CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Azlan And The Typewriter Terima Kelahiran Anak Perempuan


Azlan And The Typewriter Terima Kelahiran Anak Perempuan

Bercampur baur, bergulir rasa antara teruja dan takut, intuisi itu pasti akan dialami buat setiap individu yang bakal menjengah ke fasa baharu dalam kehidupan menyandang panggilan seorang bapa.

Begitu juga yang dirasa vokalis kumpulan Azlan And The Typewriter, Norazlan Rosle atau lebih mesra disapa Lan, 28 tahun yang kini menanti detik istimewa itu.

Isterinya, Normala Hassan, 28 tahun, kini sudah enam bulan mengecapi kebahagiaan mengandungkan anak sulung pasangan itu setelah selamat melangsungkan perkahwinan pada awal bulan Januari lalu.

Gambar Azlan and The Typewriter Terima Anak Perempuan
Gambar Azlan The Typewriter Terima Anak Perempuan

Bagi Lan The Typewriter sendiri, cabaran dan nikmat berdepan dengan pelbagai situasi menyambut kelahiran anak pertamanya tidak tergambar dengan kata-kata.

“Syukur Alhamdulillah, kandungan isteri saya kini sudah berusia enam bulan dan setakat ini tiada sebarang komplikasi.

“Perasaan? Goyang ada, takut dan suka bercampur-campur, ibarat kata orang rosak bapa rosaklah anak,” cerita Lan The Typewriter ceria ketika pertemuan ringkas usai majlis perasmian Konsert Suara Kami di Kelab Zouk, Jalan Ampang, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pertama kali mendapat berita gembira itu, kata Lan The Typewriter, tiada kata-kata boleh diucapkan.

Lan The Typewriter Terima Anak Perempuan

Tambah Lan The Typewriter, kandungan isterinya sudah diimbas menerusi mesin ultrasound dan 80 peratus hasil analisis mendapati kebarangkalian pasangan itu bakal menimang cahaya mata perempuan.

“Kami sudah pergi scan dan kata doktor bayi itu adalah bayi perempuan dan Insya-Allah tarikh jangka kelahiran pada 2 Januari 2012,” luah Lan bersulam senyum.

Berdepan dengan cabaran mendidik anak pada zaman serba canggih ini, ujar Lan The Typewriter itu antara cabaran terhebat buatnya.

“Apa yang dibimbangkan adalah didikan ketika anak meningkat dewasa, tahu sajalah sekarang ini cabaran dunia moden tidak sama seperti zaman saya kecil-kecil dulu,” kata Lan The Typewriter.

Isteri mengidam bukan perkara asing buat pasangan yang pertama kali menimang cahaya mata. Cerita Lan The Typewriter, isterinya juga tidak lari daripada mengidam makanan yang pelik-pelik.

Isteri Lan The Typewriter Mengidam Makan Bihun Singapura

“Pernah sekali dia mengidam mahu makan bihun Singapura, merata-rata saya mencari, mujur juga waktu itu ada kedai masih buka kalau tidak naik buntu kepala hendak mencari menu itu,” getusnya yang juga berdepan dengan sikap isterinya yang lebih banyak membebel berbanding biasa.

Bagaimanapun, segala persiapan menyambut kelahiran bayi perempuannya belum lagi dilaksanakan dan kemungkinan akan dibereskan dalam tempoh dua bulan.

Album Baru  Azlan The Typewriter

Dalam pada itu, di samping kesibukan Lan The Typewriter melengkapkan diri bergelar seorang bapa, kariernya juga masih berjalan seiring dengan kehidupan peribadi.

“Buat masa sekarang, saya hanya meluangkan masa di dalam studio untuk menyiapkan single baharu dan sedang menyelesaikan urusan membuka studio rakaman dan jamming baharu di Jalan Gurney, Kuala Lumpur,” ujar Lan The Typewriter.

Ditanya bila agaknya album kumpulannya yang sudah siap dirakam diedarkan kepada peminat setianya, kata Lan The Typewriter, ia hanya menunggu masa yang sesuai.

“Single daripada album itu belum kami pilih lagi dan rasanya kebanyakan lagu di dalamnya tidak sesuai dengan zaman sekarang, jadi lebih elok kami tangguh dulu,” kata Lan The Typewriter yang kini bereksperimen dengan muzik elektro dan pop untuk album kedua kumpulannya.

Gambar Lan The Typewriter
Gambar Lan The Typewriter

Berbalik kepada kisahnya membuka studio rakaman dan jamming baharu di Jalan Gurney, selain sedang mengubah suai interior dan exterior rumah lama itu, dia juga sedang mencari ilham untuk memberikan nafas terkini kepada premis itu.

“Setelah siap kelak, studio itu boleh disewa dan digunakan untuk penggambaran filem atau drama, dalam studio itu juga menempatkan bilik khas untuk penggunanya tidur dan berehat termasuk semua kemudahan lengkap seperti TV dan penyaman udara,” kata Lan The Typewriter yang memperoleh sendiri idea dan konsep studio berharga RM500,000 itu.

Selain itu, studio yang terletak di banglo setingkat itu juga boleh menempatkan ruang parkir untuk 30 buah kereta dan pastinya akan diuruskannya sendiri.

“Saya sebenarnya sudah lama mengintai peluang untuk membina sebuah studio sendiri dan untuk menguruskan studio itu saya tidak akan sesekali melibatkan isteri atau keluarga saya,” tegas Lan The Typewriter. -Kosmo!

Tengok Video Azlan And The Typewriter - Lagu Gerak Hati Di Youtube.


mohdrohaizad.com - Tahniah kepada Azlan And The Typewriter yang bakal terima kelahiran anak perempuan tidak lama lagi.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Azlan And The Typewriter Terima Kelahiran Anak Perempuan By Mohd Rohaizad. Published: 19.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...