CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Jihan Raja Lawak Seksi Hot Berhenti Kerja Tetap


Jihan Raja Lawak Seksi Hot Berhenti Kerja Tetap Demi Seni Lakonan

Naib Juara rancangan Raja Lawak musim ketiga, Jihan atau (Gambar) Nur Jihan Musa bersedia untuk melebarkan sayapnya dalam dunia lakonan dan pengacaraan selepas meninggalkan kerjaya tetapnya di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) baru-baru ini.

Jihan yang dihubungi media hiburan pada Selasa berkata, keputusan itu dibuat selepas memikirkan secara mendalam dan membuat pertimbangan wajar mengenai masa depan Jihan sebagai anak seni.

Gambar Jihan Maharaja Lawak Sanggup Berhenti Kerja Tetap
Gambar Jihan Maharaja Lawak Sanggup Berhenti Kerja Tetap

"Sebenarnya agak sukar untuk membuat keputusan meninggalkan kerjaya di MBSA sebagai Juruteknik tetapi memikirkan minat yang mendalam di dalam dunia lakonan dan pengacaraan saya bersedia untuk menghadapi segala cabaran selepas ini.

"Sudah tentu saya sayangkan kerjaya dan kawan-kawan di tempat lama tetapi memikirkan banyak tawaran terpaksa ditolak semasa masih bersama MBSA saya perlu membuat keputusan," ujar Jihan Raja Lawak.

Kata Jihan lagi, dia tidak mahu membebankan majikannya apabila sering mengambil cuti untuk memenuhi tawaran berlakon dan menimbulkan lebih banyak masalah jika menyambung kontrak bersama MBSA.

Kini kata Jihan, tumpuan diberikan kepada kerjaya dan tawaran yang datang terutamanya daripada syarikat penerbitan dan stesen televisyen selain ASTRO yang sebelum ini banyak ditolak kerana terikat dengan kerja tetapnya.

Gambar Jihan Raja Lawak Seksi Hot
Gambar Jihan Raja Lawak Seksi Hot Semakin Kerap Mendapat Tawaran Berlakon

"Sebelum ini saya tidak pernah pergi uji bakat untuk mendapatkan sesuatu peranan dalam drama atau pun sitkom tetapi lebih kepada menerima sahaja apa juga tawaran yang diberikan oleh pihak yang menawarkan kerja kepada saya.

"Kini sudah masanya saya membina nama dengan bergerak dan berusaha lebih gigih untuk terus bertahan dalam dunia seni lakonan yang amat saya cintai," ujar Jihan yang baru sahaja selesai rakaman Sitkom "Meh Ke Kafe Kita" musim ketiga untuk siaran TV3.

Jihan juga turut memberitahu dia juga baru selesai menjalani pengambaran beberapa buah drama selain masih menunggu filem lakonan pertamanya, "Adik Manja The Return" untuk ditayangkan.

"Alhamdulilah rezeki masih berpihak kepada saya dan itu tanda saya perlu berusaha keras lagi untuk terus diberi peluang dalam industri dan mengembangkan bakat," ujar Jihan Maharaja Lawak penuh harap. -MStar.

Tengok Video Jihan Raja Lawak Cun Membazir Tisu Dalam Rancangan 60 Saat.

mohdrohaizad.com - Tahniah kepada Jihan Raja Lawak seksi hot sanggup berhenti kerja tetap demi menjadi anak seni lakonan yang berjaya. Kami para peminat lawak sentiasa berdoa semoga impian Jihan Maharaja Lawak akan mendapat kerjayaan dan pengiktirafan dalam lawak komedi Jihan.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Jihan Raja Lawak Seksi Hot Berhenti Kerja Tetap By Mohd Rohaizad. Published: 7.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...