CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Memuatkan ...

Faralyna Idris Seksi Hot Berlakon Drama Kali Kedua


Faralyna Idris Seksi Hot Berlakon Drama Kali Kedua

Bintang baru, Faralyna Idris mengakui berdebar setiap kali drama lakonannya disiarkan di televisyen. Pelakon drama Kali Kedua yang mula bersiaran pada malam Rabu (semalam) di TV9 (pukul 8.30 malam) ini berkata Faralyna takut menerima reaksi daripada penonton.

“Biarpun ini bukan drama pertama saya tapi saya tetap berdebar apabila ia ditayangkan apatah lagi menerusi slot-slot yang popular.

Gambar Faralyna Idris Panas Berbaju Hari Raya
Gambar Faralyna Idris Panas Berbaju Hari Raya

“Saya takut menerima pandangan orang terhadap lakonan saya, macam-macam perasaan yang timbul,” kata Faralyna berharap diterima peminat.

Drama Kali Kedua 13 episod menerusi slot Aurora itu turut dibintangi oleh Nas Muammar Zar, Faralyna Idris, Anne Ngasri dan Nazim Othman.

Ketika Faralyna ditanya tentang perbezaan watak drama ini berbanding drama popularnya Asmara, Faralyna berkata, kali ini dia lebih banyak memainkan emosi.

“Saya juga takut penonton bosan dan tak dapat bezakan watak drama sebelum ini. Kali ini saya lebih membawakan karakter yang bermain dengan emosi,” kata Faralyna.

Gambar Faralyna Idris Seksi Hot
Gambar Faralyna Idris Seksi Hot

Bercerita tentang watak gadis lemah lembut dan air mata yang kerap kali dibawakan, Faralyna berkata dia mahu mempelbagaikan sesuatu karakter biarpun watak baik.

“Ya, saya akui banyak menerima tawaran untuk melakonkan watak-watak baik, buat masa ini memang saya tiada pilihan kerana masih baru.

“Tapi jika diberi pilihan sudah tentu saya mahu cuba watak-watak yang lain,” kata Faralyna.

Sinopsis Drama "Kali Kedua"

Drama “Kali Kedua” mengisahkan tentang Qaseh (Faralyna) dan Reza (Nas-T). Namun, godaan daripada wanita sepejabat Reza yang telah membuatkan dia mengkhianati cinta Qaseh.

Keadaan ini membuatkan Qaseh berada dalam keadaan trauma kerana amat menyayangi Reza, namun akhirnya dia reda dengan ujian itu.

Perpisahan mereka adalah disebabkan oleh orang ketiga. Qaseh amat kecewa namun lama-kelamaan kehadiran Zarin iaitu abang kepada sahabat baiknya Rina sedikit sebanyak mengubati kekecewaan Qaseh. -MStar.

Tengok Video Faralyna Idris Terkini Berlakon "Kali Kedua" dan "Asmara".




mohdrohaizad.com - Best kan drama "Kali Kedua" lakonan pelakon baru Faralyna Idris yang seksi hot ini kan? Mungkin anda perasan yang wajah cun kemelayuan Faralyna Idris pernah berlakon dalam drama "Asmara".

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Faralyna Idris Seksi Hot Berlakon Drama Kali Kedua By Mohd Rohaizad. Published: 8.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...