CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Farah Asyikin Seksi Hot Rela Jadi Janda


Farah Asyikin Seksi Hot Rela Jadi Janda Tidak Mahu Kecewa Lagi

Suasana riuh dek kedengaran gurau senda sanak saudara yang berkunjung ke kediaman Farah Asyikin di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur pada 1 Syawal lalu masih segar dalam fikirannya. Hatinya berbunga riang melihat ahli keluarga berkumpul dan saling bercerita tentang perkembangan diri.

Tambahan melayan keletah anak saudara, Muhamad Umar Harris, setahun lapan bulan benar-benar menghiburkan hati. Puteri sulung adik perempuannya, Farah Jihan, 3 tahun, yang semakin bijak itu banyak menceriakan harinya. Menenggelamkan lara terpendam dalam jiwanya itu.

Terus terang Farah Asyikin, banyak kali Farah Asyikin makan hati melihat kebahagiaan setiap ahli keluarganya itu bersama pasangan masing-masing. Pernah juga dia mengeluh kerana bersendirian itu tanpa pelengkap hidup.

“Bohonglah kalau saya kata saya tak cemburu melihat kebahagiaan pasangan yang berkeluarga. Sedangkan saya pula sekadar menumpang kasih orang lain. Nak buat macam mana,” luah wanita ini membuka cerita Aidilfitri lalu.

Gambar Farah Asyikin Seksi Hot Rela Jadi Janda
Gambar Farah Asyikin Seksi Hot Rela Jadi Janda

Namun begitu, kata-kata Farah Asyikin itu hanya perasaan bersifat sementara. Perkongsian cerita yang dialami kebanyakan wanita berpisah dengan suami.

Anak kelahiran Kuala Lumpur ini mengakui berjaya memesongkan prasangka itu dengan mengisikan jadual harian Farah Asyikin dengan pelbagai aktiviti.

Apatah lagi selepas Farah Asyikin bernaung di bawah syarikat pengurusan bakat MC Voices & Stars Sdn. Bhd., menjadikan kehidupan lebih fokus dari terus berfikiran yang bukan-bukan.

Jalinan kerjasama antara Farah Asyikin dengan syarikat tersebut sejak 1 Julai itu banyak membantu dirinya dari terus dihimpit pedih kesepian.

“Saya bahagia dengan kehidupan solo yang memerlukan saya sentiasa bersemangat dalam setiap nafas yang dihirup,” sambung Farah Asyikin lagi.

Farah Asyikin penyanyi lagu "Kembali Lagi Di Sisimu" ini juga tak mahu mengungkit isu kahwin sebagai pengganti masalah dihadapi tatkala ini. Biarpun ada yang mengutarakan cadangan tersebut tetapi ditolak baik olehnya.

Bagi Farah Asyikin, isu berkenaan sudah tidak larat lagi hendak diulas. Baik di kalangan media atau sanak saudaranya, dia hanya mampu tersenyum saat perkara itu diungkit.

“Terus terang, saya tak memikirkan langsung tentang perkahwinan kedua. Cukuplah pengalaman lampau,” ringkas Farah Asyikin yang menetapkan pendirian untuk tidak mengulas perkara itu.

Farah Asyikin Teringat Zaman Kanak-kanak

Jangan terperanjat bila Farah Asyikin mengakui bahawa dirinya cukup lasak pada zaman kanak-kanak kalau berpeluang pulang ke kampung. Aidilfitri adalah medan buatnya untuk melepaskan gian memanjat pokok, mandi di sungai dan bermain sehingga lewat petang bersama rakan sebayanya.

“Kalau saya pulang ke kampung sebelah ibu di satu kawasan estet di Labu, Negeri Sembilan, pasti saya sudah resah mahu keluar rumah. Saya masuk ke kawasan pedalaman semata-mata untuk mencari anak sungai.

“Itu belum lagi dalam misi mencari duit raya. Masa itu malu ditolak ke tepi, janji kocek penuh. Walaupun nilainya cuma lima sen tapi saya tetap memburu dari satu rumah ke satu rumah,” cerita Farah Asyikin mengimbau nostalgia zaman kanak-kanak.

Meski pun begitu, Farah Asyikin memberitahu bahawa perangai lasak itu semakin berkurangan dan bertukar pemalu tidak lama kemudian.

Farah Asyikin diakui bahawa program realiti televisyen, One In A Million (OIAM) musim pertama pada tahun 2006 itu banyak mengubah sahsiah diri sehingga menjadi Farah Asyikin yang dikenali pada hari ini. -Utusan Malaysia.

Tengok Video Farah Asyikin Sexy Hot Lagu "Kembali Lagi Di Sisimu".



mohdrohaizad.com - Farah Asyikin tidak rela buat kali kedua ditipu lelaki sehingga sanggup Farah Asyikin menjadi janda dari berkahwin sekali lagi.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Farah Asyikin Seksi Hot Rela Jadi Janda By Mohd Rohaizad. Published: 11.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...