CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Azad Jasmin & Eira Syazira Nikah Dendam Faezah Elai


Azad & Eira Syazira Nikah Sebab Dendam Faezah Elai

Pelakon Azad Jasmin, 35 tahun, menjelaskan pernikahannya dengan Eira Syazira yang bakal berlangsung pada 16 September ini bukan mahu membalas dendam terhadap bekas kekasihnya pelakon Faezah Elai yang melangsungkan pernikahan seminggu lebih awal daripada tarikh tersebut.

Faezah Elai dan pengarah drama Heykal Hanafiah akan bernikah pada Jumaat ini di Pulau Pinang.

Ezad Jasmin berkata, tarikh pernikahannya dengan pelakon Eira Syazira telah ditetapkan oleh pihak keluarga perempuan yang secara kebetulan berlangsung dalam bulan yang sama dengan pernikahan Faezah Elai.

"Pernikahan saya tidak ada kena mengena dengan dia (Faezah Elai). Sial tarikh dan hal-hal perkahwinan telah kami serahkan kepada keluarga untuk tentukan kerana mereka lebih tahu mengenai urusan nikah kahwin," kata Azad Jasmin.

Gambar Azad Jasmin dan Eira Syazira Majlis Pernikahan Perkahwinan Resepsi Ditaja
Gambar Azad Jasmin dan Eira Syazira (Majlis Pernikahan Perkahwinan Resepsi Ditaja)

Sebelum ini timbul kontroversi melibatkan Azad Jasmin dan Faezah Elai yang didakwa mempunyai hubungan cinta. Selain itu Azad Jasmin didakwa bertanggungjawab menyebarkan gosip hubungan Faezah Elai dengan Heykal Hanafiah sehingga melibatkan kes mahkamah yang masih belum selesai.

Ketika ditanya adakah pertikaian antara mereka telah selesai selepas kedua-duanya bakal mendirikan perkahwinan, Azad Jasmin enggan mengulas mengenai perkara itu dan menyerahkannya peguam untuk menyelesaikan masalah terbabit.

"Saya tidak mahu memberi sebarang ulasan mengenai perkara itu kerana peguam telah mengarahkan saya untuk berdiam diri bagi mengelakkan masalah lain timbul," ujar Azad Jasmin tegas.

Azad Jasmin Tidak Akan Jemput Faezah Elai

Azad Jadmin turut memberitahu tidak akan menjemput Faezah Elai ke majlis perkahwinanya kerana masih kecewa dengan kontroversi yang melanda di antara mereka.

"Saya tidak akan menjemput dia atau sesiapa sahaja daripada keluarganya kerana masih kecewa dengan kontroversi yang melanda. Lagipun saya tidak nampak apa keperluan saya dan Eira Syazira untuk menjemput dia ke majlis perkahwinan kami," kata Azad Jasmin dengan marah.

Dalam pada itu, Azad Jasmin berkata, dia sudah bersedia untuk bergelar suami kepada Eira Syazira dan memberitahu persiapan telah hampir siap dilakukan.

"Selepas mengenali Eira Shazira tiga tahun lalu saya sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga dengannya tetapi faktor kewangan dan komitmen terhadap kerja menjadi penghalang ketika itu," kata Azad Jasmin.

Gambar Azad Jasmin dan Eira Syazira Seksi Hot Bercinta
Gambar Azad Jasmin dan Eira Syazira Seksi Hot Bercinta

Sementara itu, Eira Syazira yang popular dengan drama “Kemboja Putih” dan “Cinta Balkis” berkata, mereka sebenarnya merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan tetapi atas permintaan keluarga, ia terpaksa dipercepatkan pada tahun ini.

"Restu daripada keluarga adalah yang paling penting, cepat atau lambat jodoh saya dan Azad telah tiba. Saya sudah bersedia dari segi mental dan fizikal selain sedikit berdebar," ujar Eira Syazira.

Majlis Pernikahan Perkahwinan Azad Jasmin & Eira Syazira Ditaja Sepenuhnya

Eira Syazira turut memberitahu, majlis pernikahannya turut mendapat beberapa tajaan termasuklah daripada Hairi Tajuddin dan Wanpa untuk baju persalinan ketika akad nikah dan pelamin.

"Bagaimanapun konsep dan tema untuk majlis resepsi belah perempuan masih dalam perbincangan manakala belah Azad akan bertemakan Bollywood tajaan daripada Jalinan Kasih," kata Eira Syazira.

Masih belum menetapkan tarikh sebenar majlis resepsinya di Kuala Lumpur, Eira Syazira memberitahu kemungkinan ia akan diadakan pada 19 November manakala pihak lelaki pada 26 November 2011.

Pasangan Azad Jasmin dan Eira Syazira ini juga bakal berbulan madu di Turki dan Indonesia atas tajaan daripada Foto Travel Agency selepas tamat majlsi pernikahan. -MStar.

Tengok Video Eira Syazira Seksi Hot Koleksi Gambar-Gambar Photoshot Menarik.


mohdrohaizad.com - Tahniah kepada pasangan Azad Jasmin dan Eira Syazira yang bakal menikah tidak lama lagi. Usah-usahlah Azad Jasmin berdendam dengan Faezah Elai lagi, kami berharap pasangan anak mami mamak ini kembali berkawan dan berlakon bersama lagi.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Azad Jasmin & Eira Syazira Nikah Dendam Faezah Elai By Mohd Rohaizad. Published: 8.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...