CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Ezlynn (Majlis Pernikahan Perkahwinan Resepsi 20.11.2011)


Ezlynn (Majlis Pernikahan Perkahwinan Resepsi 20.11.2011)

Tarikh 11.11.11 yang digembar-gemburkan untuk penyanyi Ezlynn, 30 tahun, menamatkan zaman solo nampaknya tidak kesampaian. Ibarat kata-kata ‘kita hanya merancang tetapi Tuhan yang menentukan segalanya’.

Walaupun begitu, Ezlynn yang merupakan penyanyi Hi Hi Bye Bye ini tidak patah semangat dan bersedih menerima kebenaran itu sebaliknya dia lebih teruja mengumumkan tarikh perkahwinannya yang baharu iaitu 20.11.11. Tarikh tersebut lebih memberi erti buat dirinya dan bakal suami daripada tarikh 11.11.11. Soalnya kenapa tarikh tersebut dikatakan lebih memberi makna hanya Ezlynn sahaja yang mengetahuinya.

“Tarikh 11.11.11 mungkin terpaksa ditunda ke 20.11.11. Ini hanya perancangan Ezlynn di mana sekarang ini hanya fasa permulaan, jadi Ezlynn tidak berani untuk memberi sebarang komen tentang majlis perkahwinan tersebut buat masa ini.

“Apa yang pasti majlis akad nikah Ezlynn hanya akan dihadiri oleh ahli-ahli keluarga terdekat dan ia adalah permintaan daripada kedua-dua belah pihak keluarga,” kata Ezlynn.

Gambar Ezlynn Ariffin Majlis Perkahwinan Pernikahan Resepsi
Gambar Ezlynn Ariffin - Majlis Perkahwinan Pernikahan Resepsi 20-11-2011

Walaupun begitu, pemilik nama sebenar (Gambar) Azline Ariffin itu tetap memilik tarikh 11.11.11 untuk melangsungkan majlis pertunangannya. Sememangnya dia berniat untuk terus melangsungkan perkahwinan tanpa melakukan sebarang majlis pertunangan tetapi keluarga kedua-dua belah pihak berhasrat untuk melakukannya.

Ezlynn juga masih belum memilih tempat untuk melangsungkan pernikahan dan juga majlis resepsi.

Ezlynn puas dipujuk siapakah gerangan sang arjuna yang berjaya membuatkan Ezlynn mengucapkan selamat jalan zaman solonya, ternyata Ezlynn begitu ‘kedekut’ untuk berkongsi kepada umum buat masa ini.

Ezlynn Umumkan Suaminya

“Lynn akan umumkan siapa bakal suami Lynn dalam masa terdekat nanti,” kata Ezlynn.

Penyanyi berasal dari Ulu Kinta, Perak itu turut berkongsi mengenai sambutan rayanya. Hanya beraya di Setapak, Kuala Lumpur, namun sambutan Syawalnya ternyata begitu meriah dengan kehadiran anak-anak buah yang mengenakan pakaian raya yang dijahit sendiri oleh Ezlynn.

“Tahun ini, Lynn raya di Setapak. Memang meriah dan seronok bila tengok anak-anak buah cantik pakai baju yang dijahit Lynn. Baju kurung dan beberapa baju raya yang lain Lynn jahit sendiri. Menjahit sudah jadi hobi baru Lynn. Lynn ada juga menjahit baju untuk anak-anak buah Lynn. Baju Lynn sendiri hanya dua pasang.

“Lynn mempunyai enam orang adik-beradik, kakak dan tiga adik Lynn dah berkahwin dan mempunyai anak jadi tahun ini raya memang cukup meriah,” kata Ezlynn mengenai ahli keluarganya yang sudah mencecah 16 orang.

Gambar Ezlynn Ariffin Seksi Hot
Gambar Ezlynn Ariffin Seksi Hot

Ezlynn Berlakon Filem Jin Pakai Toncit

Beralih pula tentang projek terbaharu, Ezlynn yang juga merupakan pelakon itu baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem arahan Mamat Khalid iaitu Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit.

Dalam filem tersebut Ezlynn memegang watak Mon, pasangan kepada watak utama Awie iaitu Husin. Filem ini adalah kesinambungan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah dan Zombie Kampung Pisang dan ia bakal ditayangkan hujung tahun ini atau awal tahun depan.

Sudah lama tidak menghasilkan single atau album baharu, penyanyi berzodiak Libra itu akan tampil dengan satu lagi single terbaharu berjudul Dusta terbitan Alibi Music.

“Ini adalah single kedua selepas lagu TicTacToe hasil karya Noh Hujan. Lynn sudah berbincang dengan pihak syarikat rakaman dan kemungkinan tahun hadapan Lynn akan merakamkan lagu raya pertama,” katanya. -Kosmo!

Tengok Video Ezlynn Seksi Hot Dalam Lagu Hai Hai Bye Bye Di Youtube.

mohdrohaizad.com - Tahniah kepada Ezlynn Ariffin yang bakal menamatkan zaman dara dengan jejaka misteri yang bakal diumumkan oleh Ezlynn tidak lama lagi. Musim artis kahwin tahun ini, tarikh majlis pernikahan perkahwinan resepsi pun canggih manggih kan?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Ezlynn (Majlis Pernikahan Perkahwinan Resepsi 20.11.2011) By Mohd Rohaizad. Published: 8.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...