CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Buku HitamputiH Taj Addin (Bekas Kumpulan Innuendo)


Kisah Buku Hitamputih Luahan Taj Addin (Bekas Kumpulan Innuendo)

Bekas penyanyi kumpulan Innuendo, (Gambar) Taj Addin berusia 37 tahun merasa niatnya untuk menerbitkan buku tercapai akhirnya selepas empat tahun mengumpul hasi-hasil tulisannya.

Berucap semasa pelancaran buku sulungnya berjudul "HitamputiH", Taj Addin bapa kepada tiga orang anak ini memberitahu bahawa naskah ini merupakan himpunan catatan, pesanan dan olahan rasa yang diluahkan dalam sukatan yang sederhana buat anak-anaknya dan juga bagi mereka yang dikasihi.

“Kehidupan di dunia ini telah jelas hitam dan putihnya, hanya kita yang degil dengan tuntunan nafsu sehingga tercipta sebuah ruang kelabu yang baru dan sentiasa berubah-ubah, “ jelas Taj Addin.

Tambah Taj Addin lagi, “Atas kesedaran itu, kumpulan nota-nota ini juga merupakan sebuah penerokaan ruang kelabu dalam diri sendiri.”

Gambar Cover Buku Hitamputih Taj Addin Bekas Kumpulan Innuendo
Gambar Cover Buku HitamputiH Taj Addin Bekas Kumpulan Innuendo

Taj Addin mempercayai bahawa kehidupan dunia adalah jelas, segalanya sudah diterangkan dengan hitam putih. Hanya kita sahaja yang menciptakan ruang kelabu untuk menyesuaikan diri menurut kehendak nafsu. Oleh yang demikian, Taj Addin mengakui himpunan catatan dan pesanan yang terkandung di dalam HitamputiH adalah perjalanan dirinya, penerokaan ruang kelabu dalam diri sendirinya sendiri.

Buku HitamputeH Kisah Perjalanan Hidup Taj Addin Bersama Kumpulan Innuendo

Prakata di dalam buku tersebut ditulis oleh Ahmad Izham Omar; Ketua Pengarah Operasi, Television Networks dan Ketua Pengarah Eksekutif, Primeworks Studios Sdn Bhd yang mengatakan bahawa tulisan Taj Addin didalam HitamputiH  merupakan sebuah penulisan yang paling jujur dan tidak pernah diketahui sepanjang pengenalannya bersama Innuendo sejak 1994.

Degan latar-belakang teknikal yang diperolehi sewaktu menjalani pengajian kejuruteraan bunyi di sebuah kolej di ibukota, beliau memulakan langkah dalam menjelajahi dunia seni melalui penglibatannya dengan beberapa siri konsert antarabangsa juga tempatan. Tidak cukup dengan itu, beliau juga turut menyelami dunia musik menerusi keahlian beliau di dalam kumpulan Innuendo yang telah melahirkan beberapa album dan beribu persembahan sepanjang kerjayanya selama 17 tahun.

Antara hasil dari peringkat kehidupan yang itu adalah penerimaan 8 Anugerah AIM pada tahun 1998 dan 2002. Semenjak awal 2011, beliau kembali mengorak langkah yang baru apabila menganggotai kumpulan Al Mawlid yang terdiri daripada ahli-ahli dari kumpulan Innuendo, Ruffedge dan VE. Dengan pengisian musik yang berbeza dari apa yang pernah dibawa sewaktu bersama Innuendo dahulu, kini penceritaan dalam senikata yang dikongsi adalah khusus sebagai pujian kepada Allah swt dan Rasul-Nya Muhammad saw.

Majlis pelancaran buku HitamputiH yang diadakan di The Annexe Gallery, Pasar Seni Kuala Lumpur pada 17 September lalu turut dipersembahkan dengan deklamasi sajak oleh pengarah filem Wan Azli Wan Jusoh, Al-Mawlid dan Seni Suri Jawi.

Tengok Video Kumpulan Nasyid Al-Mawlid Jamming Studio (Tholama).




mohdrohaizad.com - Bagi setiap pembelian buku HitamputiH, pembeli akan dilampirkan dengan single terbaru Al-Mawlid berjudul Belaian Jiwa 1432. Buku tersebut sudah boleh mula diperolehi secara dalam talian http://tokobuku.fotopages.com.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Buku HitamputiH Taj Addin (Bekas Kumpulan Innuendo) By Mohd Rohaizad. Published: 21.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...