CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Kontroversi Anugerah Industri Muzik Malaysia Kecoh


Isu Kontroversi Anugerah Industri Muzik Malaysia Kecoh

Setelah penganjuran Anugerah Industri Muzik 2011 (AIM 2011) dipertikaikan oleh beberapa pihak, akhirnya Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) Norman Abdul Halim tampil memberi penjelasan.

“Sebelum saya berikan penjelasan lanjut, ingin saya maklumkan kepada semua bahawa AIM adalah milik RIM dan bukan mana-mana persatuan lain. Anugerah berprestij ini adalah atas inisiatif RIM untuk memartabatkan penggiat muzik tempatan. Sesuai dengan objektif AIM ini, kita memang mengutamakan artis, komposer dan syarikat rakaman tempatan.

Hanya Penyertaan Syarikat Rakaman Tempatan Sahaja

Setiap penyertaan mestilah melalui syarikat rakaman tempatan yang berdaftar dengan RIM. Penyertaan daripada individu tidak dibenarkan. Kriteria atau syarat ini tidak pernah dipinda dan ia telah diguna pakai dari awal lagi. Sebab itu saya hairan mengapa ada artis yang mendakwa RIM sentiasa meminda kriteria-kriteria yang diperlukan.

Untuk tahun ini kita hanya tukar tempoh pencalonan, selain memansuhkan beberapa kategori kerana ia dilihat tidak relevan dengan situasi industri muzik ketika ini. Namun, kita telah membenarkan penyanyi yang mempunyai single untuk masuk bertanding. Selain itu, kita juga telah merancang untuk mengadakan anugerah berasingan untuk artis-artis Cina dan India tempatan.

Gambar Norman Abdul Halim Selaku Pengerusi  Persatuan Industri Rakaman Malaysia
Gambar Norman Abdul Halim Selaku Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia

Kita telah edarkan kriteria-kriteria yang diperlukan ini kepada mereka bersama dengan borang pencalonan. Mungkin ada yang  tidak membacanya atau terlepas pandang. Jadi, ingin saya tegaskan di sini, kami di RIM tidak ada berniat jahat terhadap sesiapa.  Setiap perubahan yang dilakukan adalah demi kebaikan AIM, bukan untuk kepentingan mana-mana individu. Kalau ada yang menunding jari kepada saya, mereka silap. Saya langsung tidak terlibat dengan proses penjurian,” ulas Norman yang ditemui di Majlis Rumah Terbuka RIM kelmarin.

Isu Kewarganegaraan

Norman Abdul Halim mengulas tentang isu kewarganegara yang dibahas hebat, Norman Abdul Halim memberitahu isu ini sebenarnya sudah lama dibangkitkan.

“Saya tahu ini isu ini berbangkit semula apabila Hujan dan Zee Avi tidak tersenarai sebagai calon Top 5. Seperti yang saya katakan tadi, saya tidak terlibat dengan penjurian. Tetapi, untuk kes Zee Avi, dia memang artis Malaysia, tetapi dia tidak terikat dengan syarikat rakaman Malaysia. Oleh itu dia tidak layak.

Hujan pula saya tidak pasti. Saya rasa mereka masih layak bertanding untuk beberapa kategori walaupun tidak semua. Mungkin mereka telah tercalon untuk saringan awal, tetapi tidak berjaya untuk Top 5. Mungkin isu ini lebih sesuai dijawab oleh pihak juri. RIM memang tidak terlibat dengan proses penjurian. Bahkan, kita telah serahkan tugas ini kepada Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM) untuk memilih barisan juri supaya  tidak nampak berat sebelah,”ujar Norman lagi.

Anugerah Industri Muzik Malaysia Gugur Banyak Kategori Lagu

Dalam masa yang sama, Norman Abdul Halim juga mengulas tentang pengguguran Kategori Lagu Hip Hop yang digugurkan pada saat-saat akhir. Jelas lelaki yang juga orang kuat KRU Studios ini, keputusan itu dibuat oleh pihak juri, bukan RIM.

“Kalau ikut RIM, kita memang mahukan kategori ini, tetapi pihak juri sebaliknya. Mereka merasakan lagu-lagu yang menghantar pencalonan tidak memenuhi kriteria lagu Hip Hop. Kalau ikutkan saya, saya lebih suka jika lebih banyak genre muzik yang masuk bertanding,” ujar Norman.

Dengan segala isu berbangkit ini, Norman memaklumkan berkemungkinan pihak RIM akan mengkaji semula sistem penjurian yang telah digunakan pakai bagi memperkemaskan lagi penganjuran AIM. Untuk tujuan itu, pihak RIM mengalu-alukan pendapat daripada mana-mana persatuan mahupun individu untuk memperbaiki kelemahan yang ada. -Gua.

Tengok Video Anugerah Industri Muzik Tahun Lalu.


mohdrohaizad.com - Macam-macam isu kontroversi mengenai Anugerah Industri Muzik Malaysia kali ini kecoh. Adakah ini merupakan sengaja ditimbulkan oleh pihak penganjur?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Kontroversi Anugerah Industri Muzik Malaysia Kecoh By Mohd Rohaizad. Published: 23.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...