CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Asmirandah Zantman Sinetron Kemilau Cinta Kamila


Asmirandah Zantman Sinetron Kemilau Cinta Kamila

Namanya beritma sama dengan kata indah. Seindah orangnya, (Gambar) Asmirandah Zantman. Gadis manis berusia 22 tahun ini sedang mencipta kemilau sendiri di tanah kelahirannya, Indonesia.

Senang disapa Andah, Asmirandah Zantman lahir dengan darah Belanda dan Indonesia dalam dirinya. Yakin menjadi anak seni dengan taruhan bakat dan wajah yang cukup cantik ditatap, Andah memulakan kariernya melalui drama bertajuk Kawin Gantung. Sejak itu namanya mula senang disapa para peminat industri sinetron. Kemudian dia muncul lagi melalui drama Inikah Rasanya dan Cinta SMU 2.

Iklan Asmirandah Zantman

Mekar meletak namanya sebagai aktres, Andah turut menjadi bintang beberapa produk iklan seperti Gery Coklut, Gery Salut, Rexona dan Suzuki Spin.

Kini nama Asmirandah Zantman naik menerusi watak Kamila yang dilakonkan melalui drama Kemilau Cinta Kamila. Bergandingan dengan beberapa pelakon hebat seperti Jonas Rivanno, Mischa Chandrawinata dan Tika Purti, Andah membawa karakter Kamila yang cantik serta baik hati.

Gambar Asmirandah Zantman Seksi Hot
Gambar Asmirandah Zantman Seksi Hot

Tinggal bersama ibunya, Farah, lakonan Marini Zumanis, Kamila kemudian berkenalan dengan Edo (Mischa) yang merupakan jejaka kelahiran keluarga berada dan kacak paras rupa. Ketelanjuran bercinta membuatkan Kamila hamil, pelbagai insiden air mata, marah, gembira bergulir dalam hidup Kamila. Perkenalan dengan beberapa individu dalam hidup mengubah jalur nasibnya.

Pihak Broadway Media melalui saluran terbaharu yang membawakan hiburan Indonesia tanpa henti iaitu Bintang (141) dan Pelangi (142). Kedua-dua saluran pada harga RM12 sebulan pasti membuatkan penonton terhibur.

Ia turut menjanjikan pelbagai program bual bicara, drama-drama terbaik, rancangan komedi, realiti kehidupan, program hiburan dan pelbagai pengisian yang yang akan memenuhi cita rasa serta permintaan seisi keluarga.

Asmirandah Zantman Dalam Sinetron Kemilau Cinta Kamila

Salah satu program yang mendapat sambutan hangat dan permintaan ramai ialah siri Kemilau Cinta Kamila yang ditayangkan di saluran Bintang (141).

Drama menyayat hati ini akan bersiaran dari Isnin hingga Jumaat pada pukul 12.30 tengah hari mulai esok.

Berbalik kepada realiti kehidupan Asmirandah, wanita kelahiran Jakarta ini memang sedang hangat bercinta dengan pelakon bernama Dude Harlino.

Gambar Asmirandah Zantman Cantik Cun Bertudung
Gambar Asmirandah Zantman Cantik Cun Bertudung

Walaupun saling mengenali sejak lebih lima tahun lalu, pasangan selebriti tersebut mengaku masih memerlukan perjalanan yang serius sebelum membina rumahtangga.

Dewasa dan boleh berkomunikasi dengan baik dalam segala hal, itulah kelebihan bintang drama bernama Dude di mata kekasihnya, Asmirandah.

“Dude itu orangnya matang. Selain menjadi teman, dia juga menjadi sahabat untuk saya berkongsi masalah pekerjaan ataupun masalah yang aku hadapi,” ungkap Asmirandah yang juga merupakan model klip video Radja yang bertajuk Benci Bilang Cinta. -Kosmo!

Tengok Video Asmirandah Zantman Sexy Hot Dalam Temubual Di Rumahnya.

mohdrohaizad.com - Cantik kan pelakon Indonesia Asmirandah Zantman ni? Mungkin ada yang tidak sedar yang Asmirandah Zantman merupakan pelakon iklan minyak wangi jenama AXE.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Asmirandah Zantman Sinetron Kemilau Cinta Kamila By Mohd Rohaizad. Published: 11.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...