangkan di TV3, saya perlu bermain emosi dalaman dan segala perasaan marah kena simpan dalam hati. Lain pula untuk watak antagonis, setiap ketidakpuasan akan dikeluarkan saja.

"Apa-apa pun, saya harap dapat mengasah bakat lakonan saya dengan memerankan pelbagai jenis watak di masa akan datang nanti," kata Tasha Shila akhiri temubual. -MStar.

Tengok Video Tasha Shila Seksi Hot Dalam Koleksi Gambar-Gambar Panas Mengancamnya.




mohdrohaizad.com - Cun juga kan pelakon baru Tasha Shila ni. Lakonannya juga boleh tahan dan mempunyai bakat tersendiri namun Tasha Shila kena pelbagaikan watak yang dipegang dan jangan asyik dengan watak jahat antagonis sudah dalam lakonan nanti.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Tasha Shila Serasi Watak Jahat Antagonis Dalam Lakonan By Mohd Rohaizad. Published: 19.8.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...