CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Iesya Toh Selamat Pagi Malaysia Jadi Duta Butik


Iesya Toh Selamat Pagi Malaysia Jadi Duta Kasut & Pakaian Butik Spyke

Iesya Toh penyanyi yang juga pengacara Selamat Pagi Malaysia, Iesya Toh telah dilantik sebagai duta kasut dan pakaian butik Spyke yang beroperasi di Novena Mall, Singapura, gara-gara imejnya yang suka memakai kasut berlainan pada kedua-dua belah kakinya.

Menurut Iesya Toh, dia dilantik oleh butik tersebut yang sememangnya menjual kasut berbeza bagi kedua-dua belah kaki sejak tiga bulan lalu.

“Saya dimaklumkan, trend memakai kasut berlainan pada kedua-dua belah kaki begitu mendapat sambutan di Singapura. Saya tak sangka dengan imej yang saya bawa itu, ia menyebabkan saya dilantik menjadi duta butik tersebut. Saya amat bersyukur,” kata Iesya Toh kepada media hiburan.

Gambar Iesya Toh Seksi Hot Pengacara Selamat Pagi Malaysia
Gambar Iesya Toh Seksi Hot Pengacara Selamat Pagi Malaysia

Sebelum ini, Iesya Toh memilih untuk melakukan imej berkenaan ketika membuat persembahan nyanyian dan ke majlis-majlis tertentu.

“Imej yang saya lakukan itu adalah sebagai suatu stail dan identiti saya agar ia berbeza dengan orang lain memandangkan ramai penyanyi yang ada dalam industri seni sekarang. Ia juga sebagai suatu strategi untuk memperkenalkan saya kepada khalayak.

Gambar Butik Spyke Di Novena Mall Singapore
Gambar Butik Spyke Di Novena Mall Singapore

“Pihak Spyke telah menaja banyak kasut dan pakaian kepada saya,” kata Iesya Toh yang bernaung di bawah syarikat pengurusan Putrivision Empire.

Iesya Toh Promosi Lagu Demi Cinta

Menyentuh tentang karier, Iesya Toh sedang dalam proses mempromosikan lagu terbarunya berjudul Demi Cinta yang dinyanyikan secara duet dengan seorang penyanyi dari Singapura.

“Saya sudah merakamkan lagu itu dengan seorang penyanyi lelaki dari syarikat Media Corp. Tetapi saya terpaksa merahsiakan buat sementara waktu sehingga tiba masanya kerana para peminat di Singapura masih berteka-teki tentang siapakah penyanyi itu.

“Saya juga akan merakamkan lagu baru untuk album penuh yang memuatkan tujuh buah lagu. Setakat ini saya sudah merakamkan lima buah lagu. Selepas ini, saya akan bekerjasama dengan komposer dari Indonesia yang pernah menggubah lagu untuk Datuk Sheila Majid dan komposer Mayuni Omar dari Singapura,” ujar Iesya Toh gembira.

Pada 26 hingga 29 September ini, Iesya Toh menganjurkan percutian ke Bandung, Indonesia bersama peminat-peminat. Penyanyi Heliza juga akan turut serta.

Mereka yang berminat untuk mengikuti percutian itu bolehlah hubungi Kak Izan di 012-2149598. -Mstar.

Tengok Video Iesya Toh Sexy Hot Live Persembahan Di Singapore.


mohdrohaizad.com - Trend memakai kasut berlainan memang sudah lama cuma di Malaysia masih lagi kurang diminati. Iesya Toh pengacara Selamat Pagi Malaysia berjaya menjadi duta butik Spyke dengan penampilan uniknya sebagai public figure Malaysia.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Iesya Toh Selamat Pagi Malaysia Jadi Duta Butik By Mohd Rohaizad. Published: 16.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...