CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Aliff Satar Guna Khidmat Komposer Indonesia Album Terbaru


Aliff Satar Guna Khidmat Komposer Indonesia Album Terbaru

Penyanyi dan pelakon, Aliff Satar menjelaskan single terbarunya, Lelaki Seperti Aku diterbitkan sepenuhnya di Malaysia dengan bantuan pemuzik Zimie daripada kumpulan Sofaz.

Aliff Satar ketika ditemui baru-baru ini berkata, walaupun ia dicipta oleh Panji Sakti iaitu komposer daripada Indonesia, kerja-kerja rakaman adalah menggunakan khidmat pemuzik tempatan.

"Ya benar lagu itu dicipta oleh komposer Indonesia tetapi kami menerima lagu tersebut dalam keadaan 'raw' dan semua proses penerbitan lagu tersebut dilakukan sepenuhnya di sini," ujar Aliff Satar.

Bagi Aliff Satar, ia bukan satu isu apabila ada pihak cuba mempertikaikan mengapa artis negara ini gemar menggunakan khidmat komposer luar mencipta lagu untuk mereka.

Gambar Aliff Satar Seksi Hot Keluar Album Terbaru
Gambar Aliff Satar Seksi Hot Keluar Album Terbaru

"Malaysia dan Indonesia adalah negara serumpun jadi saya tidak lihat di mana salahnya jika kita ingin bekerjasama. Lagipun muzik adalah bersifat universal," kata Aliff Satar.

Aliff Satar sedikit kecewa dengan tanggapan sesetengah pihak mengenai perkara itu, Aliff Satar menjelaskan dia memilih untuk merakamkan lagu Lelaki Seperti Aku kerana iramanya yang 'catchy' dan boleh di dengar oleh semua golongan.

Aliff Satar bakal muncul dengan album terbaru pada 23 Oktober depan, buah tangan terbaru Aliff Satar itu bakal memuatkan lapan buah lagu dan selain Panji dan Zimie, penyanyi baru, Amirah Ali turut menyumbangkan sebuah lagu berjudul There We Go.

Selain lagu ciptaan Amirah, Aliff Satar memberitahu dia turut merakamkan sebuah lagu duet nyanyian asal Kelly Clarkson berjudul Timeless bersama penyanyi daripada Filipina, Julia Abueva.

"Alhamdulillahlah pengalaman merakamkan lagu Inggeris pertama tidak sukar seperti yang dibayangkan tetapi perasaan gementar tetap ada.

"Peluang merakamkan lagu duet bersama Julia yang baru mencecah 16 tahun pula cukup mengagumkan," kata Aliff Satar. -Mstar.

Tengok Video Aliff Satar Live MTV Lagu Cukup Indah.



mohdrohaizad.com - Aliff Satar terkini menggunakan khidmat komposer dari Indonesia untuk merakam album terbarunya. Diharap komposer Malaysia jangan dilupakan  ya Aliff Satar.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Aliff Satar Guna Khidmat Komposer Indonesia Album Terbaru By Mohd Rohaizad. Published: 16.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...