CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Aida Khalida Rasa Nikmat Bertudung Secara Islam


Aida Khalida Rasa Nikmat Bertudung Secara Islam

Bagi wanita yang tidak pernah bertudung, mereka mungkin berasa tidak selesa dengan pakaian tersebut. Antaranya berasa rimas, malah cuaca panas di kawasan terbuka juga boleh menambahkan lagi rasa ketidakselesaan itu.

Bagaimanapun, lain pula halnya dengan pelakon Aida Khalida yang tidak menganggap semua itu sebagai halangan. Sebaliknya, Aida Khalida yang telah bertudung sejak tiga tahun lalu dapat merasai ‘nikmat’ di sebalik cabaran bertudung.

“Saya tidak anggap bertudung susah, rimas atau rasa panas terutamanya sewaktu berada di kawasan terbuka mahupun lokasi penggambaran drama dan filem. Malah, saya anggap rasa panas itu adalah suatu ‘nikmat’ yang perlu dihayati.

“Panas sewaktu bertudung tidaklah sepanas mana kalau dibandingkan dengan panas api neraka di akhirat nanti. Mula-mula memang rasa panas tetapi lama kelamaan saya sudah jadi biasa dan ia menginsafkan,” kata Aida Khalida.

Menurut Aida Khalida atau nama sebenarnya (Gambar) Khalidah Adibah Ahmad, keputusannya bertudung bukan dipengaruhi oleh mana-mana pihak tetapi ia lahir daripada kesedarannya sendiri yang mahu berubah ke arah kebaikan.

Jelas Aida Khalida yang merupakan pemenang anugerah Pelakon TV Wanita Popular pada tahun 1995 dan 1996 ini, sudah sampai masanya Aida Khalida bertudung walaupun keputusannya itu dibuat tanpa sebarang perancangan.

Gambar Aida Khalida Seksi Hot Rasa Nikmat Bertudung Secara Islam
Gambar Aida Khalida Seksi Hot Rasa Nikmat Bertudung Secara Islam

“Keputusan saya untuk bertudung tidak dirancang. Saya sendiri tidak terfikir untuk bertudung. Malah, keluarga termasuklah adik beradik saya terkejut apabila saya muncul dengan imej bertudung.

“Saya juga bertudung kerana malu melihatkan diri saya tanpa bertudung. Sebelum ini, saya pernah mewarnakan rambut saya dengan warna perang. Sekarang saya dapati dengan bertudung adalah terbaik buat saya,” ujar Aida Khalida.

Aida Khalida yang sebelum ini menggunakan nama komersial Aida Radzwill berkata, dia melalui pelbagai cabaran terutamanya sewaktu menjalani penggambaran drama dan filem lakonannya dalam keadaan bertudung.

Pelakon Aida Khalida terkini berusia 53 tahun ini antaranya pernah diminta oleh pihak produksi penggambaran sebuah drama lakonannya agar membuka tudung semata-mata memenuhi tuntan wataknya.

“Dalam hal ini saya tetap bertegas bahawa sekali saya bertudung saya tidak akan membukanya semata-mata untuk watak lakonan saya. Untuk itu, ada yang mencadangkan saya menggunakan rambut palsu.

“Saya mengucap panjang dengan cadangan itu. Ini kerana, memakai rambut palsu itu haram dalam Islam. Tetapi lama kelamaan sekarang ini semakin ramai pengarah yang faham dengan pelakon bertudung seperti saya,” ujar Aida Khalida.

Jelas bekas isteri pelakon Joe Radzwill ini, selain tidak menganggu kerjayanya sebagai pelakon, imejnya yang bertudung itu secara tidak langsung menjadi batu loncatan kepadanya untuk terus berusaha meningkatkan amal ibadatnya.

Aida Khalida menjelaskan sejak bertudung dia bukan sahaja semakin rajin mendalami ilmu agama malah sejak tahun lalu, jiwanya semakin tenang apabila menggunakan nama Aida Khalida.

“Saya anggap bertudung adalah langkah awal saya mendekatkan diri dengan Allah. Buktinya sejak bertudung saya semakin serius belajar mengaji al-Quran, bertadarus, solat taubat dan solat tahajjud pada malam hari.

“Selain itu, saya juga banyak membeli buku-buku agama dan berdampingan dengan ustazah bagi bertanyakan soal hukum hakam agama terutama tentang bacaan al-Quran yang betul. Semua itu meninggalkan kebahagian di hati saya,” kata Aida Khalida.

Aida Khalida yang kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri 13 episod berjudul Cinta Berkalung Duri arahan Haris Fazilah, berharap lebih ramai pelakon mahupun penyanyi yang akan bertudung dapat menjadi ikutan peminat di masa depan.

Senario sihat yang sedang berlaku dalam bidang hiburan tanah air sekarang ini katanya mampu melahirkan lebih ramai selebriti yang menampilkan imej sopan sesuai dengan gambaran Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

“Tidak ada sekatan untuk pelakon bertudung keluar TV ataupun berlakon filem. Kalau pelakon bertudung muncul dalam filem sekalipun, ia tidak menjejaskan kutipan tiket, malah kebanyakannya mencatatkan keuntungan.

“Malaysia sebuah negara Islam, jadi apa salahnya kalau bahan-bahan hiburan yang disajikan memberi mesej yang baik. Para penggiatnya juga sepatutnya mengikut syariat Islam termasuklah dengan cara menutup aurat,” ujar Aida Khalida lagi. -Utusan Malaysia.

Tengok Video Aida Khalida Janda Hot Dulu Aida Radzwill Bercerai Dengan Joe Radzwill



mohdrohaizad.com - Baguslah apabila pelakon terkenal Malaysia Aida Khalida kini sudah sepenuhnya bertudung secara Islam. Malah Aida Khalida tidak segan silu bangga merasai nikmat bertudung, bagaimana pula dengan artis Malaysia yang lain ya? Lagi-lagi artis Malaysia yang sudah tua lagi nak mati tetapi masih tidak sedar diri.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Aida Khalida Rasa Nikmat Bertudung Secara Islam By Mohd Rohaizad. Published: 3.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...