CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Band Def-Gab-C Terkini Album Neolithic


Band Def-Gab-C Terkini Terbit Album Neolithic

Lebih lima tahun grup Def-Gab-C sepi tanpa album baharu. Suara vokalisnya, Asheed, juga jarang berkumandang di corong radio.

Bagaimanapun, hasil kemunculan gitaris Cha'a, Def-Gab-C kembali segar. Kemasukan Tonk sebagai pemain dram menggantikan Lee Space turut memeriahkan kumpulan yang dibentuk pada 1996 itu.

Kata Eddie dan Asheed, kehadiran Cha'a sebagai gitaris utama memberikan dimensi berlainan dalam perjalanan muzik Def-Gab-C.

"Saya sekadar mencurahkan pengalaman ke dalam album baharu kumpulan ini yang berjudul Neolithic," ujar Cha'a Def-Gab-C.

Bercerita tentang pembikinan album Neolithic, Asheed berkata, tidak banyak pembaharuan yang dilakukan dalam album itu.

Gambar Def-Gab-C Terkini Album Neolithic
Gambar Def-Gab-C Terkini Album Neolithic

Elemen segar yang mereka suntik dalam album terbitan MVM ini hanyalah dengan mengemas kini kelonggaran muzik dan menonjolkan Cha'a dengan permainan gitarnya.

Malah, mereka cuma mengambil masa selama sebulan untuk merakam album ini di Studio Sutra D'Mega di Damansara Perdana, Kuala Lumpur.

"Tidak ada pembaharuan ketara dalam susunan muzik kumpulan ini. "Kami masih Def-Gab-C yang dahulu, apa yang kami tampilkan ialah kemahiran dan sentuhan setiap ahli kumpulan dalam mempersembahkan muzik mereka," terang Asheed yang menganggap vokalnya tidak banyak berubah kecuali ton suaranya lebih tebal.

Walaupun sudah lama tidak merakamkan album baharu, vokal Asheed masih seperti dahulu. Muzik rock kekal sebagai teras album ini.

Tajuk Neolithic yang diangkat untuk album ini pula sudah melambangkan kebangkitan grup yang terkenal dengan lagu Cinta Sakti dan Ibu Kota Cinta ini.

Album terbaharu Def-Gab-C ini mengandungi enam buah lagu dengan empat lagu yang dirakam semula.

Lagu Cinta Di Mana gubahan Mala (Khalifah) merupakan single taruhan mereka. Sebanyak lima buah lagu menjalani proses penggambaran klip video.

"Lima tahun kami menyepi daripada sebarang album atau single baharu. Setelah bertemu Cha'a untuk posisi gitar, kami bekerja menghasilkan Neolithic dengan bajet sendiri," ujar Eddie sambil menerangkan bahawa sebelum ini mereka pernah keluar dengan album bertajuk Oren tetapi tidak mendapat sambutan.

"Kami seperti bermula daripada 'A' kembali. Sekarang kami mahu giat mempromosikan album Neolithic. Harap semua orang tahu yang Def-Gab-C masih ada dan tidak berpecah, cuma bertukar ahli," ujar Eddie.

Selain Cinta Di Mana, lagu seperti Kurniaan, Walaupun dan Rinai diyakini dapat mengangkat semula jenama Def-Gab-C dalam industri muzik tempatan, ujar Tonk.

"Kelebihan grup ini juga terletak pada susunan muzik dan ini yang membezakan kami dengan grup rock yang lain," pintas Asheed pula. -Kosmo!

Tengok Video Kumpulan Def-Gab-C MTV Lagu Lirik (Ampunkan Aku)


mohdrohaizad.com - Band Def-Gab-C memang sudah lama tak keluar album, pasti ramai peminat Def-Gab-C menantikan kemunculan lagu terbaru mereka. Album Neolithic karya band Def-Gab-C pasti akan mengubati kerinduan buat peminat setia mereka.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Band Def-Gab-C Terkini Album Neolithic By Mohd Rohaizad. Published: 26.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...