CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Gambit Saifullah Punca Filem Othman Hafsham Tidak Laku


Gambit Saifullah Punca Filem Pengarah Othman Hafsham Tidak Laku Di Pawagam

Pengarah filem Karipap Karipap Cinta, Othman Hafsham kecewa filemnya itu gagal mendapat kutipan tiket yang memberangsangkan selain menyifatkannya sebagai kerugian besar.

Kata Othman Hafsham, filem Karipap Karipap Cinta yang telah mula ditayangkan pada 31 Ogos lalu itu tidak mencapai sasaran tetapi enggan mengulas punca-punca ia gagal menarik perhatian umum untuk menontonnya.

"Orang kata, tidak elok jika kita memberikan alasan atas sebab kegagalan kita. Saya enggan mengulas panjang.

"Mungkin filem ini dibintangi oleh pelakon-pelakon baru atau golongan muda sekarang tidak kenal Othman Hafsham, saya tidak tahu," kata Othman Hafsham yang enggan mengulas mengenai jumlah kutipan tiket filem berkenaan kepada media yang dihubungi, di sini, Jumaat.

Gambar Othman Hafsham Pengarah Filem Malaysia
Gambar Othman Hafsham - Pengarah Filem Malaysia

Selain itu, tambah Othman Hafsham, Karipap Karipap Cinta tidak mempunyai respons daripada penonton mungkin kerana filem itu turut bersaing dengan filem arahan Ahmad Idham, Hantu Bonceng, yang memulakan tayangannya pada tarikh yang sama.

Bagaimanapun, hal ini tidak membantutkan keinginannya untuk berkarya menghasilkan filem seterusnya pada masa akan datang.

Filem Othman Hafsham Gagal Bersaing Filem Ahmad Idham

"Saya tak mungkin serik. Malah gembira kerana ramai yang masih lagi menyokong dan ada yang memberi kata-kata semangat untuk saya teruskan berkarya.

"Cuma saya kasihan dengan pihak penerbit, Cinematic Sdn Bhd yang telah melaburkan RM1.8 juta untuk filem ini, tetapi tidak mempunyai keuntungan apa-apa pun.

"Lebih menyedihkan Karipap Karipap Cinta hanya ditayangkan sehari sekali sahaja, itu pun pada pukul 11 pagi. Siapa nak tengok?," soal Othman Hafsham.

Gambar Gambit Saifullah Punca Filem Othman Hafsham Tidak Laku
Gambar Gambit Saifullah Punca Filem Othman Hafsham Tidak Laku

Dalam pada itu, Othman risau jika tiada lagi pihak pelabur yang ingin menerbitkan filemnya lagi di masa akan datang kerana kegagalan Karipap Karipap Cinta.

Karipap Karipap Cinta dibintangi oleh Gambit Saifullah, Melia Aimellia, Eman manan. Rosnah Johari dan Chef Wan juga merupakan filem yang adaptasi dari sebuah novel karya Nazri M. Annuar. -Mstar.

Tengok Video Gambit Saifullah Terkini Tidak Laku Dalam Trailer Filem Karipap Karipap Cinta.


mohdrohaizad.com - Bagi penulis, hero filem Karipap Karipap Cinta iaitu Gambit Saifullah yang sepatutnya bertanggungjawab menjadi punca filem Othman Hafsham tidak laku. Siapa tidak kenal Gambit Saifullah? Mungkinkah peminat filem Malaysia hendak boikot semua lakonan Gambit Saifullah yang tidak best itu. Selepas ini pengarah dan penerbit kenalah berhati-hati memilih pelakon, jangan ambil artis Malaysia yang tidak bermoral. Kami cuma kesian kepada pengarah Othman Hafsham yang sememangnya berbakat dalam mengarah babak komedi.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Gambit Saifullah Punca Filem Othman Hafsham Tidak Laku By Mohd Rohaizad. Published: 10.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...