CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Azad Jasmin Duet Eira Syazira "Lagu Jiwa"


Azad Jasmin Duet Eira Syazira "Lagu Jiwa"

Pelakon Azad Jazmin, 35 tahun, mengakui ada menerima maklum balas negatif mengenai lakonannya dalam drama www.cikgushida.com yang ditayangkan di Astro Citra bersempena Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

Azad Jazmin terkini dikatakan terlalu 'over' sehingga menimbulkan perasaan kurang senang penonton ketika memegang watak sebagai wartawan bernama Loqman, Azad Jazmin menjelaskan dia hanya mengikut idea dan kehendak pengarah drama tersebut, Isqandar Jebat bagi menjayakan peranan itu.

Gambar Azad Jasmin Berduet Eira Syazira Lagu Jiwa
Gambar Azad Jasmin Berduet Eira Syazira "Lagu Jiwa"

"Sebagai pelakon saya perlu mengikut watak dan garis panduan yang diberikan oleh pengarah bagi menjayakan peranan itu, mungkin kali ini ia nampak sedikit melampau pada mata sesetengah penonton," kata Azad Jazmin kepada media hiburan baru-baru ini.

Azad Jazmin mengambil pandangan dan maklum balas mengenai lakonannya sebagai perkara positif, Azad Jazmin memberitahu ia bukti penonton mula menyedari lakonannya di kaca televisyen dan berjanji akan memperbaiki mutu lakonannya pada masa akan datang.

Azad Jasmin Over Bersama Cikgu Shida

"Saya tidak perlu melenting jika ada orang marah mengenai mutu lakonan saya tetapi mengambil ia sebagai satu pandangan positif untuk terus memperbaiki diri," ujar Azad Jazmin yang seronok berlakon disamping Cikgu Shida.

Www.cikgushida.com, drama komedi yang menampilkan personaliti Youtube popular, Cikgu Shida mengisahkan tentang dua orang wartawan iaitu Cik Baba (Omar Abdullah) dan Loqman yang mendapat tugasan untuk mencari Cikgu Shida dari Parit , Perak.

Tugasan itu adalah untuk laporan eksklusif keluaran surat khabar pada hari raya pertama dan mereka perlu menyiapkan tugasan tersebut dalam tempoh 72 jam sebelum raya.

Azad Jazmin Duet Eira Syazira "Lagu Jiwa"

Dalam perkembangan lain, Azad Jazmin yang bakal berkahwin dengan pelakon Eira Syazira pada 16 September ini memberitahu, dia dan bakal isterinya telah dipilih oleh syarikat rakaman FG Music untuk merakamkan sebuah lagu duet berjudul "Lagu Jiwa" ciptaan Manusia Putih.

Lagu Jiwa berkenaan yang telah siap proses rakamannya itu dijangka akan berada di pasaran sekitar November depan. -MStar.

Tengok Video Azad Jasmin Nyanyi Lagu Suara Rindu Di Youtube.



mohdrohaizad.com - Memang lakonan Azad Jasmin terlalu over dalam lakonannya tetapi mungkin dah kehendak pengarah macam itu. Apa-apapun all the best Azad Jasmin dan Eira Syazira yang berduet dalam lagu Jiwa.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Azad Jasmin Duet Eira Syazira "Lagu Jiwa" By Mohd Rohaizad. Published: 11.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...