CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Filem Libas Buat Rosyam Nor Cacat Patah Tulang Bahu


Filem Libas Buat Rosyam Nor Cacat Patah Tulang Bahu

Rosyam Nor berkongsi cerita dan pengalaman sewaktu berlakon dalam filem Libas arahan Jurey Latiff Rosli, Rosyam Nor selaku teraju utamanya akuinya filem Libas berkonsepkan aksi komikal tersebut telah menjadikan telah dirinya sedikit cacat.

Rosyam Nor menjelaskan terperinci mengenai pengakuan berkenaan, Rosyam Nor yang agak lama menyepi dari berlakon filem memberitahu, kira-kira 3 hari sebelum tamat penggambaran Libas pada tahun 2009, Rosyam Nor telah berhadapan dengan kemalangan kecil sehingga menyebabkan tulang bahunya patah dan beralih kedudukan.

"Terus-terang saya mengatakan, filem ini telah mencacatkan anggota saya yang mana bahu saya cedera teruk sewaktu menjalankan beberapa babak aksi. Bagaimanapun, ia bukanlah salah produksi tetapi disebabkan oleh kelalaian saya sendiri.

Gambar Rosyam Nor Dalam Filem Libas
Gambar Rosyam Nor Dalam Filem Libas

"Sewaktu insiden itu, doktor menasihatkan agar saya menjalani pembedahan . Namun, saya tidak melakukan pembedahan tersebut kerana ia memerlukan saya untuk pulih dengan memakan masa selama 8 bulan. Saya hanya cuti berehat sehari saja dan terus datang ke lokasi semula untuk menghabiskan shooting yang tinggal 3 hari saja.

"Setibanya saya dilokasi, Jurey bertegas menyuruh saya pulang dan berehat. Namun, atas tanggungjawab dan tidak mahu membantutkan proses penggambaran, saya tetap teruskan dan Alhamdulillah saya dapat menjalankan babak tersebut. Pun begitu, waktu itu, badan saya berbalut kerana tulang bahu saya dah terkeluar," kata Rosyam Nor.

Rosyam Nor meneruskan sebab mengapa dia menerima tawaran berlakon filem ini, Rosyam Nor menyifatkan ia lebih kepada melunaskan janji antara dia dan Jurey Latiff Rosli.

Rosyam Nor Janji Jurey Latiff Rosli

"Apabila saya menerima sebuah naskah, saya mesti pastikan ia berbaloi. Lagipun, dulu Jurey pernah berjanji pada saya bahawa akan mengambil saya berlakon apabila dia menerbit dan mengarahkan filem pertamanya. Kiranya, sekarang ini Jurey menunaikan janji dia terhadap saya.

"Saya rasa filem ini boleh melonjakkan nama Malaysia ke peringkat lebih tinggi lagi. Lihat saja penggunaan CGI dalam filem ini. Apa yang paling penting, Libas mempamerkan kehebatan orang tempatan menggunakan teknik CGI. Ia juga sedikit sebanyak membuktikan orang kita mampu dan setaraf dengan filem antarabangsa.

"Saya amat berpuas hati walaupun Libas membantutkan perkembangan karier saya kerana saya terpaksa menunggu 2 tahun untuk filem ini ditayangkan. Pun begitu, saya terus menunggu dan dapat merasakan penonton akan enjoy menontonnya," jelas Rosyam Nor.

Filem Libas yang bakal ditayangkan di pawagan mulai 29 September ini menampilkan pelakon seperti Scha Al-Yahya, Johan Raja Lawak, Adam Corrie, Zek Zamrie, Beego dan ramai pendatang baru seperti Yuswaisar dan Fadzly. -Murai.

Tengok Video Filem Libas (Sepak Takraw) Lakonan Hebat Rosyam Nor.


mohdrohaizad.com - Rosyam Nor hero Malaysia yang sememangnya berbakat. Tidak boleh dinafikan lagi Rosyam Nor memang hebat sehingga filem libas telah mencacatkan Rosyam Nor patah tulang bahu. Terkini Rosyam Nor lebih bersikap memilih watak kerana tidak mahu kerap keluar sangat wajahnya seperti dulu sampai ramai hero lain tidak dapat kerja.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Filem Libas Buat Rosyam Nor Cacat Patah Tulang Bahu By Mohd Rohaizad. Published: 16.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...