CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Artis Malaysia Maki Anjing Babi Dalam Laman Sosial


Artis Malaysia Maki Anjing Babi Dalam Laman Sosial

Pelakon kontroversi Gambit Saifullah mengakui kata-kata kesat maki hina yang dikeluarkan di laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini adalah tidak profesional dan terlalu mengikut perasaan emosi.

Gambit Saifullah berusia 26 tahun berkata, penggunaan perkataan “babi” dan “anjing” itu tidak ditujukan kepada peminat-peminatnya tetapi kepada individu tertentu yang gemar membuat tohmahan dan fitnah kepadanya selama ini.

"Saya mengakui kesilapan yang telah dilakukan dan tidak sepatutnya perkataan seperti itu digunakan walaupun saya dalam keadaan marah kerana ia meninggalkan kesan mendalam," ujar Gambit Saifullah ketika dihubungi wartawan di sini pada Isnin.

Gambar Gambit Saifullah - Artis Malaysia Maki Anjing Babi Dalam Laman Sosial Facebook
Gambar Gambit Saifullah - Artis Malaysia Maki Anjing Babi Dalam Laman Sosial Facebook

Gambit Saifullah memberi penjelasan terhadap status Facebook yang ditulisnya dengan menggelar pihak tertentu dalam laman sosial miliknya itu sebagai anjing dan babi.

Dalam turut Gambit Saifullah menuduh sesetengah rakan mayanya mempunyai pemikiran yang cetek.

Gambar Gambit Saifullah Maki Anjing Babi Di Laman Sosial Facebook
Gambar Gambit Saifullah Maki Anjing Babi Di Laman Sosial Facebook

Gambit Saifullah mengakui menyesal menggunakan perkataan tersebut, Gambit Saifullah berkata, dia menulis status demikian kerana berasa geram dan sedih dengan sikap sesetengah pihak yang cepat menilai dan membuat fitnah sama ada mengenai dirinya.

"Saya tidak tujukan status berkenaan kepada peminat saya tetapi kepada beberapa individu yang telah meninggalkan pelbagai kata-kata yang bukan sahaja mencalarkan perasaan saya tetapi peminat lain yang membaca," ujar Gambit Saifullah seperti meminta simpati.

Gambar Gambit Saifullah Mohon Maaf Do Facebook Sempena Hari Raya
Gambar Gambit Saifullah Mohon Maaf Do Facebook Sempena Hari Raya

Gambit Saifullah bakal muncul dengan filem “Karipap-Karipap Cinta” pada 15 September ini, Gambit Saifullah juga telah memohon maaf secara terbuka di Facebook miliknya terutama kepada mereka yang marah dengan tindakan terbabit.

Gambit Saifullah telah ditanya adakah kontroversi tersebut akan menjejaskan promosi dan kutipan filem “Karipap-Karipap Cinta”, Gambit memberitahu dia tidak tahu sama ada ia akan memberi kesan terhadap filem berkenaan atau tidak namun percaya peminat akan memberi sokongan kepada filem tersebut.

"Saya percaya peminat filem Melayu tempatan tidak akan mencampuri kontroversi ini dengan filem tersebut dan saya juga percaya peminat akan terus menyokong filem ini," kata Gambit Saifullah berharap peminat Malaysia tidak boikot filem lakonan Gambit Saifullah. -MStar.

Tengok Video Gambit Saifullah Gay Artis Lelaki Malaysia Poyo.

mohdrohaizad.com - Gambit Saifullah tidak pernah serik, memang sukakan publisiti murahan. Penulis berharap Gambit Saifullah kembali sedar dan insaf andai mahu diterima peminat di Malaysia mahupun luar negara. Macam ini ke sikap artis Malaysia yang suka maki anjing babi dalam laman sosial untuk dijadikan idola?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Artis Malaysia Maki Anjing Babi Dalam Laman Sosial By Mohd Rohaizad. Published: 6.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...