CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Artis Malaysia Berlakon Filem Hollywood (Prince of the City)


Artis Malaysia Berlakon Bersama Bintang Filem Hollywood "Prince of the City"

Pelakon Jehan Miskin bakal berlakon di samping aktres terkenal Hollywood, Michael Madsen menerusi filem Prince of the City pada tahun ini.
Michael Madsen pernah muncul dalam filem Reservoir Dogs, Free Willy, Donnie Brasco, Kill Bill dan Sin City.

Menurut Jehan Miskin, pelakon Michael Madsen yang berasal dari Amerika Syarikat itu ditawarkan untuk berlakon dalam filem tempatan yang menggunakan bahasa Inggeris dan diterbitkan oleh Richard Ung. Pelakon Aaron Aziz juga akan berlakon dalam filem Prince of the City tersebut.

Jehan Miskin & Aaron Aziz Berlakon Bersama Bintang Filem Hollywood

“Saya sangat teruja untuk berlakon filem ini kerana jalan ceritanya sangat menarik dan selain genrenya adalah aksi drama.

“Saya ditawarkan untuk melakonkan watak Putera dan merasakan ia merupakan karakter menarik. Saya juga tertarik untuk melihat lakonan Michael Madsen dan juga bergandingan dengan Aaron Aziz dalam filem itu,” kata Jehan Miskin kepada media hiburan.

Gambar Artis Malaysia Berlakon Filem Hollywood - Prince of the City

Tambah Jehan Miskin: "Saya minat dia berlakon filem Kill Bill tetapi kalau tidak silap saya cuma ada satu babak dengannya."

Selain itu, Jehan Miskin yang sedang popular dengan watak lelaki lembut dalam telefilem Mak Ok Jer! di Astro Ria akan membintangi sebuah lagi filem yang masih dalam perancangan.

Jehan Miskin Gay Lelaki Lembut

Bercerita tentang lakonan bersahaja Jehan Miskin sebagai lelaki lembut bernama Angah dalam telefilem tersebut, Jehan Miskin akui akaun Twitter miliknya tidak putus-putus menerima komen daripada orang ramai sejak dari hari drama itu disiarkan.

“Ada yang terkejut dan seronok menonton saya melakonkan watak lelaki lembut,” kata Jehan Miskin lagi.

Menceritakan lebih lanjut tentang watak itu, Jehan Miskin hanya menjadikan lelaki lembut di sekeliling dan menggunakan jiwa feminin dalam dirinya untuk menghayati watak itu.

Gambar Jehan Miskin Seksi Hot

“Sepanjang menjalani penggambaran, saya dikelilingi oleh lelaki lembut yang bekerja sebagai jurusolek dan menjaga pakaian.

“Jadi, saya menggunakan peluang untuk menjiwai watak itu dan kaitkan dengan jiwa feminin dalam diri saya kerana setiap orang ada jiwa maskulin dan feminin. Saya tak kisah sekiranya ditawarkan watak seperti ini lagi dalam drama akan datang kerana seronok melakonkan watak itu,” ujar Jehan Miskin yang sedang menjalani penggambaran telefilem Suka Benci Kamu untuk Astro Ria.

Telefilem di bawah terbitan syarikatnya, Mastermind Group itu turut dilakonkan oleh Julia Ziegler, Zul Yahya, Bell Ngasri, Harun Salim Bachik dan Man (Raja Lawak). -MStar.

Tengok Video Filem Prince of the City Di Youtube.


mohdrohaizad.com - Tahniah kepada artis Malaysia yang berjaya berlakon bersama bintang filem Hollywood nanti. Filem Prince of the City yang menceritakan tentang kisah seorang putera iaitu lakonan Jehan Miskin. Jangan lupa kepada peminat-peminat untuk saksikan filem Prince of the City apabila berada di pawagam nanti.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Artis Malaysia Berlakon Filem Hollywood (Prince of the City) By Mohd Rohaizad. Published: 10.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...