CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Memuatkan ...

Izara Aishah Seksi Hot Gadis Melayu Pakistan


Izara Aishah Seksi Hot Gadis Darah Kacukan Melayu Pakistan

Agak pelik ketika menemu bual pelakon baru, Izara Aishah (gambar) kerana gadis berusia 19 tahun ini mahu menyembunyikan nama bapanya.

Kata Izara Aishah, dia bukan sengaja mahu berahsia tetapi kerana bapanya telah menasihati agar tidak mengaitkan nama keluarga dalam karier seninya.

Atas faktor itulah Izara Aishah terpaksa menerima hakikat nama keluarga tidak boleh dihebahkan kepada umum sekiranya dia benar-banar mahu serius dalam bidang seni.

“Saya seorang sahaja yang terlibat dalam karier seni ini, jadi keluarga tidak mahu mereka dikaitkan. Namun begitu, mereka tetap menyokong kerjaya saya dari belakang,” kata Izara Aishah.

Izara Aishah Gadis Kacukan Melayu Pakistan

Antara drama yang pernah dilakonkannya adalah Keranamu Laila di TV3 dan Hantu Gigi di Astro Prima.
Berdarah kacukan Melayu-Pakistan, gadis cantik ini bukan sekadar dikenali sebagai pelakon, malah dia juga dikenali di pentas peragaan setelah memenangi tempat kedua pertandingan Dewi Remaja 2009/2010.

Selain itu, Izara Aishah juga gemar menari namun tidak menjadikan aktiviti itu sebagai karier sepenuh masa sebaliknya sekadar suka-suka.

Mengorek kisah lama Izara Aishah sewaktu di alam persekolahan, Izara Aishah merupakan seorang yang aktif dan sering menyertai pertandingan seni termasuklah berkebolehan melakukan persembahan tarian tradisional, hip hop dan Latin.

Gambar Izara Aishah Seksi Hot Manja Buat Peminat
Gambar Izara Aishah Seksi Hot Manja Buat Peminat

“Saya mula menari sejak berusia lima tahun dan tarian yang saya belajar adalah Bollywood daripada ibu saudara saya.

“Sekarang, saya masih mempelajari tarian daripada koreografer tetapi hanya sekadar suka-suka dan cara senaman untuk mengisi masa lapang. Lagipun saya lebih banyak menumpukan kepada karier lakonan,” kata Izara Aishah.

Izara Aishah Amal Petua Kecantikan Nenek

Beralih kepada pemakanan, Izara Aishah hanya mengamalkan makan nasi sehari sekali dan melakukan amalan diet yang seimbang. Dia juga mengikut petua neneknya yang gemar meminum air teh untuk kesihatan badan.

Menyentuh tentang produk kecantikan, Izara Aishah pernah mencuba suatu produk yang tidak bersesuaian dengan dirinya sehingga menyebabkan kulit mukanya menjadi kering dan menggelupas.

Tetapi setelah Izara Aishah menemui produk Clean & Clear, kulit mukanya sudah kembali pulih.

“Sesibuk mana pun, saya pasti akan membersihkan muka sebelum tidur. Tetapi jika saya terlupa untuk membersihkan solekan di muka, saya bersyukur kerana muka saya tidak mudah ditumbuhi jerawat,” ujar Izara Aishah.

Gambar Izara Aishah Cun Gadis Melayu Pakistan
Gambar Izara Aishah Cun Gadis Melayu Pakistan

Izara Aishah bercerita tentang fesyen, pelakon yang bakal muncul dengan drama terbarunya, Soffiya pada 21 September ini di TV3 ini akan memastikan dirinya memakai kasut atau selipar yang bertumit tinggi bagi menambah keyakinan diri.

“Saya gemar memakai kasut tumit tinggi seperti “stiletto” dan “wedges” kerana apabila memakainya saya akan rasa lebih yakin. Ini kerana saya mempunyai perasaan rendah diri yang kuat.

“Saya rasa tidak cantik apabila diri ini rendah tetapi setelah memakai kasut tumit tinggi, saya akan berasa yakin.

“Misalnya setiap kali keluar ke kedai pun saya akan memakai selipar yang ada tumit tinggi manakala jika ke pusat beli-belah, saya akan memakai kasut tumit tinggi seperti “wedges” kerana ia membuatkan saya menjadi lebih selesa.

“Kasut tumit tinggi yang saya biasa pakai adalah 6 inci. Tetapi saya akan memakainya sewaktu ke majlis yang hanya memakan masa dua hingga tiga jam sahaja bagi mengelakkan kaki menjadi sakit dan lenguh,” ujar Izara Aishah.

Tengok Video Izara Aishah Sexy Hot Beri Message Kepada Fans.


mohdrohaizad.com - Izara Aishah tidak mahu media hiburan menghebohkan nama keluarganya yang berdarah Melayu Pakisatan. Hal ini kerana untuk menjaga nama baik keluarga Izara Aishah dari dicemari terutamanya jika ada gosip kontroversi dalam dunia seni hiburan.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Izara Aishah Seksi Hot Gadis Melayu Pakistan By Mohd Rohaizad. Published: 19.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...