CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Memuatkan ...

(Kahwin) Halim Othman Bujang Terlajak Bakal Nikah


(Kahwin) Halim Othman Bujang Terlajak Bakal Nikah

Halim Othman masih membujang di usia 47 tahun sebenarnya bukan sesuatu yang sengaja dirancang oleh kebanyakan lelaki.

Begitu juga dengan penyampai radio popular, Halim Othman, biarpun kelihatan begitu ceria dan bahagia bersama keluarga besar, Suria FM, namun naluri lelaki ini juga sebenarnya mempunyai keinginan sama seperti lelaki lain, iaitu mahu punya isteri, anak-anak dan keluarga bahagia.

Halim Othman enggan terlalu memperkatakan tentang soal jodoh, Halim Othman bagaimanapun mengakui ada merancang ke arah itu sedikit masa lagi.

Gambar Halim Othman Tidak Kisah Bujang Terlajak
Gambar Halim Othman Tidak Kisah Bujang Terlajak

“Apa yang boleh saya katakan adalah, masanya semakin hampir dan Insya-Allah perkara itu akan berlaku.

“Perkahwinan adalah perkara teratas dalam senarai impian saya, ia tidak akan berlaku dalam tahun ini tetapi tahun hadapan ia pasti ada.

“Calonnya masih dalam pengawasan, tetapi saya tidak mahu terlalu bercerita tentang perkara ini, kerana kebiasaannya jika terlalu banyak memperkatakannya, ia tidak berakhir dengan baik,”jelas Halim Othman.

Halim Othman Serasi @ Suria FM

Halim Othman bergandingan bersama Sharifah Shahira dan Zizi untuk slot Breakfast @ Suria setiap pagi di Suria FM, menurut Halim Othman, ia merupakan gandingan yang serasi.

“Gandingan kami bertiga merupakan yang terbaik kerana kami merupakan tiga generasi yang berbeza.

Gambar Halim Othman Seksi Hot DJ Malaysia
Gambar Halim Othman Seksi Hot DJ Malaysia

“Biarpun ada kalanya ia kedengaran seperti huru-hara, tetapi huru-hara yang berlaku itu sebenarnya ada makna dan bukan tanpa hala tuju.

“Banyak respons  yang kami terima menyokong apa yang kami persembahkan sekarang ini,”luah Halim Othman lagi. -ManggaOnline.

Tengok Video Halim Othman Bersenam Dalam Konti Radio Bersama Saleh Yaakob.


mohdrohaizad.com - Nampaknya abang kita Halim Othman, deejay Malaysia yang hot masih single ini belum mengumumkan siapa bakal isterinya yang bakal dikahwini tahun depan. Good luck Halim Othman!
Read more >>

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

(Kahwin) Halim Othman Bujang Terlajak Bakal Nikah By Mohd Rohaizad. Published: 30.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



(Majlis Pertunangan) Chef Riz & Ana Dahlia Bertunang

(Majlis Pertunangan) Chef Riz dan Ana Dahlia Bertunang Pada 5 Oktober

Anak lelaki (Gambar) Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan iaitu Mohd Nadzri, 30 tahun, mengesahkan keluarganya akan menghantar rombongan meminang pelakon Ana Dahlia, 28 tahun, di Taiping, Perak pada 5 Oktober depan.

Nadzri atau nama komersialnya Chef Riz berkata, dia telah menyampaikan hasratnya itu kepada Chef Wan pada bulan lalu dan permintaan itu telah direstui keluarga.

"Alhamdulillah, selepas lapan bulan bercinta, saya dan Ana telah membuat keputusan untuk mengikat tali pertunangan.

"Saya percaya kalau sama-sama saling menyukai ditambah pula kami mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak, tidak perlulah kami melengah-lengahkan masa untuk terus bercinta.

Gambar Chef Riz dan Ana Dahlia Bertunang 5 Oktober Ini
Gambar Chef Riz dan Ana Dahlia Bertunang 5 Oktober Ini

Biarlah perhubungan ini lebih bermakna dengan melangkah ke fasa baru pula," kata Chef Riz yang dihubungi mStar Online di sini, Khamis.

Tambah Nadzri, dia juga bersyukur kerana status Ana Dahlia sebagai janda yang menjadi bualan masyarakat bukanlah satu penghalang untuk ayah serta ibunya menerima pelakon itu sebagai menantu mereka.

Malah Chef Wan sangat menyukai kejujuran Ana Dahlia memberitahu status janda yang pernah berkahwin sebelum ini.

Gambar Ana Dahlia Seksi Hot Janda
Gambar Ana Dahlia Seksi Hot Janda

"Apabila isu status perkahwinan Ana Dahlia kecoh diberitakan, keluarga saya agak kurang selesa bukan kerana tidak menerima Ana Dahlia tetapi dia tidak suka dengan kekecohan yang berlaku.

"Tetapi Ana Dahlia mengambil langkah bercakap dan menjelaskan sendiri kepada ayah tanpa membabitkan saya langsung. Kejujuran itu membuatkan ayah menerima Ana Dahlia," ujar Chef Riz gembira.

Selain itu, antara sebab Nadzri yakin Ana Dahlia adalah pilihan terbaik untuk dijadikan isteri kerana mereka mempunyai persefahaman selain berkongsi minat sama seperti memasak dan bersenam.

'Tidak kisah Ana Dahlia janda' - Chef Wan

Sementara itu, Chef Wan ketika dihubungi berkata, beliau menerima bakal menantunya itu walaupun mengetahui status Ana yang pernah berkahwin sebelum ini.

Chef Wan berkata, beliau tidak menilai seseorang itu berdasarkan kepada status perkahwinan tetapi menerima individu tersebut kerana hati budi.

Kata Chef Wan pihak luar tiada hak untuk menentukan apa yang terbaik untuk anaknya.

"Sejujurnya saya tidak menilai Ana Dahlia kerana status janda kerana ia tidak mewakili keseluruhan peribadinya dan dia juga berhak untuk diberi peluang kedua merasai kebahagiaan.

"Pihak luar juga tidak berhak untuk menilai pilihan anak saya kerana saya yakin itu adalah jodoh terbaik untuknya," ujar Chef Wan.

Gambar Chef Wan Benci Status Janda Ana Dahlia
Gambar Chef Wan Benci Status Janda Ana Dahlia

Chef Wan turut berharap anaknya itu akan membahagiakan Ana Dahlia selepas berumah tangga dan sentiasa bersabar dalam menghadapi alam suami isteri kelak.

"Saya yakin itu adalah pilihan tepat untuk mereka berdua dan sebagai bapa saya mendoakan yang terbaik buat mereka dan berharap anak saya akan menjaga, menghargai serta menyayangi Ana Dahlia dengan baik dan begitu sebaliknya.

Chef Wan ditanya mengenai majlis perkahwinan mereka Chef Wan berkata beliau ingin melangsungkan majlis sebelum sambutan Krismas tahun ini kerana mulai Januari depan, beliau akan berangkat ke Amerika Syarikat selama sebulan.

"Memandangkan Nadzri tidak sabar lagi untuk berkahwin saya berharap mereka dapat disatukan sebelum saya berangkat ke Amerika Syarikat.

"Namun majlis yang akan diadakan tidaklah segah seperti mana Serina kerana kami di pihak lelaki," kata Chef Wan.

Chef Wan berkata, majlis pernikahan pasangan Chef Riz dan Ana Dahlia berkemungkinan besar akan diadakan di kampung halamannya iaitu di Sungai Koyan, Raub, Pahang untuk mencari kelainan selain merasai suasana perkahwinan ala kampung. -Mstar.

Tengok Video Pengakuan Chef Riz dan Ana Dahlia Serius Untuk Berkahwin.


mohdrohaizad.com - Tahniah kepada Chef Riz dan Ana Dahlia yang bakal bertunang tidak lama lagi, semoga majlis pertunangan Chef Riz dan Ana Dahlia berjalan dengan lancar. Mesti majlis perkahwinan pernikahan Chef Riz dan Ana Dahlia nanti pasti meriah kan? Namun, Chef Wan seperti membenci status JANDA Ana Dahlia sebelum ini, kenapa ya Chef Wan?
Read more >>

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

(Majlis Pertunangan) Chef Riz & Ana Dahlia Bertunang By Mohd Rohaizad. Published: 30.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Artis Korea K-Pop Rakam Lagu Bahasa Melayu

DJ Young Mahu Artis Korea K-Pop Rakam Lagu Bahasa Melayu

Mungkin nama pengacara TV dari KBS World Korea Selatan, (Gambar) Young John Kim agak asing bagi peminat hiburan tanahair. Namun, ia pastinya tidak bagi peminat muzik K-Pop tegar kerana sebelum Young John Kim atau lebih dikenali dengan panggilan DJ Young menjadi penyampai radio Arirang, orang kuat kumpulan U-Kiss ini pernah menjadi penyanyi dan menganggotai kumpulan K-POP , Up-Town sekitar 1996.

Sempena Korean Music Wave 2011 yang berlangsung di Stadium Merdeka, Sabtu lalu, DJ Young yang menjadi pengacara pada malam itu sempat berkongsi cerita mengenai pendapatnya tentang Malaysia.

Gambar DJ Young John Kim Artis Korea KPop
Gambar DJ Young John Kim Artis Korea K-Pop

Di samping itu, DJ Young bapa kepada 2 orang anak ini sempat meluangkan masa bersama peminat Malaysia di hotel Double Tree By Hilton pada malam Jumaat lalu (23 September 2011).

Lebih istimewa, DJ Young turut berjalan sekitar ibu kota bersama editor murai.com.my, Razif Rosdi atau Ajieb dengan mengunjungi KLCC untuk menikmati keindahan pemandangan malam KLCC yang sering saja didengari DJ Young tatkala dia berada di Korea Selatan.

Malah, pengacara yang petah berbahasa Inggeris dan suka melawak ini sempat menjamah roti canai dan kari kambing yang diakuinya sedap dan akan menjadi makanan harian apabila dia menginap di Malaysia.

Gambar DJ Young Mahu Artis Korea Rakam Lagu Bahasa Melayu
Gambar DJ Young Mahu Artis Korea Rakam Lagu Bahasa Melayu

Untuk mengetahui lebih lanjut pendapat DJ Young tentang Malaysia dan artis tempatan, sila tonton rakaman video yang mana DJ Young menjawab segala persoalan yang dilontarkan kami bersama peminatnya.

Apa yang menarik, DJ Young terbuka hati berminat untuk membuat kerjasama dengana artis tempatan. Selain itu, dia juga mahu mencipta sebuah lagu berentak K-Pop dalam bahasa Melayu. -Murai.

Tengok Video DJ Young John Kim Dalam Rancangan TV Korea.


Video Ucapan DJ Young John Kim Artis Korea Bercakap Dalam Bahasa Melayu.








Tengok Video DJ Young John Kim Ditemubual Bersama Media Hiburan Malaysia Murai.

mohdrohaizad.com - Sama-sama kita nantikan artis Korea K-Pop mana yang akan merakam lagu bahasa Melayu yang pertama. Adakah saranan DJ Young hanya sekadar angan-angan kosong?
Read more >>

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Artis Korea K-Pop Rakam Lagu Bahasa Melayu By Mohd Rohaizad. Published: 27.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Adik Mia Sara Nasuha Menang Best Kids Actress

Adik Mia Sara Nasuha Menang Best Kids Actress

Pelakon cilik Mia Sara Nasuha atau nama sebenarnya (Gambar) Mia Sara Nasuha Muhammad Riduan, 5 tahun, telah berjaya dinobatkan sebagai Best Kids Actress dalam acara My Kids Awards yang telah berlangsung di Sunway Lagoon Amphiteatre, Bandar Sunway pada Sabtu lalu.

Paling membanggakan Mia Sara Nasuha selaku pelakon paling muda yang tercalon dalam kategori tersebut turut berjaya menewaskan dua pelakon yang jauh lebih tua daripadanya iaitu Elfira Loy, 17 tahun, dan Farhana Qismina, 14 tahun dalam anugerah tersebut.

Sementara itu Acara My Kids Awards, anjuran TV3, yang bertujuan untuk menghargai bakat-bakat si cilik itu juga telah menobatkan pelakon cilik, Fimie Don atau Shafimie Saedon , 13 tahun, sebagai Best Kids Actor.

Dalam kategori tersebut, Fimie Don juga telah menewaskan pelakon cilik lain iaitu Ezzrin Loy, 14 tahun, dan Haziq Tom Tom Bak, 8 tahun, sebagai persaingnya yang turut tercalon.

Gambar Adik Mia Sara Nasuha Seksi Hot Best Kids Actress
Gambar Adik Mia Sara Nasuha Seksi Hot Best Kids Actress

Dalam pada itu, kartun animasi, Upin & Ipin juga berjaya membolot dua anugerah dalam acara My Kids Awards dengan meraih anugerah Cutest Character dan Awesome TV Show.

Apa yang pasti acara julung kalinya diadakan itu merupakan sebuah majlis penganugerahan khas kanak-kanak di dalam industri seni yang pertama di Malaysia. Ianya mengiktiraf dan mengambil kira pelbagai aspek serta tahap usaha yang ditonjolkan si cilik menerusi kaca TV, radio mahupun secara online.

Majlis Anugerah My Kids Awards

Melengkapkan lagi penyeri majlis, My Kids Awards telah menampilkan gandingan Alif Satar dan Zher Peen sebagai hos yang mengendalikan acara tersebut di dalam dwibahasa, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Menariknya, Shaheizy Sam, Juliana Evans, Aaron Aziz, Aznil Hj Nawawi, Mia Sara Nasuha, Zoey, Ikhwan, Prince Of Pop (P.O.P), Suki, Fimie Don dan Haziq adalah antara artis-artis tempatan yang turut diundang untuk menyampaikan trofi kepada para pemenang My Kids Awards

Selain daripada meraikan para pemenang, majlis penganugerahan itu turut diserikan lagi dengan pelbagai persembahan.Tirai persembahan dibuka dengan kemunculan kumpulan tarian istimewa, The Leeleesm, yang beraksi dengan lagu "Fire".

Persembahan seterusnya menampilkan Harris (Idola Kecil 3)dan Dayana (Idola Kecil 2) pastinya menghangatkan lagi suasana dengan lagu Moves Like Jagger nyanyianasal Maroon 5 dan Christina Aguilera. Penyanyi Aizat juga tampil di penghujung majlis dengan lagu berjudul "Mana Oh Mana" sebagaipersembahanpenutuptirai.

Semua pemenang setiap kategori telah dipilih berdasarkan jumlah undian tertinggi yang diterima menerusi laman web www.tv3.com.my/mykidsawards dan laman Facebook My-Kids-Awards-TV3-Kids di sepanjang tempoh undian yang telah bermula sejak 23 Mei dan berakhir pada 10 September 2011 lalu.

Berikut senarai penuh pemenang ( yang disenarai hitamkan) My Kids Award:

Best Kids Actress
Elfira Loy

Mia Sara Nasuha
Farhana Qismina

Best Kids Actor
Ezzrin Loy
Haziq
Fimie Don

Favourite Kids Female Singer
Dayana Idola Kecil 2
Wada Idola Kecil 1
Syazwani Kamilah Bintang

Favourite Kids Male Singer
Emeer My Starz LG

Azzam Idola Kecil 2
Aiman Kamilah Bintang

Cutest Character
Boboi Boy

Upin & Ipin
Yaya (Boboi Boy)

Awesome TV Show
Idola Kecil
Boboi Boy

Upin & Ipin
Coolest Host
Afiq
Dayana
Fimie

Most Inspirational Host
Aznil Hj Nawawi

Most Inspirational Artist
Bunkface

Favourite Idol
Dato' Dr Sheikh Muszaphar

Tengok Video Adik Mia Sara Nasuha Hot Cute!


mohdrohaizad.com - Tahniah buat adik Mia Sara Nasuha yang berjaya menang Best Kids Actress. Tahniah juga ucapkan kepada para pemenang yang lain.
Read more >>

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Adik Mia Sara Nasuha Menang Best Kids Actress By Mohd Rohaizad. Published: 27.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Miera Liyana Sosial Curang Lash Mokhtar Kecewa

Miera Liyana Sosial Liar Curang Buat Lash Mokhtar Kecewa

Kami percaya memang ramai yang terkejut bila Shahz Jaszle mengaku bercinta dengan pelakon baru Miera Liyana. Iyalah, baru berjumpa dalam sebuah penggambaran filem, terus dilamun cinta.

Kami tak tahu cinta yang bagaimana mereka Shahz Jaszle dan Miera Liyana lalui. Ada yang kata Shahz Jaszle dan Miera Liyana hanya cinta lokasi dan tak kurang juga yang anggap itu cinta dibuat-buat.

Jatuh cinta yang mendadak dan umum pada semua yang mereka pasangan kekasih, memang berani. Maklum sajalah, Shahz Jaszle dan Miera Liyana seminggu bercinta sudah kecoh satu Malaysia, jarang dibuat orang tu.

Walau apa juga jenis kategori cinta mereka, itu bukan masalah besar. Kalau ada yang perasan, cinta mereka ni cukup banyak mengheret orang lain dalam kancah yang sama.

Minggu lalu, Neelofa lega dengan pengumuman yang dibuat pasangan itu. Sebelum ini kecoh orang kata Neelofa rampas Shahz Jaszle daripada Maria Farida, ternyata ia tak betul, selamatlah Neelofa sekarang.

Lash Mokhtar Kecewa Miera Liyana Curang

Tup-tup baru-baru ni ada yang bercerita hal pelakon Lash Mokhtar yang sebenarnya sedang menderita teruk, ekoran pendedahan pasangan baru itu. Lash Mokhtar ni sekadar sederhana popular, tetapi bakatnya boleh tahan hebat juga.

Ada sumber yang memberitahu kami, Lash Mokhtar begitu kecewa bagai nak gila dengan pengakuan Miera Liyana tu. Sebelum ni mereka merupakan pasangan kekasih yang sedang mengenal hati budi katanya.

Malah banyak gambar mesra Miera dan Lash Mokhtar yang tersebar di internet. Mesra bukan sikit-sikit beb, mesra yang sesungguh-sungguhnya.

Mungkin sebab itu Lash Mokhtar kecewa sangat bila sekarang ini, dirinya ditinggalkan tanpa arah, tanpa sebarang ucap selamat.

Gambar Miera Liyana Curang Buat Lash Mokhtar Kecewa
Gambar Miera Liyana Curang Buat Lash Mokhtar Kecewa

Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba sahaja Miera Liyana kata dia bercinta dengan orang lain dan Lash Mokhtar hanya tahu melalui surat khabar bila Miera Liyana kata dia sudah bercinta dengan Shah Jaszle pula.

Maknanya Miera Liyana tak beri sebarang kata putus kepada Lash Mokhtar, tetapi dah mengaku bercinta dengan orang lain?

Nasihat kami pada Lash Mokhtar agar bersabar sahajalah. Bunga tak sekuntum, Miera Liyana tu boleh diganti.

Syed: Geli dengar cerita pasangan artis lelaki tinggal sebumbung. Keluar rumah ada kesan gigitan cinta lagi. -Utusan Hiburan.

Tengok Video Temubual Miera Liyana Sosial Liar Dalam Rentaz!


mohdrohaizad.com - Yelah, kesianlah kepada Lash Mokhtar yang semestinya kecewa menderita teruk dibuat si Miera Liyana yang sah-sah curang. Apa-apapun, semoga Lash Mokhtar kembali ok dan cari aja yang lain buat penganti Miera Liyana yang kureng best tu.
Read more >>

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Miera Liyana Sosial Curang Lash Mokhtar Kecewa By Mohd Rohaizad. Published: 26.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Band Def-Gab-C Terkini Album Neolithic

Band Def-Gab-C Terkini Terbit Album Neolithic

Lebih lima tahun grup Def-Gab-C sepi tanpa album baharu. Suara vokalisnya, Asheed, juga jarang berkumandang di corong radio.

Bagaimanapun, hasil kemunculan gitaris Cha'a, Def-Gab-C kembali segar. Kemasukan Tonk sebagai pemain dram menggantikan Lee Space turut memeriahkan kumpulan yang dibentuk pada 1996 itu.

Kata Eddie dan Asheed, kehadiran Cha'a sebagai gitaris utama memberikan dimensi berlainan dalam perjalanan muzik Def-Gab-C.

"Saya sekadar mencurahkan pengalaman ke dalam album baharu kumpulan ini yang berjudul Neolithic," ujar Cha'a Def-Gab-C.

Bercerita tentang pembikinan album Neolithic, Asheed berkata, tidak banyak pembaharuan yang dilakukan dalam album itu.

Gambar Def-Gab-C Terkini Album Neolithic
Gambar Def-Gab-C Terkini Album Neolithic

Elemen segar yang mereka suntik dalam album terbitan MVM ini hanyalah dengan mengemas kini kelonggaran muzik dan menonjolkan Cha'a dengan permainan gitarnya.

Malah, mereka cuma mengambil masa selama sebulan untuk merakam album ini di Studio Sutra D'Mega di Damansara Perdana, Kuala Lumpur.

"Tidak ada pembaharuan ketara dalam susunan muzik kumpulan ini. "Kami masih Def-Gab-C yang dahulu, apa yang kami tampilkan ialah kemahiran dan sentuhan setiap ahli kumpulan dalam mempersembahkan muzik mereka," terang Asheed yang menganggap vokalnya tidak banyak berubah kecuali ton suaranya lebih tebal.

Walaupun sudah lama tidak merakamkan album baharu, vokal Asheed masih seperti dahulu. Muzik rock kekal sebagai teras album ini.

Tajuk Neolithic yang diangkat untuk album ini pula sudah melambangkan kebangkitan grup yang terkenal dengan lagu Cinta Sakti dan Ibu Kota Cinta ini.

Album terbaharu Def-Gab-C ini mengandungi enam buah lagu dengan empat lagu yang dirakam semula.

Lagu Cinta Di Mana gubahan Mala (Khalifah) merupakan single taruhan mereka. Sebanyak lima buah lagu menjalani proses penggambaran klip video.

"Lima tahun kami menyepi daripada sebarang album atau single baharu. Setelah bertemu Cha'a untuk posisi gitar, kami bekerja menghasilkan Neolithic dengan bajet sendiri," ujar Eddie sambil menerangkan bahawa sebelum ini mereka pernah keluar dengan album bertajuk Oren tetapi tidak mendapat sambutan.

"Kami seperti bermula daripada 'A' kembali. Sekarang kami mahu giat mempromosikan album Neolithic. Harap semua orang tahu yang Def-Gab-C masih ada dan tidak berpecah, cuma bertukar ahli," ujar Eddie.

Selain Cinta Di Mana, lagu seperti Kurniaan, Walaupun dan Rinai diyakini dapat mengangkat semula jenama Def-Gab-C dalam industri muzik tempatan, ujar Tonk.

"Kelebihan grup ini juga terletak pada susunan muzik dan ini yang membezakan kami dengan grup rock yang lain," pintas Asheed pula. -Kosmo!

Tengok Video Kumpulan Def-Gab-C MTV Lagu Lirik (Ampunkan Aku)


mohdrohaizad.com - Band Def-Gab-C memang sudah lama tak keluar album, pasti ramai peminat Def-Gab-C menantikan kemunculan lagu terbaru mereka. Album Neolithic karya band Def-Gab-C pasti akan mengubati kerinduan buat peminat setia mereka.
Read more >>

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Band Def-Gab-C Terkini Album Neolithic By Mohd Rohaizad. Published: 26.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Dang Suria Seksi Hot Terkini Kerja Pengurus Hotel

Dang Suria Seksi Hot Terkini Kerja Pengurus Perhubungan Awam Hotel Royale

Terkejut juga kami bila seorang teman kepada Dang Suria memberitahu bahawa pengacara cantik itu telah bertukar kerjaya.

Kata teman kami, Dang Suria isteri kepada penulis lirik Ad Samad itu meninggalkan stesen Awani baru-baru ini dan tidak lagi bertugas di situ.

"Dang Suria baru sahaja berhenti di Awani. Dang Suria sekarang menjadi Pengurus Perhubungan Awam di Hotel Royale Bintang The Curve dan sebuah lagi hotel yang sedang dalam pembikinan iaitu Hotel Royale Bintang Damansara yang terletak bersebelahan Cineleisure," ujar teman kami tadi.

Gambar Dang Suria Seksi Hot Wedding
Gambar Dang Suria Seksi Hot Wedding

Dia juga sempat meluahkan rasa terkilan kalau-kalau Dang Suria yang pada mulanya dikenali sebagai pembaca berita sebelum menjadi pengacara, terus menyepi daripada bidang penyiaran.

Tapi menurut teman kami, Dang Suria hanya bertukar kerja dan tidak terikat dengan mana-mana stesen televisyen. Namun, Dang Suria masih mengambil tawaran untuk mengacarakan majlis.

Diva: Pernah terfikir berubah bidang tapi ada rasa takut.

Tengok Video Dang Suria Sexy Hot Semasa Bersama Astro Awani.


mohdrohaizad.com - Dang Suria kini bekerja sebagai pengurus perhubungan awam di Hotel Royale. Dang Suria sudah tidak terikat dengan mana-mana syarikat TV, sudah tentu memudahkan Dang Suria terlibat dengan pelbagai majlis terutamanya dalam bidang pengacaraan.
Read more >>

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Dang Suria Seksi Hot Terkini Kerja Pengurus Hotel By Mohd Rohaizad. Published: 26.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Neelofa Seksi Hot Putus Cinta Sebab Miera Liyana

Neelofa Seksi Hot Putus Cinta Sebab Miera Liyana

Nama Neelofa memang meletup. Neelofa antara artis baharu yang carta lakonannya menunjukkan graf menaik.

Neelofa sudahlah memiliki wajah cantik dengan bentuk badan body yang menarik, cerita-cerita panas mengenai diri Neelofa turut menyebabkan nama Neelofa menjadi sebutan ramai.

Baru-baru ini, kami dengar gadis panas ini agak sentap bila hubungan bekas kekasihnya Shahz Jaszle dengan pelakon baharu Miera Liyana dibangkitkan.

Gambar Neelofa Seksi Hot Popular Dengan Kecantikan Dan Body Mantap
Gambar Neelofa Seksi Hot Popular Dengan Kecantikan Dan Body Mantap

"Aku dengar Neelofa terbakar sebab hubungan baharu Shahz Jaszle dengan Miera Liyana terjadi sebelum ikatan Neelofa dan aktor itu betul-betul selesai.

"Aku tak cakaplah Miera Liyana itu orang ketiga tapi nampaknya Shahz Jaszle awal-awal lagi sudah berubah hati sebelum dia betul-betul tamatkan ikatan dengan Neelofa," ujar teman kami yang juga meminati Neelofa.

Tapi melihatkan Neelofa, kami rasa mesti ramai yang sudah beratur menunggu giliran untuk memikat hati aktres muda ini.

Diva: Kecoh pasal band rock Metallica nak buat konsert di Malaysia. Siapa penajanya? -Kosmo!

Tengok Video Neelofa Sexy Hot Sesi Fotografi.


mohdrohaizad.com - Memang ramai yang akan beratur untuk menjadi kekasih Neelofa seksi hot pelakon muda Malaysia ini. Neelofa tengah hangat sekarang kan?
Read more >>

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Neelofa Seksi Hot Putus Cinta Sebab Miera Liyana By Mohd Rohaizad. Published: 26.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Sofia Jane Seksi Hot Diva Pujaan Jejaka Malaysia

Sofia Jane Seksi Hot Diva Pujaan Jejaka Malaysia

Jujur, awalnya tidak tahu mana mahu bermula jalan cerita ini kerana sesi 'sembang' kami meluncur laju seperti air terjun. (Gambar) Datin Sofia Jane, 39 tahun, mesra disapa Sofia atau Pia oleh rakan-rakannya berbicara banyak hal, pelbagai peringkat juga status. Tentang kehidupan dan tugasannya sebagai anak seni, ibu dan juga pemerhati dunia pentas lakon. Sofia Jane melihat variasi perkara seakan-akan dari mata burung. Sofia Jane cukup sensitif terhadap semua perkara yang berlaku di atmosfera dunianya.

Wanita ini jelas punya aura tersendiri. Namanya punya tembok teguh seiring portfolio yang dibinanya sedikit demi sedikit. (Gambar) Sofia Jane Hisham, memang cukup sinonim dengan industri perfileman tanah air. Sofia Jane pernah menjadi pujaan jejaka sekitar 1990-an.

Seiring waktu, dicampur tolak dan bahagi, sudah lebih dua dekad Sofia Jane menyarung status aktres. Bukan sekadar itu, Sofia Jane diletakkan status diva. Menurut definisi sebenar, diva asalnya diberikan kepada pelantun vokal opera dan kemudian beralih kepada seorang primadona. Sofia Jane bercerita tentang diva dalam konteks opera kehidupan seorang aktres yang diangkat umum sebagai diva.

Sisi Malu dan Serius Sofia Jane

Gambar Sofia Jane Seksi Hot Diva Malaysia
Gambar Sofia Jane Seksi Hot Diva Malaysia

"Berlakon itu eskapisme saya. Saya mahu orang tahu perihal produk saya, tugas saya dan bukan hal-hal peribadi saya. Bila saya menggalas tugas, saya mampu berekspresi dalam pelbagai watak dan jiwa orang lain. Saya merupakan seorang yang sangat tebal dengan sifat malu," Sofia Jane membuka dua sisi karakternya yang saya lihat sebagai sisi syiling, melengkapi dengan harga tersendiri.

Melanjutkan bicara, penulis bertanyakan sisi serius Sofia Jane, sejak bila benaknya diterjah keseriusan bergelar pelakon.

Mengaku serius daripada awal, Sofia Jane turut mengakui pernah elergi karpet merah. Kurang yakin untuk melanjutkan langkah di permaidani khas itu. Siapa sangka rupa-rupanya buat seorang aktres yang penuh daya yakin di layar kaca dan perak, ruang malu dan elergi itu sebenarnya wujud menyelit dalam rongganya.

"Suami saya mengubah perspektif saya. Mempamerkan bahawa industri filem ini juga sebenarnya sebuah bisnes, perlu ada sumbangan berupa itu. Saya pernah kurang selesa bila orang mahu tahu kisah peribadi saya. Seiring usia, saya melihat daripada cahaya yang berbeza. Lebih tenang," luah Sofia Jane yang berterima kasih dengan kaca mata suami, Datuk Meor Zain Azman.

Seiring usia juga, Sofia Jane mengaku semakin yakin. 

"Selepas lebih 22 tahun dalam industri yang kini saya lihat semakin baik, saya yakin dengan apa yang saya mahukan. Saya sudah tidak malu untuk mengungkap apa yang saya mahu, juga tidak segan untuk mengekspresikan apa yang saya rasa. Usia juga membuat saya menganalisis banyak perkara. Kerana apa yang kita buat dan katakan akan pasti menimbulkan kesan, jadi perlu bertanggungjawab terhadap apa sahaja perbuatan kita," luah Sofia Jane yang mengaku bukan mahu mendatangkan kesusahan buat pihak-pihak luar terhadap sikap cerewet dan teliti terhadap sesuatu perkara. Tetapi nilai itu penting untuk keselesaan dan prinsip dirinya.

"Saya sentiasa mahukan karakter yang bermakna. Agar nanti dilihat apa yang saya buat sebagai Sofia Jane, seorang aktres itu berbaloi. Mahu audiens tahu saya sukakan perkara-perkara yang berbeza. Jadi saya memang berhati-hati memilih watak. Saya mahu berbangga dengan apa yang saya lakukan," ujar Sofia Jane yang sentiasa melihat perkembangan sesebuah karakter dalam naskhah yang diambilnya.

Tahun ini Tahun Rehat Sofia Jane

"Tahun lepas saya melakonkan pelbagai watak yang menuntut emosi. Watak-watak serius yang menuntut masa dan tenaga antaranya teater Natrah dan telefilem Karma Salina. Tahun ini saya lebih merehatkan diri. Banyak masa untuk famili dan berehat," ujar Sofia Jane yang turut terlibat dengan filem Hanyut arahan U-Wei.

"Karakter yang saya ambil seperti di Natrah, Karma Salina dan filem Hanyut mempunyai bagasi emosi yang tersendiri," katanya yang bersyukur menerima tawaran kepelbagaian karakter sebegitu.

Tidak dapat disangkal, nama Zaleha ciptaan U-wei cukup dekat dengan dirinya. Satu karakter wanita tersendiri yang melakari sejarah Sofia sebagai seorang aktres terkenal negara. Walau cuba dihakis dengan karakter-karakter lain yang seiring kekuatan Zaleha, namun sebuah filem dengan judul Perempuan, Isteri Dan... cukup kuat melekat. Tempoh 17 tahun lalu, Sofia Jane berpayungkan sutradara U-Wei buat pertama kali.

Gambar Rambut Sofia Jane Gaya Ala Tomboi
Gambar Rambut Sofia Jane Gaya Ala Tomboi

Sofia Jane ketawa sejenak mengingatkan sejarah yang dibinanya dengan peredaran waktu. Usai filem U-Wei yang mengangkat ikonik Zaleha, Sofia tampil lagi dengan pelbagai warna karakter yang menuntut kepelbagaian emosi dan dia kukuh dalam barisan aktres disegani dan punya ciri khas tersendiri dalam lakonannya.

Sejarah berulang, naskhah berganti, di tangan U-wei sekali lagi dia muncul dalam Hanyut yang dinanti dengan debar khalayak untuk menyaksikan perjalanan sejarah Almayer Folly ini divisualkan.

"Saya sentiasa bermimpi untuk bekerja dengan Khalid Salleh. Malah suami saya mahukan saya dalam Hanyut. Saya percaya Hanyut akan membuat sejarahnya tersendiri. Sebuah penjelajahan yang cukup menarik. Kolaborasi dengan U-Wei kembali dengan skala produksi yang cukup besar," cerita Sofia tentang Hanyut yang mengaku banyak belajar daripada set filem yang turut menampilkan Alex Komang, Adi Putra, Bront Palarae dan Diana Dianelle ini.

"Kalau melihat filem U-Wei, ada kekuatan dalam setiap karakter wanitanya. Ada visi tersendiri. Begitu juga dengan peranan Mem, isteri kepada Kaspar Almayer," ceritanya lagu dalam ritma gembira mengenangkan sesi lakonan dan persediaan yang dibuat secara intensif untuk kejayaan Hanyut. Luncur keyakinan Sofia terhadap Hanyut membuahkan detik tidak sabar menunggu tayangannya.

Hidup Terkini dan Masa Depan Sofia Jane

Larut bercerita tentang karakter yang dibawanya yang juga bakal mengubat kerinduan khalayak, Sofia Jane bercerita tentang pengisian masa kini dan hadapan.

"Sekarang sudah bukan usia untuk menyesal. Kini adalah untuk mempamerkan kerja-kerja yang saya percaya. Masa untuk tunjuk kepada audiens tentang apa lagi yang boleh saya lakukan. Progresif kerjaya," senyum Sofia Jane yang sedang merangka satu projek yang berhubung kait dengan sejarah, satu elemen yang menarik perhatiannya.

"Saya mahu terlibat dalam sebuah produksi dan naskhah yang menuntut sebuah penyelidikan. Perkara-perkara yang berlaku sepanjang kajian itu menarik perhatian saya. Mungkin juga satu dokumentari untuk kegunaan generasi akan datang, sesuatu untuk pelajar-pelajar seni. Saya melihat ke arah ini," cerita Sofia Jane laju yang turut berminat dengan falsafah yang bergerak membina minda masyarakat.

Menyampaikan falsafah kehidupannya kini yang lebih yakin, dia juga mahu menggunakan masa-masa yang dikurniakan dengan lebih bermakna.

"Kena banyak membaca dan mendapat informasi, itu penting dalam hidup. Seiring usia juga, saya mahu mencapai perkara-perkara spiritual dalam hidup saya," luah Sofia Jane yang bersemangat mahu menyempurnakan projek sejarah yang sedang dirangkanya dengan baik.

Wanita di depan penulis ini sudah punya karpet merahnya tersendiri. Walau tidak sentiasa tampil namun namanya terus hadir dengan cara pilihannya, tersendiri. -Kosmo!

Tengok Video Sofia Jane Antara Primadona Malaysia.


mohdrohaizad.com - Sofia Jane masih lagi seksi hot pujaan jejaka Malaysia walaupun usia sudah meningkat tetapi peminat setianya tidak jemu-jemu mahu melihat aksi si Sofia Jane cantik jelita.
Read more >>

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Sofia Jane Seksi Hot Diva Pujaan Jejaka Malaysia By Mohd Rohaizad. Published: 26.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Izzue Islam Kumpulan Forteen Ada Kekasih Baru Skuter

Izzue Islam Kumpulan Forteen Ada Kekasih Baru Skuter

Pada pandangan orang dewasa, mungkin permainan beroda ini agak asing, namun bagi Izzue Islam si remaja moden kini, skuter mula menggamit minat ramai untuk memilikinya.

Bagi pengacara, pelakon dan penyanyi Izzue Islam ini, skuter adalah 'teman' baru yang sentiasa menemaninya tatkala mempunyai aktiviti lapang.

"Skuter ini bukanlah milik saya tetapi dipinjam daripada kawan saya yang memperkenalkan permainan ini kepada saya.

Gambar Izzue Islam Seksi Hot Mat Skuter
Gambar Izzue Islam Seksi Hot Mat Skuter

"Pada mulanya, saya hanya memerhatikan sepupu bermain skuter. Lama-kelamaan, saya rasa teruja lalu meminta kebenaran untuk mencubanya.

"Setelah mencubanya beberapa kali, timbul perasaan seronok bermainnya dan berhasrat untuk membelinya tidak lama lagi.

"Buat masa ini, saya sibuk dengan penggambaran drama Cikaro, Amanah Tuan Besar dan persembahan nyanyian dengan kumpulan Forteen.

Izzue Islam Popular Kumpulan Forteen Lagu "Berdua Bersatu"

"Jadi, belum ada masa lagi untuk pergi mencari dan membelinya," kata Izzue Islam yang popular menerusi lagu Berdua Bersatu, nyanyian bersama kumpulan Forteen.

Tambah Izzue Islam, permainan skuter itu bertambah seronok jika bermain secara berkumpulan kerana lebih happening.

"Apabila ada beberapa pemain lain, kita boleh bersaing sesama sendiri dan boleh mempertingkatkan kemahiran masing-masing untuk mengendalikan skuter ini.

"Bermacam-macam skil boleh dipraktikkan dan semua skil-skil itu saya belajar sendiri," kata Izzue Islam. -Utusan Malaysia.

Tengok Video Izzue Islam Kumpulan Forteen Lagu "Berdua Bersatu" Mp3 Promo.




mohdrohaizad.com - Pada masa yang sama, Izzue Islam yang juga artis naungan KRU Studios itu kini mengorak langkah untuk mencuba bidang pengacaraan apabila sedikit demi sedikit menimba pengalaman menerusi program Paparazzi yang disiarkan di TV online, KRU TV.
Read more >>

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Izzue Islam Kumpulan Forteen Ada Kekasih Baru Skuter By Mohd Rohaizad. Published: 25.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Linda Hashim Seksi Hot Kayuh Basikal Kekal Body Cantik

Linda Hashim Seksi Hot Kayuh Basikal Untuk Kekalkan Body Cantik

Begitu berhati-hati sekali pelakon Linda Hashim mengeluarkan basikalnya dari kereta dan kemudian memasang tayar sebelum memulakan kayuhan di sekitar Tasik Titiwangsa untuk sesi fotografi, baru-baru ini.

Linda atau (Gambar) Norhazlinda Hashim, 27 tahun, berkata, sudah lama dia tidak berbasikal kerana sibuk di lokasi, namun atas permintaan S3, pelakon utama drama bersiri "Tudung Ekspress" itu sanggup turun padang.

“Dulu Linda memang aktif berbasikal dengan kawan-kawan dari kumpulan berbasikal. Sekarang ini, Linda berbasikal di sekitar kawasan rumah sahaja sebab kesuntukan masa.

Gambar Linda Hashim Seksi Hot Semakin Popular
Gambar Linda Hashim Seksi Hot Semakin Popular

“Walaupun sibuk, Linda perlu berbasikal untuk satu atau dua jam kerana ia salah satu cara untuk mengeluarkan peluh,” kata Linda Hashim yang mula jatuh hati dengan sukan berbasikal sejak dua tahun lalu.

Menurut Linda Hashim, pada mulanya, dia hanya ikut rakan-rakannya berbasikal dan tidak sangka sukan itu menarik minatnya dan terus membeli basikal mountain bike.

Menarik Linda Hashim kata anak kedua daripada tiga beradik itu, pertama kali dia mengikut rakan-rakannya berbasikal secara berkumpulan di Putrajaya pada waktu malam.

“Linda memang teruja bila berada bersama kumpulan basikal yang terdiri daripada pelbagai usia dan latar belakang tanpa mengira bangsa. Semua yang berkumpul itu tidak mengenali antara satu sama lain, hanya diberitahu menerusi laman web.

“Pertama kali ikuti rombongan berbasikal sejauh 25 kilometer itu, memang penat tapi seronok. Aktiviti itu bukan sahaja baik untuk kesihatan malah ia mengajar kita untuk bekerjasama dan bersabar. Sekarang ini nak sertai aktiviti yang dilakukan sebulan sekali pun susah sebab Linda sibuk,” kata Linda Hashim.

Linda Hashim penggemar pakaian jenama Fox itu berkata, sewaktu aktif berbasikal dia dapat merasakan perubahan pada lengannya yang kelihatan berotot.

Dek penangan sukan berbasikal, sekarang ini jika ternampak kedai menjual basikal, Linda Hashim pasti singgah untuk melihat produk terbaru.

Gambar Linda Hashim Hangat Ghairah Minat Kayuh Basikal
Gambar Linda Hashim Hangat Ghairah Minat Kayuh Basikal

“Sekarang ini, Linda sibuk menjalani penggambaran drama "Cut Amirah" sebanyak 26 episod, terbitan Media Corp dan AMC. Penggambaran dilakukan di Singapura.

“Jadi sesekali bila ada waktu lapang, Linda akan menjenguk ke kedai basikal di sana. Linda boleh habiskan masa satu atau dua jam di kedai itu sebab teruja tengok aksesori basikal. Basikal yang Linda guna ini pun sudah diubahsuai. Macam orang ubahsuai motosikal atau kereta,” terang Linda Hashim.

Pemegang watak Toh Puan Norashikin Mohd. Seth dalam filem Tanda Putera arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba berkata, sejak sibuk dengan penggambaran drama dan filem, Linda Hashim amat merindui basikal jenama Jammis yang sudah lama dibiar tersadai di rumah. -Utusan Malaysia.

Tengok Video Linda Hashim Sexy Hot Ditemubual Media Hiburan Malaysia.


mohdrohaizad.com - Baguslah Linda Hashim, kayuh basikal pun baik untuk kesihatan selain dapat mengekal body Linda Hashim yang mantap tu.
Read more >>

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Linda Hashim Seksi Hot Kayuh Basikal Kekal Body Cantik By Mohd Rohaizad. Published: 25.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Irma Hasmie Seksi Hot Benci Nabil Raja Lawak

Irma Hasmie Seksi Hot Benci Nabil Raja Lawak

Pelakon Irma Hasmie, 29 tahun, memberitahu dia tidak akan menghadirkan diri ke majlis perkahwinan bekas kekasihnya, Nabil Raja Lawak, 28 tahun, yang bakal berlangsung pada 30 September ini.

Tindakan Irma Hasmie itu bukanlah kerana tidak sudi melihat hari bahagia bekas kekasihnya, tetapi lebih kepada menghormati Nabil dan bakal isterinya, Nazirah.

Sungguhpun begitu, Irma Hasmie tetap akan mendoakan yang terbaik untuk rumah tangga bekas teman lelakinya itu supaya perkahwinan Nabil dan isteri diberkati Allah.

Irma Hasmie Tidak Sanggup Hadir Majlis Perkahwinan Nabil Raja Lawak

"Tak manis rasanya, jika saya nak hadir ke majlisnya. Nampak agak pelik pula nanti bila bekas kekasih hadir dan saya tak mahu timbul perkara yang tak elok pula nanti. Lagipun inilah salah satu cara saya menghormati hari bahagia Nabil dan isteri.

"Apa-apa pun, saya mahu ucapkan tahniah pada Nabil. Mudah-mudahan Nabil dapat melayari bahtera perkahwinannya dengan rahmat dan keberkatan dari Allah," kata Irma Hasmie yang sehingga kini tidak menerima apa-apa jemputan daripada Nabil.

Walaubagaimanapun, Irma Hasmie berharap dengan ketiadaannya itu nanti tidak pula disalah anggap juga oleh ahli keluarga Nabil kerana dia tidak pernah memutuskan talian persaudaraan yang sudah terjalin sejak mengenali Nabil.

"Saya tak pernah bermusuh dengan Nabil, jauh sekali dengan ahli keluarganya kerana saya juga agak rapat dengan adik beradik perempuannya. Saya pun tak suka nak bermusuh dengan sesiapa kerana takut tidak berkesempatan untuk meminta maaf.

Gambar Irma Hasmie Seksi Hot Terkini Bertudung Litup
Gambar Irma Hasmie Seksi Hot Terkini Bertudung Litup

"Jadi, saya tak mahu mereka berkecil hati dengan tindakan saya kerana saya masih menjaga hubungan baik dengan mereka. Tidak pernah putus walau apa juga sekalipun," kata Irma Hasmie nada sedih.

Sementara itu, Irma Hasmie berkata dia masih belum mempunya teman istimewa, malah mengakui sedang mencari seorang calon paling sesuai untuk dijadikan bakal suami.

Irma Hasmie Ingin Berkahwin Lelaki Alim

"Bila kita dah tahu banyak benda mengenai ilmu agama, saya sudah mula faham apa yang kita perlu dan ingini dalam hidup ini. Perkahwinan merupakan satu fitrah dan sebagai seorang manusia biasa, saya juga punya keinginan untuk berkahwin.

"Saya akui kini saya sedang mencari calon suami dan bukan kekasih hati. Usia saya pun dah semakin meningkat dan saya perlu memikirkan mengenai pasangan hidup," tambah Irma Hasmie bertudung litup sejak awal tahun ini. -Murai.

Tengok Video Irma Hasmie Seksi Hot Semasa Tidak Bertudung Beri Tips Kecantikan.




mohdrohaizad.com - Irma Hasmie kini sedang menjalani pengambaran telemovie, Hatiku Kinabalu bersama Yana Samsudin dan bakal muncul dalam program realiti berjudul, Solehah di TV Al-Hijrah mulai 23 September (semalam), jam 8.30 malam. Walaupun Irma Hasmie benci dan sedih dengan tindakan Nabil Raja Lawak memutuskan hubungan tetapi Irma Hasmie tetap medoakan kebahagiaan rumahtangga Nabil kelak.
Read more >>

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Irma Hasmie Seksi Hot Benci Nabil Raja Lawak By Mohd Rohaizad. Published: 24.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Memey Suhaiza Norman Hakim (Majlis Pernikahan Perkahwinan Resepsi)

Memey Suhaiza dan Norman Hakim (Majlis Pernikahan Perkahwinan Resepsi)

Dengan sekali lafaz, pelakon Norman Hakim, 35 tahun, telah selamat dinikahkan dengan pasangannya, pelakon Memey Suhaiza, 23 tahun, di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor pada pukul 5.10 petang, Sabtu.

Pasangan Memey Suhaiza dan Norman Hakim ini dinikahkan oleh jurunikah mukim Kambau, Kota Tinggi, Zulkifli Tarmizi berwalikan bapa Memey, Suhaimi Sawarni, 49 tahun.

Pada majlis pernikahan Memey Suhaiza dan Norman Hakim tersebut, Memey Suhaiza turut menerima mas kahwin berjumlah RM22.50 dan lima dulang hantaran termasuk wang hantaran RM24,000, sistem pengesanan global (GPS), rantai, cincin berlian, kek buah berbentuk beg tangan Gucci, sirih junjung dan al-Quran.

Sementara Norman Hakim menerima tujuh dulang hantaran daripada Memey iaitu iPad 2, cincin, coklat, buah-buahan, sirih junjung, kek lapis Sarawak dan al-Quran.

Gambar Memey Suhaiza dan Norman Hakim Terkini Sah Suami Isteri Selepas Majlis Akad Nikah
Gambar Memey Suhaiza dan Norman Hakim Terkini Sah Suami Isteri Selepas Majlis Akad Nikah

Keseluruhan hantaran kedua-dua belah pihak dianggarkan berjumlah RM40,000 yang digubah oleh Iezla Bridal merangkap perunding perkahwinan.

Memey Suhaiza dan Norman Hakim kelihatan sama cantik sama padan mengenakan baju pengantin berwarna mengikut kulit rekaan Ezuwan Ismail.

Selain keluarga kedua-dua belah pihak, majlis ini turut dihadiri dan disaksikan oleh 1,000 tetamu termasuk dua anak Norman iaitu Mohamed Danish Hakim, 8 tahun, dan Marissa Dania Hakim, 6 tahun.

Gambar Pelamin Majlis Persandingan Memey Suhaiza dan Norman Hakim

Menurut Norman Hakim, dia akan membawa Memey Suhaiza berbulan madu di Paris dalam masa yang akan ditetapkan kemudian dan seterusnya dijangka ke Mekah untuk mengerjakan umrah pada tahun depan.

Memey Suhaiza dan Norman Hakim Bulan Madu di Paris, Perancis.

Pada malam Sabtu, pasangan Memey Suhaiza dan Norman Hakim ini akan melangsungkan majlis malam berinai di rumah pihak perempuan di mana Memey mengenakan baju busana berkonsepkan kontemporari berwarna peach manakala Norman dengan baju tradisional berwarna hitam yang disediakan oleh Iezla Bridal.

Majlis resepsi sebelah pengantin perempuan akan dilangsungkan di rumah pihak perempuan pada Ahad dengan berkonsepkan perkahwinan dalam taman. Pakaian persandingan direka oleh Hatta Dolmat manakala untuk upacara memotong kek direka oleh Rizman Ruzaini.

Majlis Perkahwinan Resepsi Memey Suhaiza dan Norman Hakim

Pada 28 September depan pula, majlis perkahwinan yang bernilai RM12 juta, akan diadakan di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur, ditaja sepenuhnya oleh jenama barangan kemas, Rafflesia.

Tema majlis perkahwinan Memey Suhaiza dan Norman Hakim itu berkonsepkan Kosmopolitan dan hanya 200 orang tetamu sahaja di undang iaitu pihak media dan selebriti.

Menariknya Memey Suhaiza akan menyarungkan gaun pengantin pereka tersohor dunia, Vera Wang pada majlis perkahwinannya pada 28 September itu.

Menurut perancang perkahwinan Memey Suhaiza dan Norman Hakim, Billbora, gaun yang menjadi pilihan selebriti Hollywood seperti Kim Kardashian, Mariah Carey dan Invanka Trump itu telah dibeli oleh Rafflesia, menerusi sebuah agen di Hong Kong.

Memey Suhaiza akan mengenakan dua gaun pengantin pada majlis tersebut dan salah satunya daripada rekaan Vera Wang yang berkonsepkan Bohemian. Bagaimanapun ia bukanlah ditempah khas sebaliknya dibeli oleh pihak Rafflesia yang inginkan kelainan pada majlis tersebut.

Sepasang lagi gaun yang akan dikenakan pula direka khas oleh tiga pereka tempatan daripada Rafflesia dengan bertatahkan mutiara gred A yang bernilai RM500,000.

Bagi pakaian pengantin lelaki pula, Norman akan mengenakan dua pasang sut tradisional Inggeris rekaan Lord's Taylor bernilai RM10,000 setiap satu.

Gaun dan Sut Pengantin Memey Suhaiza dan Norman Hakim Dipamerkan Muzium Negara

Menarik lagi, keempat-empat gaun dan sut pengantin tersebut akan dipamerkan untuk satu acara istimewa di Muzium Negara pada 26 November hingga 31 Disember depan.

Selain Rafflesia, Lord's Taylor dan Vera Wang, Profesor Datuk Jimmy Choo juga akan menghasilkan dua pasang kasut khas buat Memey yang bernilai RM300,000.

Ini merupakan perkahwinan pertama buat Memey Suhaiza manakala yang kedua bagi Norman Hakim.

Norman Hakim pernah berkahwin dengan pelakon Abby Abadi pada 8 Januari 2002 dan dikurniakan tiga orang anak termasuk Maria Danisha Hakim, 3 tahun. Mereka bercerai pada 18 Disember 2008. -Mstar.

Tengok Video Memey Suhaiza dan Norman Hakim (Majlis Persandingan Pertunangan)


mohdrohaizad.com - Akhirnya Memey Suhaiza dan Norman Hakim sah bernikah bergelar suami isteri secara sah. Walaupun ramai yang tidak suka dengan si perampas Memey Suhaiza dan si curang Norman Hakim, namun kami tetap doakan semoga mereka bahagia. Nak buat macam mana dah jodoh macam itu kan?
Read more >>

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Memey Suhaiza Norman Hakim (Majlis Pernikahan Perkahwinan Resepsi) By Mohd Rohaizad. Published: 24.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Amber Chia Sexy Hot Kongsi Rahsia Kecantikan di TV

Amber Chia Sexy Hot Kongsi Rahsia Kecantikan di TV

Model terkenal (Gambar) Amber Chia muncul mengacarakan sebuah program majalah wanita terbaru berjudul I Love Beauty disiarkan di TV2 mengisi slot Women On 2 pada setiap Selasa bermula 27 September depan. Ia akan disiarkan bermula pukul 10 pagi.

Program 13 episod ini dibahagikan kepada tiga segmen di mana setiap episod bakal mengetengahkan topik yang berbeza dan menarik untuk dikongsi bersama Amber Chia. Pastinya ia menyumbang pengetahuan kepada golongan wanita sentiasa mahu tampak cantik dan berseri setiap hari tidak kira di mana berada dan apa pun juga kerjaya yang diceburi. Dalam pada itu, beberapa topik menarik bakal dibincangkan seperti ‘Berkulit Gelap Juga Boleh Berseri-seri’ yang mengundang pakar kecantikan, Ching An dan jurusolek berpengalaman, Sook Yee.

Gambar Amber Chia Seksi Hot Semasa Wedding
Gambar Amber Chia Seksi Hot Semasa Wedding

Manakala, segmen dua dinamakan 2 Lauk & 1 Tip’s pula akan menampilkan penerbit berpengalaman, Yoko bagi menunjukkan cara untuk memasak dua lauk dan satu sup iaitu ikan kukus halia, pai ayam dan sup ABC adalah menu bagi episod tersebut.

Sementara segmen tiga, dengan tema ‘Kelihatan Seperti Artis’ seorang pakar rambut, Mike Loh akan mengubah gaya dan rambut dua orang model menjadi seperti seorang artis. Episod ini diakhiri dengan Mini Fashion Show yang dipersembahkan oleh Amber Chia, Mary dan Kelly. - MStar.

Tengok Video Amber Chia Hot Body Semasa Special Interview.




mohdrohaizad.com - Oleh itu, jangan lupa untuk saksikan Amber Chia kongsi rahsia kecantikannya di tv. Bagi wanita yang ingin berkongsi tip kecantikan, resipi kesihatan dan tip penggayaan fesyen menarik dan terkini, pastikan anda meluangkan masa menyaksikan I Love Beauty hanya di TV2.
Read more >>

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Amber Chia Sexy Hot Kongsi Rahsia Kecantikan di TV By Mohd Rohaizad. Published: 24.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Arrora Salwa & Alloi Max 24:7 Bercinta

Arrora Salwa & Alloi Max 24:7 Mesra Bercinta

Dua pendatang baru dalam dunia hiburan tempatan, (Gambar) Arrora Salwa, 25 tahun dan ahli kumpulan Max 24:7, Alloi atau nama sebenarnya (Gambar) Mohd Fairuz Shaari, 26 tahun, tanpa berselindung akui sedang hangat bercinta.

Mengakuinya sendiri kepada media hiburan, menurut kedua-dua pasangan sejoli itu mereka sudah pun menjalinkan hubungan cinta secara serius sejak lebih kurang sebulan yang lalu selepas pertemuan yang tidak disengajakan di Aesar Mustafa Studio sebelum ini.

Apa yang pasti cinta yang baru terjalin itu menjadi lebih kukuh kerana mereka sudah berjumpa serta mendapat restu daripada kedua ibu bapa masing-masing.

Gambar Percintaan Arrora Salwa dan Alloi Max 24-7
Gambar Percintaan Arrora Salwa dan Alloi Max 24-7

Arrora Salwa yang popular dengan lagu "Ahmad" akui bukan mudah untuk ibu bapanya menerima baik teman lelakinya sebelum ini tetapi Alloi berjaya menambat hati orang tuanya ketika beraya ke kampungnya yang terletak di Kota Tinggi, Johor.

"Biarpun saya baru berkenalan dengan Alloi sejak beberapa bulan yang lalu ketika di Aesar Mustafa Studio, namun saya akui perasaan cinta antara kami sudah wujud sejak kapertemuan pertama.

Alloi Max 24:7 Melamar Arrora Salwa Untuk Bernikah

"Jadi saya pun menerimanya ketika dia melamar saya untuk menjadi kekasihnya pada malam raya, Syawal ini. Banyak perkara yang menguatkan saya untuk terimanya sebagai cinta pertama selepas perkahwinan yang lalu gagal.

"Apa yang membuat saya yakin dengannya, ibu bapa saya terima baik dia tanpa ada rungutan seperti dengan kawan-kawan lelaki saya sebelum ini. Dengannya ibu dan bapa saya senang sekali menerimanya sebagai teman saya.

"Selain itu saya senang dengan Alloi kerana dia satu-satunya lelaki yang boleh mengubah sikap keras kepala dan panas baran saya. Dia berjaya mengawal diri saya supaya saya menjadi seorang yang penyabar," kata Arrora Salwa yang ditemui hadir berdua bersama kekasihnya, Alloi ketika majlis Rumah Terbuka RIM, petang kelmarin.

Biarpun mereka sudah berjumpa dengan keluarga masing-masing, namun Alloi yang juga duda anak dua itu belum mengambil apa-apa keputusan untuk melangkah ke peringkat yang seterusnya seperti bertunang atau sebagainya.

"Lebih elok, jika kita memperkenalkan kekasih atau teman yang rapat kita dengan ibu bapa supaya mereka tidak risau dan mendapat persetujuan daripada mereka.

"Jadi bila saya sudah mula serius untuk berkawan dengan Arrora apa salahnya saya berjumpa dengan ibu bapanya supaya orang tua mereka tidak risau dan tahu dengan siapa anak mereka berkawan.

"Lagipun kami masih lagi dalam proses pengenalan dan masih mahu mengenal hati budi masing-masing. Namun saya berserah pada Tuhan jika dia jodoh saya," jelas Alloi Max 24:7 yang juga membawa Arrora Salwa ke rumah ibu bapanya di Selayang, Selangor. -Murai.

Tengok Video Arrora Salwa Sexy Hot Lagu "Ahmad" MP3 Bersama Lirik.


mohdrohaizad.com - Adakah hubungan cinta Arrora Salwa dan Alloi Max 24:7 akan berakhir dengan majlis perkahwinan? Sama-sama kita doakan pasangan Arrora Salwa dan Alloi Max 24:7 ini bahagia ya.
Read more >>

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Arrora Salwa & Alloi Max 24:7 Bercinta By Mohd Rohaizad. Published: 24.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Vokal… Bukan Sekadar Rupa (Program Realiti TV3)

Vokal… Bukan Sekadar Rupa (Program Realiti Terbaru TV3)

Selepas muncul sebagai juara dalam program Mentor musim kelima, penyanyi serta pelakon terkenal, Erra Fazira kini bakal muncul dalam sebuah lagi program realiti hiburan terbaru di TV3 iaitu "Vokal…Bukan Sekadar Rupa". Walau bagaimanapun, kemunculan Erra kali ini bukan sebagai peserta, namun sebagai juri tetap program tersebut.

“Saya sangat berbesar hati untuk bersama dalam program ini di mana program ini memberi peluang kepada mereka yang berbakat tetapi tidak ada pakej. Bila ditawarkan oleh pihak TV3, saya suka dan ingin menyahut cabaran ini,” jelas Erra Fazira ketika ditemui pada majlis pelancaran program tersebut di Sri Pentas, Bandar Utama baru-baru ini.

Gambar Erra Fazira Sebagai Juri Tetap Program Realiti TV3 Vokal Bukan Sekadar Rupa
Gambar Erra Fazira Sebagai Juri Tetap Program Realiti TV3 Vokal Bukan Sekadar Rupa

Di sebalik pemilihan Erra Fazira sebagai juri tetap dalam program ini, mungkin ada yang akan mempertikaikan kewibawaan serta kelayakannya sebagai juri memandangkan kerjaya beliau sebagai penyanyi tidak begitu menonjol berbanding kerjaya lakonannya. Namun, Erra Fazira si primadona filem ini mempunyai jawapannya yang tersendiri.

Erra Fazira Tidak Layak Jadi Juri Vokal

“Bila disebut tajuk dan diuji pengalaman vokal saya, memang tak cukup seperti orang lain sebab saya lebih kepada lakonan. Namun untuk menilai persembahan, saya okay. Azmeer lebih kepada vokal manakala saya pula lebih kepada untuk memastikan mereka ada peningkatan dari segi persembahan.

“Tugas saya di sini ialah untuk bagi suntikan semangat kepada mereka. Mungkin penampilan mereka tidak menarik, tapi jika ada usaha, mereka boleh jadi ‘somebody’,” kata Erra Fazira yang yakin program Vokal… Bukan Sekadar Rupa ini akan mendapat sambutan ramai.

“Saya rasa untuk program Vokal… Bukan Sekadar Rupa ini, tak ada masalah untuk cari peserta. Pasa mulanya, saya terfikir juga ada ke orang nak masuk tapi saya rasa orang kita ada keyakinan diri dan saya percaya, program ini akan mendapat sambutan nanti.”

Erra Fazira Muncul Dalam Drama Siri Terbaru ‘Kelas Kau Maria’

Menyentuh soal karier, Erra Fazira si pelakon filem Soal Hati dan Cinta Kolestrol ini memberitahu akan muncul dalam drama siri terbaru berjudul, ‘Kelas Kau Maria’ di saluran Astro. Mengenai bidang nyanyian pula, buat masa sekarang, pelakon ini mengakui tidak berkesempatan untuk menghasilkan album baru kerana terlalu sibuk dengan tawaran berlakon.

“Masa tidak mengizinkan saya untuk fokus kepada nyanyian kerana jadual saya padat sampai hujung tahun dan saya tak ada ruang kosong untuk nyanyian. Lagu semua dah ada untuk album baru, cuma tunggu saya saja. Untuk album terbaru ini, saya perlukan satu suntikan semangat yang baru agar ia boleh diterima oleh generasi sekarang,” jelas Erra Fazira yang kali terakhir muncul dengan album empat tahun yang lalu. -Gua.

Tengok Video Promo Program Realiti TV3 "Vokal… Bukan Sekadar Rupa"


mohdrohaizad.com - Layak ke Erra Fazira menjadi juri tetap program realiti terbaru TV3? Ramai yang mempertikaikan Erra Fazira kerana bakatnya lebih terserlah dalam lakonan.
Read more >>

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Vokal… Bukan Sekadar Rupa (Program Realiti TV3) By Mohd Rohaizad. Published: 24.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Solehah Cari Ikon Muslimah Dalam TV AlHijrah

Solehah Cari Ikon Muslimah Dalam TV AlHijrah

Sejajar dengan statusnya sebagai televisyen percuma yang berkonsepkan Islam, TV AlHijrah sedar akan kekurangan program realiti televisyen yang berkonsepkan Islam dan juga berkisar tentang wanita.

Oleh itu, ingin memberikan yang terbaik buat penonton setia mereka, AlHijrah telah mengambil pendekatan untuk mengadakan program realiti yang berkisar tentang wanita iaitu "Solehah" yang mampu menjadi program pendidikan Islam tidak formal yang mengiktiraf sumbangan peranan dan sumbangan wanita terhadap agama, bangsa dan negara.

Sesi Ujibakat Solehah

Sesi ujibakat Solehah yang diadakan selama tiga bulan telah dihadiri oleh 600 peserta sebelum disenarai pendek dan hanya 10 orang sahaja layak untuk meneruskan perjuangan di dalam program ini.

Mereka adalah Amie Sofia Ahmad, 25, berasal dari Alor Setar, Kedah, Wan Suhaili Wan Mohd Yusof, 24, Dungun, Terengganu, Mariyam Sa'ari,24, Kuala Terengganu, Terengganu, Sarah Azizul, 25, Kajang, Selangor, Renny Johnnuin, 21, Kundasang, Sabah, Tuan Nor Shazni Tuan Muda, 23, Terengganu, Siti Adibah Zelkefly, 21, Kuching, Sarawak, Nurul Eswani Syafazlin Abdul Halim, 24, Kulim, Kedah, Wan Nor Mazuani Wan Mokhtar, 22, Kuantan, Pahang dan Rosmarieza Rafiee, 25, Asahan, Melaka.

Gambar Irma Hasmie dan Nurul Iman Seksi Hot Pengacara Solehah TV AlHijrah
Gambar Irma Hasmie dan Nurul Iman Seksi Hot Pengacara Solehah TV AlHijrah

“Solehah merupakan sebuah program realiti televisyen yang berhasrat untuk melahirkan barisan muslimah yang mempunyai ciri-ciri dan sifat seorang muslimah solehah dan mampu menggalas tanggungjawab sebagai model kepada wanita masa kini,” jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Apa yang unik mengenai program ini adalah, realitinya mereka tidak akan mempunyai sesi penyingkiran dari mula hingga ke episod akhir dan pengumpulan markah akan diperoleh sepanjang program akan menentukan siapa pemenang melalui markah tertinggi peserta tersebut.

“Penyingkiran peserta tidak dibuat kerana apa yang kita nampak, kadangkala prestasi peserta di setiap minggu berlainan dalam keadaan tertentu. Mungkin jawapan itu tidak bersesuaian dengan kemampuan soalan dan mungkin minggu hadapan mereka akan mempunyai prestasi yang baik berbanding sebelumnya dan boleh menampung kembali pemarkahan mereka. Oleh itu kesemua 10 peserta Madrasah Solehah akan dikekalkan hingga ke akhir episod siaran.

“Kita tidak akan lakukan seperti kelaziman program realiti praktiskan. Kesemua peserta akan melalui sesi pembelajaran dan akan keluar serentak sebagai barisan muslimah yang baharu diiktiraf,” tegas Jamil Khir lagi.
Format program ini akan dibahagikan kepada dua penerbitan utama iaitu penerbitan lokasi yang membabitkan kapsul diari Madrasah dan Tugasan Solehah serta penerbitan secara langsung.

Diadili Musyrifah Sebagai Pendidik Solehah

Program Solehah ini juga akan melibatkan seramai empat orang musyrifah yang akan bertanggungjawab mendidik dan mengadili kesemua peserta sepanjang program ini berlangsung.

Selain itu, juri Solehah yang juga akan mengadili, menilai serta yang bertanggungjawab memberi pemarkahan kepada peserta terdiri daripada tiga orang tokoh akademik terkenal dari Universiti Malaya dan Universiti Islam Antarabangsa.

Gambar Peserta Solehah TV AlHijrah
Gambar Peserta Solehah TV AlHijrah

Ketika ditanya mengenai mungkin ada sesetengah peserta yang akan menyembunyikan karakter sebenar mereka untuk menyertai program tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Bukhari Che Muda mempunyai jawapan tersendiri.

Jelas Bukhari Che Muda: “Memang mungkin ada, tapi berdasarkan pengalaman dan kekuatan yang ada pada para pendidik kita, mereka akan boleh mengesan dan menilai perkara tersebut melalui realiti kehidupan dan latar belakang mereka.” -Kosmo!

Tengok Video Solehah Program Realiti Cari Ikon Muslimah Dalam TV AlHijrah.




mohdrohaizad.com - Solehah akan bersiaran secara langsung selama 13 episod mulai 23 September ini di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur. Bagi mengikuti perkembangan terkini peserta Solehah, TV AlHijrah akan menyiarkan kapsul harian selama dua minit khas untuk penonton setia AlHijrah.
Read more >>

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Solehah Cari Ikon Muslimah Dalam TV AlHijrah By Mohd Rohaizad. Published: 24.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Mencari Juara Idola Kecil 4 Terkini Sudah Bermula

Mencari Juara Idola Kecil 4 Terkini Sudah Bermula

Masa yang dinanti-nanti kini sudah tiba di mana TV9 memulakan penjelajahan untuk mencari bakat baru Idola Kecil Musim Keempat. Sesi ujibakat yang pertama telah pun bermula pada 17 dan 18 September lalu di Kuantan, Pahang yang telah melihat ratusan kanak-kanak mencuba nasib untuk mendapat gelaran juara Idola Kecil untuk musim ini.

Gambar Pencarian Juara Idola Kecil 4 Bermula


Ujibakat Idola Kecil 4

Bagi sesiapa yang tidak dapat berkesempatan untuk menjalani ujibakat pada hari tersebut, jangan khuatir kerana sesi ujibakat IK4 akan dijalankan lagi di tiga buah lokasi bermula dari jam 10 pagi hingga 6 petang di:

•    Hotel Suria City, Johor Bharu: 24 & 25 September 2011
•    Hotel Golden Sands, Pulau Pinang: 1 & 2 Oktober 2011
•    Sri Pentas, Bandar Utama: 8 & 9 Oktober 2011

Ujibakat Idola Kecil 4 terbuka kepada kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur di antara 9 hingga 12 tahun. Pada hari tersebut, mereka yang berminat diminta untuk membawa gambar berukuran pasport dan juga butiran diri tetapi yang paling penting adalah untuk membawa keyakinan diri supaya dapat membuat persembahan yang terbaik di hadapan juri-juri, Cikgu Alfa Booty dan Cikgu Delly.

Lagu Temuduga Idola Kecil 4

Adik-adik boleh pilih mana-mana lagu dari senarai yang berikut:

1.    Pakai Buang – Stacy
2.    Kekanda Adinda – Atilia & Monoloque
3.    Dan Sebenarnya – Yuna
4.    Muda – Hujan
5.    Hanya Kau Yang Mampu – Aizat
6.    Situasi – Bunkface

Markah bonus akan diberikan kepada mereka yang memiliki bakat-bakat lain seperti bermain alat muzik, berlakon atau menari. Idola Kecil ini bukan sahaja bertujuan untuk mencungkil bakat baru di kalangan kanak-kanak tetapi turut meningkatkan kemahiran komunikasi, tuturcara dan juga jati diri. Semoga semua yang hadir sudah membuat persediaan yang cukup untuk memberi persembahan yang hebat!

Pada hari ujibakat itu juga, adik-adik akan dihiburkan dengan mini showcase istimewa dari peserta-peserta Idola Kecil musim-musim yang lalu seperti Dayana, Harris, Azzam, Hadi dan ramai lagi! Mari datang beramai-ramai dan pastikan datang awal untuk pendaftaran! Mungkinkah anda salah satu peserta Idola Kecil Musim 4 yang kami cari?

Tengok Video Idola Kecil 4 (Konsert Akhir - Grand Final Idola Kecil 3)




mohdrohaizad.com - Untuk maklumat terkini tentang Idola Kecil 4, layari laman web TV9 di www.tv9.com.my dan Facebook rasmi Idola Kecil 4 iaitu www.facebook.com/IdolaKecil4. Hidup Penuh Semangat bersama Idola Kecil Musim 4!
Read more >>

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Mencari Juara Idola Kecil 4 Terkini Sudah Bermula By Mohd Rohaizad. Published: 23.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Isu Kontroversi Anugerah Industri Muzik Malaysia Kecoh

Isu Kontroversi Anugerah Industri Muzik Malaysia Kecoh

Setelah penganjuran Anugerah Industri Muzik 2011 (AIM 2011) dipertikaikan oleh beberapa pihak, akhirnya Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) Norman Abdul Halim tampil memberi penjelasan.

“Sebelum saya berikan penjelasan lanjut, ingin saya maklumkan kepada semua bahawa AIM adalah milik RIM dan bukan mana-mana persatuan lain. Anugerah berprestij ini adalah atas inisiatif RIM untuk memartabatkan penggiat muzik tempatan. Sesuai dengan objektif AIM ini, kita memang mengutamakan artis, komposer dan syarikat rakaman tempatan.

Hanya Penyertaan Syarikat Rakaman Tempatan Sahaja

Setiap penyertaan mestilah melalui syarikat rakaman tempatan yang berdaftar dengan RIM. Penyertaan daripada individu tidak dibenarkan. Kriteria atau syarat ini tidak pernah dipinda dan ia telah diguna pakai dari awal lagi. Sebab itu saya hairan mengapa ada artis yang mendakwa RIM sentiasa meminda kriteria-kriteria yang diperlukan.

Untuk tahun ini kita hanya tukar tempoh pencalonan, selain memansuhkan beberapa kategori kerana ia dilihat tidak relevan dengan situasi industri muzik ketika ini. Namun, kita telah membenarkan penyanyi yang mempunyai single untuk masuk bertanding. Selain itu, kita juga telah merancang untuk mengadakan anugerah berasingan untuk artis-artis Cina dan India tempatan.

Gambar Norman Abdul Halim Selaku Pengerusi  Persatuan Industri Rakaman Malaysia
Gambar Norman Abdul Halim Selaku Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia

Kita telah edarkan kriteria-kriteria yang diperlukan ini kepada mereka bersama dengan borang pencalonan. Mungkin ada yang  tidak membacanya atau terlepas pandang. Jadi, ingin saya tegaskan di sini, kami di RIM tidak ada berniat jahat terhadap sesiapa.  Setiap perubahan yang dilakukan adalah demi kebaikan AIM, bukan untuk kepentingan mana-mana individu. Kalau ada yang menunding jari kepada saya, mereka silap. Saya langsung tidak terlibat dengan proses penjurian,” ulas Norman yang ditemui di Majlis Rumah Terbuka RIM kelmarin.

Isu Kewarganegaraan

Norman Abdul Halim mengulas tentang isu kewarganegara yang dibahas hebat, Norman Abdul Halim memberitahu isu ini sebenarnya sudah lama dibangkitkan.

“Saya tahu ini isu ini berbangkit semula apabila Hujan dan Zee Avi tidak tersenarai sebagai calon Top 5. Seperti yang saya katakan tadi, saya tidak terlibat dengan penjurian. Tetapi, untuk kes Zee Avi, dia memang artis Malaysia, tetapi dia tidak terikat dengan syarikat rakaman Malaysia. Oleh itu dia tidak layak.

Hujan pula saya tidak pasti. Saya rasa mereka masih layak bertanding untuk beberapa kategori walaupun tidak semua. Mungkin mereka telah tercalon untuk saringan awal, tetapi tidak berjaya untuk Top 5. Mungkin isu ini lebih sesuai dijawab oleh pihak juri. RIM memang tidak terlibat dengan proses penjurian. Bahkan, kita telah serahkan tugas ini kepada Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM) untuk memilih barisan juri supaya  tidak nampak berat sebelah,”ujar Norman lagi.

Anugerah Industri Muzik Malaysia Gugur Banyak Kategori Lagu

Dalam masa yang sama, Norman Abdul Halim juga mengulas tentang pengguguran Kategori Lagu Hip Hop yang digugurkan pada saat-saat akhir. Jelas lelaki yang juga orang kuat KRU Studios ini, keputusan itu dibuat oleh pihak juri, bukan RIM.

“Kalau ikut RIM, kita memang mahukan kategori ini, tetapi pihak juri sebaliknya. Mereka merasakan lagu-lagu yang menghantar pencalonan tidak memenuhi kriteria lagu Hip Hop. Kalau ikutkan saya, saya lebih suka jika lebih banyak genre muzik yang masuk bertanding,” ujar Norman.

Dengan segala isu berbangkit ini, Norman memaklumkan berkemungkinan pihak RIM akan mengkaji semula sistem penjurian yang telah digunakan pakai bagi memperkemaskan lagi penganjuran AIM. Untuk tujuan itu, pihak RIM mengalu-alukan pendapat daripada mana-mana persatuan mahupun individu untuk memperbaiki kelemahan yang ada. -Gua.

Tengok Video Anugerah Industri Muzik Tahun Lalu.


mohdrohaizad.com - Macam-macam isu kontroversi mengenai Anugerah Industri Muzik Malaysia kali ini kecoh. Adakah ini merupakan sengaja ditimbulkan oleh pihak penganjur?
Read more >>

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Kontroversi Anugerah Industri Muzik Malaysia Kecoh By Mohd Rohaizad. Published: 23.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Fara Fauzana Terbit Program Realiti Ala Kimora

Fara Fauzana Terbit Program Realiti Ala Kimora

Memang tidak dapat dinafikan, nama penyampai radio Hot FM, Fara Fauzana atau Fafau merupakan antara nama pengacara wanita yang kian popular buat masa kini.

Malah, segelintir pihak turut mengakui kehebatan Fara Fauzana dalam bidang pengacaraan sehingga meletakkan dirinya sebaris dengan pengacara nombor satu negara, Aznil Hj Nawawi.

Atas dasar ini jugalah, Fara Fauzana sering saja menerima tawaran dari pelbagai pihak baik dalam bidang pengacaraan mahu pun lakonan.

Selain akan terus kekal menjadi hos program Kepohnya iaitu susulan daripada "Kepohnya Raya" yang akan menemui penonton secara mingguan, Fara Fauzana dikhabarkan bakal menerbitkan program realitinya sendiri.

Gambar Fara Fauzana Seksi Hot Ala Kimora
Gambar Fara Fauzana Seksi Hot Ala Kimora

Fara Fauzana menjelaskan mengenai program realiti yang mempunyai konsep sebagaimana program realiti Kimora: "Life In The Fab Lane", Fara Fauzana mengakui program realiti berkenaan adalah hasil terbitannya sendiri menerusi syarikat miliknya iaitu Fafau Entertainment.

"Pada waktu ini, saya sibuk bersiap sedia untuk sebuah program realiti. Ianya merupakan program yang saya terbitkannya sendiri, mengisahkan kehidupan diri saya. Konsepnya lebih kurang seperti program Kimora.

"Memandangkan program ini adalah terbitan saya sendiri, maka saya sendiri yang akan mengeluarkan bajet. Mungkin tidak 100 peratus, mungkin separuhnya akan dikeluarkan dari pihak penaja. Setakat ini, saya sudah selesai penggambaran episod pilot. Stesen TV pula masih belum muktamad lagi. Sama ada Astro atau pun Media Prima. Saya sebenarnya hanya menunggu lampu hijau saja.

"Program ini dijadualkan bermula tidak lama lagi. Namun, itu semua masih dalam perancangan lagi. Nak jelaskan secara terperincipun, saya masih belum pasti lagi. Pun begitu, program ini akan bersiaran sebanyak 13 episod," jelasnya. -Murai.

Tengok Video Fara Fauzana (Fafau) Gelek Ghairah Ala Arab Di TV.


mohdrohaizad.com - Fara Fauzana akan terbit sendiri rancangan program realiti ala Kimora. Pasti best kan nanti? Sama-sama kita nantikan program realiti Fara Fauzana muncul tidak lama lagi.
Read more >>

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Fara Fauzana Terbit Program Realiti Ala Kimora By Mohd Rohaizad. Published: 23.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Asfan Ingin Menjadi Penyanyi Lelaki Popular Malaysia

Asfan Ingin Menjadi Penyanyi Lelaki Popular Malaysia

Penyanyi baru, Asfan atau nama sebenarnya (Gambar) Norasfan Shah Shah Rudin, 27 tahun, terkilan kerana kurang dikenali berbanding lagunya berjudul Terhenti Di sini yang begitu popular di corong-corong radio.

Asfan berkata, Terhenti Di Sini mula popular selepas ia dijadikan sebagai lagu runut bunyi dalam drama “Asmara 2” menerusi saluran TV3 sebelum stesen radio memutarkan lagu tersebut.

"Saya tidak sangka lagu tersebut boleh jadi popular tetapi yang peliknya orang tidak tahu siapa penyanyinya.

Gambar Asfan Seksi Hot Ingin Jadi Penyanyi Popular
Gambar Asfan Seksi Hot Ingin Jadi Penyanyi Popular

"Itu yang membuatkan saya sedikit terkilan kerana ia membuatkan kerjaya seni saya baru hendak menapak ini sukar berkembang daripada segi tawaran membuat persembahan dan sebagainya," kata Asfan yang bernaung di bawah label Alibi Music.

Tambah Asfan, lebih mengejutkan dirinya ialah apabila lagu yang dihasilkan oleh Aryan Siswanto Kamsani itu turut popular di Singapura.

Asfan Lagu "Aku Tak Sempurna" MP3 Video Muzik

Dalam pada itu, tidak lama lagi Asfan bakal muncul dengan “single” lagu kedua pula yang berjudul Aku Tak Sempurna hasil ciptaannya sendiri.

"Saya harap lagu ini boleh diterima ramai sama seperti “single” pertama saya itu.

"Kalau nak tahu saya hampir putus asa kerana menyangka lagu saya tidak akan diterima ramai. Ketika itu saya membuat perancangan dengan membuka perniagaan rekaan dan cetakan. Alhamdulillah, kini saya mempunyai dua kerjaya iaitu menjadi seorang penyanyi dan peniaga," tutur Asfan.

Biodata Profile Asfan (Norasfan Shah Shah Rudin)

Asfan ditanya siapakah penyanyi idolanya yang menjadi inspirasi untuknya berkarya, kata Asfan, dia begitu meminati David Cook, Adam Lambert dan Daughtry.

"Terlalu banyak perkara yang saya perlu terokai dalam bidang muzik ini dan pada masa yang sama saya mempunyai pelbagai inspirasi tidak kira dari penyanyi tempatan mahupun luar negara.

"Mungkin dengan bakat yang dikurniakan Tuhan, saya dapat memberikan kualiti muzik yang terbaik buat semua," ujar Asfan akhiri perbualan. -Mstar.

Tengok Video Asfan Lagu "Terhenti Di Sini" Youtube.


mohdrohaizad.com - Kesian jugalah kepada Asfan yang ingin menjadi penyanyi lelaki popular di Malaysia. Namun Asfan terkini lagunya popular tetapi ramai yang tidak mengenali Asfan.
Read more >>

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Asfan Ingin Menjadi Penyanyi Lelaki Popular Malaysia By Mohd Rohaizad. Published: 23.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Diana Amir Bertudung Selepas Mimpi Seksa Kiamat

Diana Amir Pakai Ttudung Selepas Mimpi Seksa Hari Kiamat

Pelakon filem Aku Masih Dara, (Gambar) Diana Amir melakukan tindakan mengejut dengan memakai tudung dan menutup aurat selepas beberapa kali mengalami mimpi hari kiamat.

Kata Diana Amir, dia bertekad dengan keputusan tersebut biarpun mengakui dirinya masih terlalu cetek dengan ilmu agama.

"Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat.

"Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini," kata Diana Amir ketika dihubungi media hiburan, Khamis.

Gambar Diana Amir Terkini Pakai Tudung Selepas Mimpi Seksa Hari Kiamat
Gambar Diana Amir Terkini Pakai Tudung Selepas Mimpi Seksa Hari Kiamat

Tambah Diana Amir terkini, dia menceritakan perkara tersebut kepada seorang rakan baik sehingga menyebabkan temannya itu turut mengambil keputusan yang sama untuk berhijrah dan mendalami ilmu agama.

"Saya tak tahu kenapa perkara itu berlaku kepada saya, mungkin Allah ingin memberi petunjuk dan saya menceritakan semuanya kepada seorang rakan.

"Namun selepas itu rakan saya yang berhijrah lebih awal daripada saya," kata Diana Amir yang mula mengenakan tudung pada Isnin lalu.

Jelas Diana Amir lagi, selepas berniat untuk berhijrah, dia beberapa kali bertemu dengan pelakon Irma Hasmie untuk mendapatkan pandangan dan sokongan.

"Saya tahu saya masih lemah terutamanya mengenai hal-hal agama, disebabkan itu saya ambil peluang untuk bertemu dengan Irma Hasmie untuk mendapatkan nasihat dia.

"Irma juga membawa saya berjumpa dengan Wardina Saffiyah untuk mendapatkan tunjuk ajar dan sokongan mereka," tutur Diana Amir.

Gambar Diana Amir Seksi Hot Masa Dahulu
Gambar Diana Amir Seksi Hot Masa Dahulu

Kata Diana Amir, biarpun masih terlalu cetek mengenai pegangan agama, dia berharap selepas menutup aurat dia dapat belajar lebih mendalam tentang agama Islam.

Diana Amir ditanya tentang lakonan, Diana Amir berkata dia masih akan terus berlakon jika mendapat watak yang sesuai dengan imejnya sekarang.

"Ketika buat keputusan tersebut saya terus berjumpa David Teo untuk meminta pendapat dia tentang lakonan dan kerjaya saya selepas ini,

"Biarpun dia tidak menjanjikan apa-apa, namun saya yakin rezeki adalah ketentuan Allah," kata Diana Amir lagi. -Mstar.

Tengok Video Diana Amir Pakai Tudung Semasa Berlakon Filem.



mohdrohaizad.com - Baguslah apabila Diana Amir mengambil tindakan untuk memakai tudung. Mungkin sudah sampai hidayah petunjuk buat Diana Amir melihat seksa dalam mimpi hari kiamat. Jangan pakai tudung sekadar berfesyen dan ikut trend sudahlah.
Read more >>

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Diana Amir Bertudung Selepas Mimpi Seksa Kiamat By Mohd Rohaizad. Published: 22.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Sambung PhD (Doktor Falsafah) Demi Filem Malaysia

Dua Pengarah Hebat Sambung PhD (Doktor Falsafah) Demi Filem Malaysia

Pengarah filem Ahmad Idham Ahmad Nadzri dan Prof Madya A.Razak Mohaideen bertekad untuk melanjutkan pengajian ke program peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Utara Malaysia (UUM) semata-mata untuk memajukan industri perfileman negara.

Kedua-dua pengarah filem ini mempunyai matlamat yang sama iaitu ingin mengkaji kelemahan-kelemahan filem tempatan daripada sudut pandangan sebagai seorang ahli akademik.

"Kita melihat industri filem pada hari ini tidak boleh berkembang ke peringkat yang lebih tinggi sedangkan terlalu banyak lambakan filem-filem tempatan yang keluar setiap tahun tapi hanya tertumpu dalam negara sahaja.

"Kajian yang saya akan lakukan nanti tertumpu tentang kegagalan industri filem tempatan kita untuk menembusi pasaran negara luar sedangkan negara jiran seperti Indonesia, Filipina, Korea sudah pergi jauh," kata Ahmad Idham pada sidang media selepas majlis penyerahan surat tawaran bagi mengikuti ijazah berkenaan di sini, Isnin.

Gambar Ahmad Idham Ahmad Nadzri dan Prof Madya A Razak  Mohaideen Sambung PhD di UUM
Gambar Ahmad Idham Ahmad Nadzri dan Prof Madya A Razak Mohaideen Sambung PhD di UUM

Jelas Ahmad Idham, dengan pengalamannya melibatkan diri dalam industri perfileman tempatan dia yakin ia dapat membantunya membuat kajian dalam bidang yang dipilih untuk tempoh pembelajaran selama dua tahun.

"Bukan mudah untuk saya diterima sebagai seorang pelajar. Saya melalui pelbagai peringkat tapisan dan temu duga untuk melayakkan saya mengikuti kursus ini.

"Saya yakin pengalaman yang ada dapat membantu proses kajian ini dan secara tidak langsung mendapat jawapan terhadap permasalahan dan kelemahan industri filem kita," kata Ahmad Idham.

Sambung PhD Kaji Kelemahan Filem Malaysia

Sementara itu, Prof Madya A.Razak Mohaideen pula mengambil peluang tersebut untuk mengkaji mengenai cabaran perniagaan filem masa kini dan kelemahan-kelemahan kegagalan sesebuah filem yang dihasilkan.

"Dalam kajian itu nanti saya akan cuba membongkar betapa sukarnya hidup sebagai seorang pembikin filem kerana mempunyai kelompok pasaran yang kecil.

"Pelopor industri filem kita sebelum ini kebanyakannya tidak dapat pendedahan secara formal kerana pengajian filem di Malaysia kurang daripada 20 tahun. Jadi banyak kekurangan yang perlu kita kenal pasti untuk pergi lebih jauh," ujar Prof Madya A.Razak Mohaideen yang juga Dekan Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah, Alam.

Bercakap tentang filem-filem terbitannya, Prof Madya A.Razak Mohaideen berkata risiko seorang pengarah adalah untuk mencuba pelbagai genre bagi memenuhi melihat kehendak pasaran.

"Kita sentiasa berdepan dengan kegagalan dan bagi saya ia adalah adat perniagaan kerana tidak semua produk kita berjaya di pasaran.

"Sebagai seorang pengarah kita perlu berhadapan dengan risiko dan jika ia gagal kita perlu melihat puca kegagalan dan perbaiki semula," kata Prof Madya A.Razak Mohaideen.

Adakah Setelah Tamat PhD Buat Filem Berjaya?

Ketika ditanya tentang penilaian dan jangkauan penonton lebih tinggi terhadap filem-filem arahannya selepas bergelar mendapat PhD nanti, Prof Madya A.Razak Mohaideen berkata dia sentiasa menerima kritikan dan pandangan penonton terhadap filem-filem arahannya.

"Setiap filem yang dihasilkan ada yang disukai dan ada juga yang tidak, jadi saya tetap menerima kritikan yang membina daripada penonton," kata Prof Madya A.Razak Mohaideen.

Kedua-dua pengarah filem ini akan memulakan pengajian pada Oktober depan dengan tempoh dari dua hingga lima tahun bagi menyiapkan hasil kajian tersebut. -Mstar.

Tengok Video Sambung Program Pengajian Peringkat Ijazah Sarjana / PhD Di UUM.


mohdrohaizad.com - Tahniah diucapkan kepada dua pengarah filem Ahmad Idham Ahmad Nadzri dan Prof Madya A.Razak Mohaideen. Semoga dua pengarah Malaysia ini berjaya semasa sambung PhD (Doktor Falsafah) demi kebaikan filem Malaysia.
Read more >>

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Sambung PhD (Doktor Falsafah) Demi Filem Malaysia By Mohd Rohaizad. Published: 22.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...