CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Yassin Sulaiman Sambut Hari Raya Secara Tradisional Melayu


Yassin Sulaiman Sambut Hari Raya Secara Tradisional Melayu

Penyanyi Yassin Sulaiman berharap Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini disambut dengan hidangan makanan berunsur tradisional seperti rendang dan ketupat.

Namun Yasin Sulaiman turut bersikap terbuka dengan mempelbagaikan juadah Hari Raya semasa mengadakan rumah terbuka nanti.

“Saya memilih untuk menyediakan menu seperti ayam golek serta rendang dan ketupat pada Hari Raya nanti.

“Perkara lain tidak jauh beza berbanding tahun lalu,” kata Yasin Sulaiman yang bakal menyambut Hari Raya di rumah ibu bapanya di Kajang dan keluarga mertua di Bangsar, Selangor.

Yasin Sulaiman Sambut Hari Raya Secara Tradisional Melayu
 Gambar Yasin Sulaiman lebih memberikan keutamaan kepada anak-anak menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Memandangkan anak-anak semakin membesar iaitu yang sulung berusia 7 tahun manakala yang bongsu berusia 3 tahun, Yasin Sulaiman lebih memberikan keutamaan kepada cahaya matanya itu.

Yasin Sulaiman Duet Amy Search Lagu Takbir Cinta

Menyentuh tentang karier, Yasin Sulaiman yang lebih banyak menggubah lagu untuk penyanyi tempatan sementara dia akan tampil dengan single terbaru berjudul Takbir Cinta duet bersama Amy Search.

Bercerita tentang anak-anak, penyanyi lagu “Nur Kasih” ini mengakui salah seorang anaknya, Malaika, 3 tahun, dilihat mewarisi bakat seninya.

“Walaupun baru berusia 3 tahun, Malaika sudah pandai menggubah lagu. Mungkin kerana minatnya kepada muzik lebih-lebih lagi saya selalu membawa mereka ke studio di Kota Damansara,” katanya yang turut mencipta lagu tema Singgah Sahur TV3 dan program di TV AlHijrah. -Mstar.

Tengok Video Yassin Sulaiman feat Man Kidal Dalam Lagu Bismillah.




mohdrohaizad.com - Yassin Sulaiman memang banyak bekerja dibelakang tabir sebelum kembali bernyanyi. Namun kali ini Yasin Sulaiman akan berduet dengan Amy Search dalam lagu single Takbir Cinta. Jangan lupa nantikan lagu mereka ya.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Yassin Sulaiman Sambut Hari Raya Secara Tradisional Melayu By Mohd Rohaizad. Published: 29.8.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...