CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Filem "Raya Tak Jadi" Rugi Buat Prof Razak Mohaiden Kecewa


Filem "Raya Tak Jadi" Rugi Buat Prof A. Razak Mohaiden Kecewa

Pengarah filem terkenal, Prof Madya A. Razak Mohaiden terkilan apabila filem yang mempunyai tema atau konsep tertentu tidak diberikan perhatian sewajarnya oleh pihak Syarat Wajib Tayang seperti mana berlaku pada filem terbaru arahannya, "Raya Tak Jadi".

Prof Madya A. Razak Mohaiden berkata, penggiat filem memerlukan satu jaminan dalam menghasilkan filem yang mempunyai tema tertentu supaya ia dapat ditayangkan pada tarikh sepatutnya.

"Bagaimana kita hendak buat filem bertemakan Hari Merdeka, Hari Guru atau Hari Pahlawan jika ia tidak dapat ditayangkan pada tarikh ia sepatutnya ditayangkan. Jadi kita perlukan satu jaminan bagi menggalakkan lagi pengkarya menghasilkan filem berbentuk sedemikian," ujar Prof Madya A. Razak Mohaiden.

Gambar Prof Madya A Razak Mohaiden Kecewa Dengan Pihak Syarat Wajib Tayang
Gambar Prof Madya A. Razak Mohaiden Kecewa Dengan Pihak Syarat Wajib Tayang

Prof Madya A. Razak Mohaiden ditemui ketika majlis pratonton filem terbaru arahannya, "Raya Tak Jadi" di sini pada Isnin.

Beliau bagaimanapun akur dengan sistem penggiliran yang diamalkan oleh pihak Syarat Wajib Tayang walaupun merasakan filem dengan tema tertentu perlu diberikan keutamaan.

Prof Madya A. Razak Mohaiden berkata, dia agak terkilan apabila filem terbarunya itu terpaksa ditayangkan pada 15 September ini walaupun mempunyai konsep dan bertemakan Hari Raya Aidilfitri.

Gambar Filem Raya Tak Jadi Lewat Ditayangkan
Gambar Filem Raya Tak Jadi Lewat Ditayangkan

"Saya memang menyasarkan filem ini untuk tayangan pada Hari Raya Pertama tahun ini dan filem berkenaan telah pun disiapkan pada tahun lalu.

"Tetapi mungkin disebabkan ia sedikit lambat dihantar ke Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) ia tidak dapat ditayangkan pada tarikh yang kita kehendaki walaupun rayuan telah dibuat," ujar Prof Madya A. Razak Mohaiden.

Mengharapkan yang terbaik pada filem terbarunya itu, A. Razak memberitahu dia bagaimanapun akan terus menghasilkan filem yang mempunyai tema pada masa akan datang dalam mendukung saranan kerajaan yang mahukan lebih banyak filem yang mempunyai konsep tertentu dihasilkan. -Mstar.

Tengok Video Filem Raya Tak Jadi Lawak Komedi Otai Malaysia.


mohdrohaizad.com - Kesianlah juga kepada filem Raya Tak Jadi yang lewat ditayangkan selepas Hari Raya Aidilfitri. Rasanya memang lebih baik ditayang semasa hari raya pertama kedua ketiga bagi filem ini berbanding filem Karipap-Karipap Cinta lakonan Gambit Saifullah hero tidak best itu.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Filem "Raya Tak Jadi" Rugi Buat Prof Razak Mohaiden Kecewa By Mohd Rohaizad. Published: 12.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...