CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Siti Nurhaliza Tak Bayar Penulis Lirik "All Your Love"


Betul Ke Isu Siti Nurhaliza Tak Bayar Penulis Lirik "All Your Love"?

Isu tentang penulis lirik lagu Inggeris All Your Love, Datuk Siti Nurhaliza, Christian Alexender yang mendakwa tidak menerima bayaran penuh daripada pihak penerbitan adalah satu fitnah.

Jelas Pengarah Syarikat What's Up Entertainment, Kadir Rashid, segala bayaran telah dilakukan oleh pihaknya menerusi Byran Bouro yang bertindak selaku penerbit bersama album berkenaan.

"Kami ada bukti segala bayaran telah dilakukan kepada Byran Bouro. Apa yang saya tahu Christian Alexender merupakan penolong penulis lagu kepada Byran Bouro. Jadi kami tak berhubung dengannya. Sebaliknya kami berhubung dengan Byran Bouro sahaja.

Gambar Datuk Siti Nurhaliza Seksi Hot Artis Malaysia Paling Popular
Gambar Datuk Siti Nurhaliza Seksi Hot Artis Malaysia Paling Popular

"Segala bukti pembayaran dan segalanya ada dengan kami dan telah dibuat kepada Byran Bouro. Difahamkan Byran Bouro juga telah membuat pembayaran terhadap dia. Kami memang tak mempunyai hubungan secara langsung dengannya," kata wakil Siti Nurhaliza ketika dihubungi media hiburan bagi mengulas mengenai isu tersebut.

Terdahulu kami telah pun menyiarkan luahan perasaan Christian Alexender yang mendakwa masih menunggu kontrak dan bayaran penuh berhubung pembikinan album berkenaan.

Menganggap isu yang dibangkitkan oleh Christian Alexender sebagai satu fitnah yang tidak berasas kata Kadir pihaknya dan Siti Nurhaliza sendiri tidak tergugat mahupun merasakan imej mereka tercalar.

"Imej kami tak tercalar dengan dakwaan yang dilakukannya. Kami tak tahu apa tujuan dia lakukan sedemikian mungkin juga dia mahu publisiti murahan," kata Kadir Rashid penuh kesal.

Sean Kingston Lewat Terima Bayaran Datuk Siti Nurhaliza

Menjawab satu lagi dakwaan Christian Alexender bahawa kelewatan album Inggeris penyanyi nombor satu negara itu berpunca daripada kelewatan bayaran yang diterima oleh penyanyi Sean Kingston, perkara tersebut dinafikan sekeras-kerasnya oleh Kadir Rashid.

"Komen pasal Kingston tak berapa tepat. Bukan pasal pembayaran menyebabkan kelewatan sebaliknya penyanyi itu sendiri terlibat dengan kemalangan dan menyebabkan penangguhan. Pihak kami sendiri telah berhubungan dengan Kingston sebelum dia mengalami kemalangan dan urusan bayaran telah pun dibincangkan sebelum dia terlibat dengan kemalangan lagi. Jadi isu itu tak timbul," jelas Kadir Rashid.

Dalam pada itu, jelas Kadir Rashid, pihaknya dan Siti Nurhaliza sendiri tidak berniat untuk mengambil tindakan undang-undang buat masa ini terhadap penyanyi R&B kelahiran Australia itu. -Murai.

Tengok Video Siti Nurhaliza feat Sean Kingston "Remember You".


mohdrohaizad.com - Nampaknya isu Datuk Siti Nurhaliza tak bayar penulis lirik "All Your Love" adalah tidak benar sama sekali. Datuk K pun mampu bayar kan bagi pihak Siti Nurhaliza.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Siti Nurhaliza Tak Bayar Penulis Lirik "All Your Love" By Mohd Rohaizad. Published: 20.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...