CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Azad Jasmin & Eira Syazira (Majlis Pernikahan Perkahwinan Resepsi)


Azad Jasmin & Eira Syazira (Majlis Pernikahan Perkahwinan Resepsi)

Pasangan pelakon, Azad Jazmin, 35 tahun, dan Eira Syazira, 27 tahun, selamat diijabkabulkan di kediaman pengantin perempuan di Putrajaya, sebentar tadi. Pemilik nama Azad Jazmin John Louis Bin Jeffri ini sah menjadi isteri kepada pelakon Cinta Balqis itu dengan hanya sekali lafaz.

Pasangan Azad Jasmin dan Eira Syazira yang bercinta sejak tiga tahun lalu ini dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Datuk Shuhaimi bin Haji Acheh dengan disaksikan kira-kira 200 tetamu yang hadir. Eira menerima mas kahwin sebanyak RM300 manakala jumlah wang hantaran terpaksa dirahsiakan atas permintaan pihak keluarga.

Gambar Majlis Pernikahan Azad Jasmin dan Eira Syazira
Gambar Majlis Pernikahan Azad Jasmin dan Eira Syazira

Pada majlis akad nikah Azad Jasmin dan Eira Syazira sebentar tadi, pelakon drama Ustaz Amirul ini menerima sembilan buah dulang hantaran berupa sebentuk cincin, iPad 2, beg tangan Tod’s, minyak wangi dari Mekah, telekung dan sejadah, jam tangan Fossil, kasut Charles & Keith serta sireh junjung.

Manakala pihak lelaki pula menerima 11 buah dulang antaranya jam tangan Police, kasut Aldo, sireh junjung, sejadah dan persalinan baju Melayu, coklat, dompet dan tali pinggang Polo, minyak wangi Davidoff, jersey dan topi Chelsea, buah-buahan dan cincin.

Gambar Majlis Akad Nikah Azad Jasmin dan Eira Syazira
Gambar Majlis Akad Nikah Azad Jasmin dan Eira Syazira

Berkonsepkan kristal dan cermin serta dihiasi dengan bunga ros merah, Eira atau nama sebenarnya Syazira Shuhaimi anggun mengenakan busana putih rekaan WanPa manakala Azad pula segak mengenakan persalinan baju Melayu juga dari pereka yang sama. Tahniah diucapkan kepada Azad dan Eira! Semoga perkahwinan yang dibina dirahmati serta kekal bahagia sehingga akhir hayat.

Azad Jasmin Menangis Selepas Akad Nikah

Suami kepada pelakon Eira Syazira yang juga merupakan pelakon filem Ngangkung, Azad Jazmin dilihat menitiskan airmata sejurus selesai upacara akad nikah mereka, Jumaat lalu. Azad atau nama sebenarnya, Azad Jazmin John Louis Bin Jeffri ketika ditemui memberitahu,beliau  tidak dapat menahan sebak kerana terkenangkan arwah adiknya, Nizar Jeffri.

“Pernikahan ini satu yang dituntut oleh Islam. Alhamdulillah, kami dapat melaksanakan majlis ini setelah banyak dugaan yang dilalui. Hari ini merupakan detik saya menjadi suami dan pada saya, ini yang saya nantikan selama tiga tahun.

“Perkahwinan ini membuat saya gembira. Namun, dalam pada masa yang sama saya sedih kerana terkenangkan arwah adik saya yang tidak ada bersama pada hari bahagia saya,” ujar Azad ketika ditemui di kediaman pengantin perempuan, di Putrajaya.

Eira Syazira yang duduk di sebelah Azad turut menambah, “Masa kenal Azad, Eira memang rapat dengan arwah. Eira masih ingat lagi arwah beritahu, dia nak sangat tengok kami berdua berkahwin. Harap dengan perkahwinan ini, arwah akan gembira walaupun dia tidak ada di sini lagi.”

Azad Jasmin Teringat Arwah Adik

Adik Azad, Nizar Jasmin atau lebih mesra dengan panggilan Boboy meninggal dunia akibat paru-paru berair pada tahun lepas, iaitu pada hari ketiga Aidiladha. Boboy pernah muncul dalam filem arahan Farid Kamil, Kongsi bergandingan bersama abangnya.

Azad Jasmin dan Eira Syazira Bulan Madu Di Bali

Berbicara mengenai perancangan selepas perkahwinan, Eira Syazira mengakui akan meneruskan kerjaya seninya seperti biasa. Pasangan Azad Jasmin dan Eira Syazira ini juga memberitahu akan berangkat ke Bali dan Jakarta untuk berbulan madu. Ketika ditemui, pasangan yang muncul dengan lagu duet berjudul, “Lagu Jiwa” ini juga mengakui tidak merancang soal cahayamata dan menyerahkan segalanya kepada Allah.

Gambar Majlis Persandingan Azad Jasmin dan Eira Syazira
Gambar Majlis Persandingan Azad Jasmin dan Eira Syazira

“Kami akan berangkat ke Bali dan Jakarta pada bulan November ini. Kami ke sana bukan saja untuk berbulan madu tapi juga untuk bekerja. Ini kerana, bulan madu kami ditaja oleh sebuah syarikat bagi mempromosikan album baru saya.

“Selepas bergelar isteri, kerjaya saya masih berjalan seperti biasa. Azad memang terbuka dan dia tidak kisah jika Eira masih bekerja. Asalkan Eira tahu batas sebagai seorang isteri, sudah memadai. Eira juga dalam perancangan untuk membuka perniagaan butik tidak lama lagi. Mengenai anak, kami tidak merancang dan letakkan apa-apa had.”

Gambar Majlis Perkahwinan Resepsi Azad Jasmin dan Eira Syazira
Gambar Majlis Perkahwinan Resepsi Azad Jasmin dan Eira Syazira

Ditanya tentang apa keistimewaan Eira Syazira sehingga membuatkannya jatuh hati kepada pelakon Cinta Balqis itu, Azad Jasmin memberitahu, “Dia perempuan Melayu terakhir di dunia ini. Saya suka cara sopan santun dia terhadap saya. Selain itu, banyak benda yang saya tertarik dengan Eira ini.”

Eira Syazira pula ketika ditanya soalan yang sama, secara ringkas menjawab, “He’s my everything.”

Pasangan Azad Jasmin dan Eira Syazira ini akan diraikan pada majlis resepsi sebelah pihak perempuan pada 19 November 2011 di kediaman keluarga Eira manakala majlis sebelah lelaki pula di Pulau Pinang pada 26 November 2011. -Gua.

Tengok Video Azad Jasmin dan Eira Syazira Wedding Di Youtube.
 


mohdrohaizad.com - Tahniah buat Azad Jasmin dan Eira Syazira selamat diijabkabulkan. Semoga pernikahan perkahwinan Azad Jasmin dan Eira Syazira kekal ke akhir hayat.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Azad Jasmin & Eira Syazira (Majlis Pernikahan Perkahwinan Resepsi) By Mohd Rohaizad. Published: 19.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...