CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Anne Ngasri Janda Hot Belum Fikir Jodoh


Anne Ngasri Janda Hot Meletup Belum Fikir Jodoh

Meskipun Anne atau (Gambar) Nasriah Ngasri yang berusia 26 tahun, mempunyai sosok tubuh yang kecil namun secara zahir, Anne Ngasri merupakan seorang yang berjiwa besar dalam menempuh kehidupan ini.

Ketabahan dan kegigihan Anne Ngasri itu dapat dilihat dalam usahanya untuk membesarkan tiga orang cahaya mata, Abdul Warits Abdul Wafi, 5 tahun, Abdul Wafri, 3 tahun, dan Nazhakah Afroza, 10 bulan.

Kata Anne Ngasri, sejak bercerai talak tiga dengan bekas suaminya, Abdul Wafi Hassan, 29 tahun, pada 25 Jun 2010, dia perlu menjadi ketua keluarga.

Anne Ngasri yang menyambut raya kali kedua tanpa suami di sisi berkata, sejak bergelar ibu tunggal, dia lebih mengutamakan keperluan anak-anak berbanding kepentingan sendiri.

“Bagi Anne tidak ada bezanya beraya bersama suami atau tidak. Tahun ini tidaklah sedih seperti dulu, sebab ini tahun kedua Anne beraya tanpa suami.

“Ada seronoknya juga sebab ini kali pertama Anne, Warits dan Wafri beraya dengan Afroza. Sebab itulah, apa-apa hal pun Anne lebih utamakan anak-anak,” kata Anne Ngasri tersenyum.

Gambar Anne Ngasri Seksi Hot Sambut Hari Raya Bersama Anaknya
Gambar Anne Ngasri Seksi Hot Sambut Hari Raya Bersama Anaknya

Tambah Anne Ngasri, walaupun sudah bercerai namun hubungan bekas suami dengan anak-anak tidak pernah putus dan Wafi boleh bertemu dengan anak-anak pada bila-bila masa.

Lantaran persefahaman itulah, anak-anak tidak pernah merasai yang mereka kehilangan seorang ayah. Menurut Anne Ngasri, apa yang berlaku ke atasnya bukanlah musibah tetapi lebih kepada hikmah kerana ramai yang memberi sokongan kepadanya.

“Walaupun hidup sendirian, Anne tidak pernah rasa sunyi. Tengoklah (rujuk gelagat anak-anak), masa bila nak sedih-sedih. Kalau setengah jam mereka boleh duduk diam, itu sudah kira baik.

“Anak-anak adalah penyeri hidup Anne dan mereka adalah keutamaan dalam apa juga yang Anne lakukan,” jelasnya yang beraya dengan kedua ibu bapanya di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Kata Anne Ngasri, selepas beraya di Kuala Lumpur, ahli keluarganya akan berangkat ke Johor untuk beraya dengan sanak saudara di sana.

Menurut Anne Ngasri, setiap kali mengenangkan masa depan anak-anak itu yang membuatkan dia bersemangat untuk bekerja keras tanpa mengira waktu.

Dalam waktu yang sama kata Anne Ngasri, rezeki berlakon datang tidak henti dan ada ketikanya dia tidak terdaya memenuhi tawaran tersebut.

Anne Ngasri Berlakon Drama Hostel Ramadan

Anne Ngasri yang turut berlakon drama Hostel Ramadan yang disiarkan di TV AlHijrah sepanjang Ramadan lalu berkata, sejak menjadi ketua keluarga, banyak perkara yang tidak pernah dibuat sebelum ini dilakukan sendiri.

“Kalau dulu, Anne lebih memberi tumpuan pada keluarga kerana tahu mencari nafkah adalah tanggungjawab suami dan sebab itulah Anne tidak banyak berlakon.

“Sekarang ini perlu bekerja keras dan lakonan merupakan punca pendapatan Anne untuk membesarkan anak-anak. Alhamdulillah, sehingga kini rezeki Anne dalam bidang lakonan tidak pernah berhenti,” katanya lega.

Anne Ngasri Seksi Hot Belum Fikir Jodoh

Anne Ngasri sebagai ibu tunggal yang menjadi perhatian ramai dek lakonan drama, Anne Ngasri tidak dapat lari daripada diintai kaum Adam.

Biarpun ada yang cuba untuk mendekati hatinya, namun Anne Ngasri tidak mudah jatuh cinta kerana matlamat utamanya ketika ini adalah anak-anak.

“Macam baru sangat nak cari pengganti. Biarlah Anne besarkan anak-anak dulu. Soal jodoh itu, biar ia datang sendiri. Nak beria sangat pun Anne sudah ada tanggungjawab, bukan boleh main terima sahaja.

“Bila sudah ada anak-anak, penerimaan Anne juga turut berbeza. Anne mesti fikir, mahukah lelaki itu menerima anak-anak seperti mana dia terima Anne. Apa pun setakat ini, Anne belum terlintas untuk kembali berumahtangga,” kata Anne Ngasri terus terang. -Utusan Malaysia.

Tengok Video Anne Ngasri Seksi Hot Janda Meletup Artis Malaysia Dicerai Talak Tiga.




mohdrohaizad.com - Anne Ngasri sangat tabah mengharungi hidupnya. Walaupun Anne Ngasri menjadi janda dalam usia yang masih muda, Anne Ngasri tidak mudah mengalah. Kami harap Anne Ngasri dapat mendidik tiga orang anaknya dengan jayanya.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Anne Ngasri Janda Hot Belum Fikir Jodoh By Mohd Rohaizad. Published: 3.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...