CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Filem Nasi Lemak 2.0 - Pengarah Namewee Kutuk Malaysia


Filem Nasi Lemak 2.0 - Pengarah Namewee Kutuk Malaysia

Pengarah filem baru yang pernah mencetuskan kontroversi menghina lagu Negaraku iaitu Namewee berkata filem pertamanya berjudul Nasi Lemak 2.0 tidak mempunyai niat yang tidak elok dalam mengkritik.

Kata Namewee, filem tersebut merupakan gambaran yang sebenar dan menjelaskan apa yang ingin cuba disampaikan tentang masyarakat majmuk di negara ini.

“Mungkin sebelum ini, ramai ingat yang saya hanya pandai mengkritik dan saya hanya berani melakukannya di saluran Internet melalui Youtube.

"Kini, saya mempunyai buah tangan yang dapat memberikan gambaran yang lebih jelas niat saya, iaitu untuk melihat sebuah Malaysia yang meraikan segala perbezaan masyarakat kami yang berbilang bangsa dan agama,” kata Namewee dalam satu kenyataan media selepas tayangan berbayar yang diadakan di Melbourne, Australia, 31 Ogos lalu.

Gambar Filem Nasi Lemak 20 Pengarah Namewee Kutuk Malaysia
Gambar Filem Nasi Lemak 2.0 - Pengarah Namewee Kutuk Malaysia

Selain itu, Namewee turut terharu dengan sambutan dan maklum balas penonton terhadap filem tersebut selepas tayangan yang dilakukan di panggung Hoyts di Melbourne Central, Australia, baru-baru ini.

“Memang saya rasakan, Nasi Lemak 2.0 akan diterima baik kerana filem ini meraikan keistimewaan kami sebagai rakyat Malaysia dengan masyarakat majmuk berbilang bangsa dan agama.

“Walau bagaimanapun, sambutan di sini oleh penonton yang sanggup membayar lebih enam kali ganda bayaran tontonan di panggung wayang di Malaysia, menjadi pembakar semangat untuk bersiap sedia untuk filem ini ditayangkan di tanah air,” kata Namewee.

Selain Nawewee sendiri pelakon lain yang turut membintangi filem tersebut ialah Adibah Noor, Karen Kong, Afdlin Shauki, Kenny & Chee, Reshmonu, Dennis Lau, Nur Fathia, Nadine Thomas, Pete Teo, Ho Yuhang, Dian Sharlin dan Felixia Yap, Dennis Lau dan pendatang baru Felixia Yeap.

Adibah Nor Bangga Dengan Filem Namewee

Sementara itu, pelakon dan penyanyi Adibah Nor berbangga dengan hasil kerja Namewee dalam menghasilkan filem komedi tersebut kerana seiring dengan seruan kerajaan 1Malaysia.

“Saya bangga menjadi sebahagian filem ini kerana dalam menghibur, Nasi Lemak 2.0 adalah ‘resipi’ kearah visi Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak, ke arah 1Malaysia.

“Dari sambutan penonton filem ini membuktikan kita semua mampu gelak ketawa dalam masyarakat berbilang bangsa dan agama dan dalam masa yang sama, menerima segala perbezaan tersebut yang membuatkan kami suatu masyarakat yang unik,” kata Adibah Nor.

Gambar Namewee Pengarah Filem Nasi Lemak 20 dan Para Pelakon
Gambar Namewee Pengarah Filem Nasi Lemak 2.0 dan Para Pelakon

Manakala, Nadine Ann Thomas berkata filem Nasi Lemak 2.0 berunsurkan lawak ringan, yang diselit dengan pesanan penting buat semua rakyat Malaysia.

“Dalam gelak tawa, Nasi Lemak 2.0 membuktikan kami saling memerlukan ke arah menjadikan Malaysia yang lebih hebat!

“Lawak yang diketengahkan oleh filem ini adalah cara yang baik untuk ketengahkan mesej penting ini kepada semua rakyat Malaysia dan saya turut bangga menjadi sebahagian Nasi Lemak 2.0 yang meraikan keistimewaan kami sebagai rakyat Malaysia,” kata Nadine Ann Thomas.

Filem Nasi Lemak 2.0 yang mengisahkan tentang seorang tukang masak yang mencari identitinya melalui masakan. Filem Nasi Lemak 2.0 ini akan di tayangkan pada Khamis ini.-MStar.

Tengok Video Namewee Dalam Filem Nasi Lemak 2.0 Di Youtube.




mohdrohaizad.com - Filem Nasi Lemak 2.0 akan membawa kontroversi lagi? Siapa tidak kenal Namewee yang berjaya menghina lagu Negaraku dengan kata lain menghina Malaysia itu sendiri. Adakah para peminat seni Malaysia akan menyokong filem Nasi Lemak 2.0 arahan pengarah Namewee?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Filem Nasi Lemak 2.0 - Pengarah Namewee Kutuk Malaysia By Mohd Rohaizad. Published: 6.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...