CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Ahmad Idham Permain Kalimah Syahadah Dalam Filem


Ahmad Idham Permain Kalimah Syahadah Dalam Filem Hantu Bonceng

Pengarah filem Hantu Bonceng, (Gambar) Ahmad Idham Ahmad Nadzri tidak pernah berniat untuk mempersendakan kalimah syahadah dalam sebuah adegan filem Hantu Bonceng tersebut yang telah menjadi kontroversi.

Ahmad Idham berkata dialog yang dituturkan oleh Zizan Raja Lawak dalam adegan berkenaan yang dikatakan mempermainkan kalimah syahadah itu tidak langsung bertujuan untuk menghina seperti yang didakwa segelintir pihak.

Zizan Raja Lawak Dialog Permain Kalimah Syahadah

"Saya pelik mengapa perkara ini dibesar-besarkan kerana jika diperhatikan adegan tersebut tidak langsung mempersendakan kalimah syahadah. Cuma hanya cara lontaran dialog tersebut sahaja yang telah disalah tafsirkan.

"Saya terkilan perkara itu diperbesarkan sehingga ada yang menganggap saya sebagai manusia yang terlalu jahil tentang agama. Pihak-pihak berkenaan sanggup mengeluarkan kata-kata kesat terhadap saya," kata Ahmad Idham selepas sidang media sempena penyampaian watikah kemasukannya ke program Ijazah Doktor Falsafah (PhD), Universiti Utara Malaysia, yang diadakan di sini, Selasa.

Ahmad Idham diminta menjelaskan mengenai tuduhan pelbagai pihak yang mengutuk filem Hantu Bonceng kerana dikatakan telah mempersendakan kalimah syahadah dan menghina agama Islam.

Gambar Keluarga Ahmad Idham Dan Isteri
Gambar Keluarga Ahmad Idham Dan Isteri

Dalam satu adegan filem itu, Zizan (membawa watak Amran) yang pengsan di hospital akibat kemalangan tiba-tiba terkejut selepas terbayangkan wajah hantu lalu mengucap dua kalimah syahadah dan menyebut perkataan “syaitan”.

Jelas Ahmad Idham, sekiranya adegan itu benar-benar terlalu sensitif, ia sudah awal-awal disunting oleh pihak Lembaga Penapis Filem Malaysia (LPFM).

"Jika ia benar-benar mempersendakan kalimah syahadah sudah tentu ia dipotong oleh LPFM dan mengapa baru sekarang isu ini timbul setelah filem itu habis ditayangkan di pawagam?

"Ini bermakna ada segelintir pihak sengaja menimbulkan isu tersebut dengan mempunyai agenda tertentu," ujar Ahmad Idham.

Cubaan Sabotaj Ahmad Idham

Dalam perkembangan lain Ahmad Idham masih menunggu memorandum yang ingin dikeluarkan terhadapnya oleh individu yang mengakui mewakili Dewan Pemuda Pas.

Filem Hantu Bonceng yang ditayangkannya bermula 31 Ogos lalu mendapat kutipan RM8.4 juta dan ia merupakan pencapaian tertinggi untuk filem arahan Ahmad Idham. -Mstar.

Tengok Video Filem Hantu Bonceng Yang Berjaya Di Pawagam - Arahan Ahmad Idham.


mohdrohaizad.com - Sabar ajalah Ahmad Idham. Budaya dengki dan cantas mencantas sudah seperti biasa di mana-mana jua. Adakah benar Ahmad Idham sengaja ingin mempermainkan kalimah syahadah dalam filemnya? Ada fikirlah sendiri.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Ahmad Idham Permain Kalimah Syahadah Dalam Filem By Mohd Rohaizad. Published: 21.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...