CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Intan Ladyana & Kamal Adli Gembira Beraya Bersama


Intan Ladyana & Kamal Adli Gembira Beraya Bersama

Pelakon jelita (Gambar) Intan Nurladyana Mohamad Yahaya, 29 tahun, (Intan) mengakui sambutan Hari Raya pada tahun ini masih tidak banyak berbeza daripada tahun-tahun yang lalu kerana dia sekeluarga pulang ke kampung ibunya di Bangkok, Thailand dan berkumpul di rumah neneknya.

Walaupun Intan Ladyana mengakui suasana Lebaran di sana tidak semeriah perayaan di tanah air sendiri, Intan Ladyana tetap berasa teruja dan tidak sabar-sabar untuk menyambutnya seisi keluarga.

Gambar Intan Ladyana Cun Jelita Sambut Raya Di Bangkok Thailand
 Gambar Intan Ladyana Cun Jelita Sambut Raya Di Bangkok Thailand

"Suasana dan sambutan Hari Raya memang tidak semeriah mana di Bangkok jika hendak dibandingkan dengan sambutan di Malaysia tetapi saya sekeluarga sudah terbiasa dengan cara yang sederhana dan ala kadar sejak dulu lagi.

"Kalau hendak tahu, tiada kedai pun yang tutup dan semua perniagaan berjalan macam biasa pada Hari Raya kerana komuniti muslim di sana tidak sebesar mana. Namun kami memang rapat dengan sanak saudara yang lain," kata Intan Ladyana gembira.

Tambah Intan Ladyana, kesederhanaan suasana perayaan itu bagaimanapun dirasakan cukup meriah apabila seluruh keluarga berkumpul di rumah salah seorang saudara selepas Hari Raya pertama untuk melakukan aktiviti bertukar hadiah.

Gambar Intan Ladyana Seksi Hot Buat Peminat
 Gambar Intan Ladyana Seksi Hot Buat Peminat

"Saya paling suka dengan aktiviti bertukar hadiah apabila kami berkumpul pada Hari Raya. Setiap keluarga akan membawa hadiah masing-masing untuk ditukar sesama saudara-mara.

"Pada kebiasaannya, kami akan mengadakan acara cabutan bertuah dengan memanggil nama ahli keluarga dan memberikan hadiah yang dikumpulkan di tengah-tengah rumah itu kepada setiap seorang," kata Intan Ladyana dapat hadiah menarik.

Intan Ladyana Kekasih Kamal Adli

Terbaru, Intan Ladyana kini sedang terikat dengan penggambaran filem X arahan Pierre Andre selain komitmen drama bersiri Kekasihku Puyu untuk slot Legenda di TV3.

Selain itu, Intan Ladyana yang merupakan kekasih hati aktor Kamal Adli ini juga bakal muncul dengan tiga buah filem yang menantikan slot tayangan iaitu Bini-Biniku Gangster, Halim Munan dan Adnan Sempit 2. -Mstar.


Tengok Video Intan Ladyana Sexy Hot Bakal Menikah Dengan Kamal Adli Dalam Temubual Eksklusif.




mohdrohaizad.com - Cantik kan pelakon jelita Intan Ladyana yang seksi lagi hot ni? Intan Ladyana memang membuat bakat dan kecantikannya yang tersendiri malah terkini Intan Ladyana kerap menjadi pilihan pengarah untuk berlakon sebagai heroin buat filem dan drama Malaysia.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Intan Ladyana & Kamal Adli Gembira Beraya Bersama By Mohd Rohaizad. Published: 5.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...