CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Hos Baru Serasi Bersama (Adlin Aman Ramli & Amy Mastura)


Adlin Aman Ramli dan Amy Mastura Hos Baru Serasi Bersama 2

Masih mengekalkan konsep yang sama, program yang menyelongkar kisah kekeluargaan selebriti tempatan di Astro Ria, Serasi Bersama diteruskan lagi untuk musim yang kedua.

Bagaimanapun, Serasi Bersama 2 tidak mengekalkan Aznil Hj Nawawi dan Sharifah Shahira sebagai pengacara, sebaliknya menggantikan tempat kedua hos popular itu ialah Adlin Aman Ramli dan Amy Mastura sebagai pengacara baru.

Mengulas sebab mengapa tidak mengekalkan hos yang lama, Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad menegaskan penggantian ini tiada kena mengena dengan sebarang isu mahupun masalah.

Gambar Hos Baru Serasi Bersama Adlin Aman Ramli dan Amy Mastura
Gambar Hos Baru Serasi Bersama Adlin Aman Ramli dan Amy Mastura

"Ketiadaan Aznil dan Shira sebagai hos tidak ada kena mengena langsung dengan isu mereka sudah demand atau pun sebaliknya. Apa yang pasti, setiap kali kami mahu menerbitkan program Astro sama ada program baru atau lama, kami senantiasa mahu memberikan nafas baru.

"Ianya supaya program berkenaan menarik ditonton. Sebelum ini pun, kita belum pernah lihat lagi Adlin dan Amy diganding bersama sebagai pengacara. Jadi, apa salah kami menjadi antara yang terawal menggandingkan mereka. Malah, saya difahamkan selepas beberapa hari menjalani rakaman, ternyata mereka amat serasi dan boleh membawa kelainan," katanya.

Pemilihan Selebriti Serasi Bersama 2

Menyentuh mengenai pemilihan selebriti untuk musim terbaru ini, Raqim mengakui agak sukar untuk mendapatkan penyertaan daripada selebriti yang baru saja berumahtangga.

"Syukur, untuk musim kali ini kami berjaya mengundang selebriti yang baru saja berumahtangga seperti Shuib-Sarah, Raja Farah-Megat Bashirun dan Zed Zaidi-Nelly Natalia. Lebih menarik lagi, kami juga ada mengundang pereka fesyen terkenal Salikin Sidek dan model terkenal Amber Chia.

"Setiap pasangan ini mewakili badan-badan kebajikan yang mana setiap hadiah atau wang yang diterima pasangan yang berjaya akan diserahkan kepada badan kebajikan berkenaan," ujarnya. -Murai.

Berikut adalah 36 pasangan selebriti yang terlibat dalam Serasi Bersama 2:

1. Faizal Hussein & Suhaila Sulaiman
2. Wardina Saffiyah & Ikhwan Johari
3. Harith Iskander & Jezamine Lim
4. Tam Spider & Aida
5. Man Kidal & Laila
6. Salikin Sidek & Anita
7. Nora & Johan Nawawi
8. Amber Chia & Andrian Wong
9. Ezani Nizarrif & Lizda Nuryanti
10. Aswad AF3 & Nurilina
11. Aidil AF3 & Juniza Azizan
12. Nila Kurnia & Amir
13. Zack Kool & Intan
14. Dato Jalaludin Hassan & Datin Hasimah
15. Azlee Senario & Linda
16. Leina Hangat & Zaipul
17. Sharifah Sofia & Syed Ismail
18. Ifa Raziah & Mohd Yani
19. Zed Zaidi & Nelly Natalia
20. Raja Farah & Megat Bashirun
21. Mirnawan Nawawi & Noorah
22. Rama (Jangan Ketawa) & Kamala
23. Sazzy Falak & Nazril
24. Dang Suria & Ad Samad
25. Zila Bakarin & Azir Izhar
26. Man Raja Lawak & Azlina Awaludin
27. Sheeda & Sukri
28. Ropie Cecupak & Azuin
29. Shuib Sepah & Siti Sarah
30. Prof Razak Mohaideen & Nazeera
31. Diana Rafar & Zamarul Hisham
32. Adam Corrie Lee & Fazima
33. Ozlyn Watie & Johan Raja Lawak
34. Naz NTV7 & Sheahnee Lee
35. Lan Kristal & Sheila
36. Sharifah Aleya & Ashraf Aasimudin

Tengok Video Serasi Bersama Yang Di Hos Oleh Aznil Hj Nawawi dan Sharifah Shahira.



mohdrohaizad.com - Program Serasi Bersama 2 ini bakal mula bersiaran pada 22 Oktober depan di Astro Ria saluran 104 setiap Sabtu dan Ahad, jam 10 malam. Jangan lupa saksikan Serasi Bersama musim kedua ya.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Hos Baru Serasi Bersama (Adlin Aman Ramli & Amy Mastura) By Mohd Rohaizad. Published: 20.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...