CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Yusry KRU Kahwini Lisa Surihani Tahun Depan


Betul Ke Yusry KRU Kahwini Lisa Surihani Tahun Depan 2012?

Berita pasal perancangan perkahwinan Yusry KRU dan pelakon Lisa Surihani pada tahun depan sebagaimana yang dilaporkan dalam sebuah akhbar harian (bukan dari Kumpulan Utusan) hanya salah faham semata-mata.

Yusry dalam satu kenyataan akhbar yang diedarkan oleh pihak KRU hari ini demikian mengakui hubungannya dengan Lisa semakin serius. Namun saat ini mereka masih belum membicarakan isu perkahwinan.

Gambar Lisa Surihani Sambut Hari Raya Bersama Yusry KRU Tahun Ini
Gambar Lisa Surihani Sambut Hari Raya Bersama Yusry KRU Tahun Ini?

"Berikutan pendedahan itu Yusry dihujani dengan pelbagai soalan untuk pengesahan mengenai berita tersebut. Dengan ini Yusry ingin menjelaskan bahawa beliau tidak pernah memberikan kenyataan demikian dan spekulasi itu mungkin berlaku kerana salah faham.

"Namun Yusry mengakui bahawa hubungannya dengan Lisa Surihani semakin serius dan berharap pada suatu hari nanti akan sampai ke jinjang pelamin," kata abang Yusry, Norman Abdul Halim melalui satu kenyataan ahkbar hari ini.

Dia juga berharap semua pihak dapat bekerja sama dan tidak keliru dengan pendedahan akhbar tersebut.

Gambar Umumkan Majlis Pernikahan Yusry KRU dan Lisa Surihani
Gambar KRU - Akan Umumkan Majlis Pernikahan Yusry & Lisa Surihani

"Yusry memohon maaf pada kekeliruan yang berlaku dan tidak menyalahkan siapa pada kenyataan (berita) tersebut. Insya-Allah pada masa akan datang jika ada pengumuman gembira tentang hubungan Yusry dan Lisa, pihak kami akan memaklumkan kepada semua pihak," kata Norman.

Lisa yang ditermui dalam satu majlis anjuran Astro di Saloma Bistro, Kuala Lumpur malam ini memohon maaf kerana tidak mahu memberikan kenyataan kerana dia tahu pihak KRU ada mengeluarkan kenyataan akhbar. Dia tidak mahu berlaku percanggahan jika mengeluarkan apa-apa kenyataan.

Lisa tidak mahu lari malah sedia memberikan kenyataan selepas ini malah dia juga sanggup untuk bersama-sama Yusry dalam acara tersebut jika ia diperlukan. Difahamkan Yusry sekarang berada di Bangkok, Thailand kerana urusan kerja. -Mangga.

Tengok Video Kontroversi Percintaan Yusry KRU dan Lisa Surihani Yang Semakin Serius Ke Jinjang Pelamin.




mohdrohaizad.com - Khabar angin isu perkahwinan Yusry KRU dengan Lisa Surihani semakin bertiup kencang. Adakah wedding of the year 2012 akan menjadi milik Lisa Surihani dan Yusry KRU?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Yusry KRU Kahwini Lisa Surihani Tahun Depan By Mohd Rohaizad. Published: 16.8.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...