CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Beego Retak Patah Tulang Kaki Kerana Filem Libas


Beego Retak Hampir Patah Tulang Kaki Kerana Filem Libas

Pelakon (Gambar) Mohd Aszerul Nizam Abdullah atau lebih dikenali sebagai Beego terpaksa menurunkan berat badannya sebanyak tujuh kilogram semata-mata untuk berlakon dalam filem Libas.

Kata Beego, dia terpaksa mendapatkan berat yang sesuai dengan watak Megat yang dilakonkan dalam filem tersebut.

"Sebelum berlakon filem ini berat badan saya hampir 80 kilogram dan tidak sesuai dengan watak Megat yang diberikan kepada saya.

Gambar Beego Seksi Hot Hero Malaysia
Gambar Beego Seksi Hot Hero Malaysia

"Jadi pengarah, Jurey Latiff menasihatkan agar saya menurunkan berat badan sedikit supaya lebih kelihatan sebagai seorang atlet," kata Beego ketika ditemui selepas Pra tonton filem Libas, di sini, Rabu.

Tambah Beego, pelbagai usaha dilakukan untuk menurunkan berat badan dalam masa yang singkat sebelum penggambaran filem "Libas" tersebut dimulakan.

"Pelbagai usaha saya buat untuk turunkan berat badan ini, Alhamdulillahlah saya dapat turunkan sebanyak tujuh kilogram dan hingga sekarang saya dapat kawal berat badan agar tidak seperti dulu," kata Beego.

Beego Popular Sitkom Puteri

Sementara itu, Beego selaku pelakon yang popular dengan sitkom “Puteri” ini berkata Libas, merupakan filem aksi pertamanya sejak bergelar pelakon.

"Saya sebelum ini selalu diberikan watak-watak komedi tapi kali ini saya bawa watak serius dan sedikit antagonis dan ia juga merupakan filem aksi pertama yang agak mencabar.

"Saya bangga dapat bekerjasama dengan pelakon-pelakon hebat seperti Rosyam Nor, Johan Raja Lawak, Corrie Lee dan Scha Alyahya," kata Beego.

Beego dan Rosyam Nor Patah Tulang Kerana Filem

Beego bercerita tentang pengalaman menjayakan filem tersebut, Beego berkata dia merupakan orang pertama yang tercedera sebelum Rosyam Nor.

"Saya dimasukkan ke hospital tiga hari sebelum Rosyam Nor cedera, kedua-dua kaki tulang kaki saya retak dan tidak boleh berjalan," kata Beego.

Filem Libas arahan Jurey Latif ini bakal ditayangkan pada 29 September mengisahkan tentang perjuangan pemain-pemain sepak takraw Malaysia yang ingin merampas semula gelaran juara daripada Thailand. -MStar.

Tengok Video Beego Luah Dari Hati Lelaki Mengenai Perkahwinannya.


mohdrohaizad.com - Dahsyat jugalah apabila filem Libas berjaya mematahkan tulang Rosyam Nor dan menyebabkan Beego retak hampir patah tulang kaki kerana filem tersebut.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Beego Retak Patah Tulang Kaki Kerana Filem Libas By Mohd Rohaizad. Published: 19.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...