CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Kumpulan Goldkartz Lagu Dalam Filem Bollywood


Kumpulan Goldkartz Sumbang Lagu Dalam Filem Bollywood

Berkat restu daripada ayahnya itu membuatkan dua beradik Goldkartz itu kini berjaya mencipta nama bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Bollywood.

"Pada mulanya kami hasilkan album Bhangra semata-mata untuk menyalurkan minat dan kreativiti kami terhadap muzik Bhangra. Secara tidak langsung mahu memperkenalkan muzik ini kepada rakyat Malaysia.

Tapi tak sangka lepas album Bhangra berjudul Loaded keluar pada tahun 2008 ia mendapat sambutan ramai.
Sejak itu kami nekad untuk ceburi bidang ini secara serius," kata Manjit Singh Gill atau lebih senang disapa M-Ji ketika ditemui di Studio Utusan, Kuala Lumpur.

Goldkartz turut berjaya tersenarai dalam Malaysia Book Of Records sebagai kumpulan Bhangra pertama di Malaysia.

Untuk album kedua mereka, 24 Karaatz, dua beradik yang berasal dari Ipoh, Perak itu menampilkan 17 buah lagu yang dibuat secara kolaborasi bersama penyanyi Awie (Bebaskan Hatimu), Rishi Rich, Mumzy Stranger dari United Kingdom (UK), Tiferstyle dari Scotland dan Shankar Mahadevan dari India.

Gambar GOLDKARTZ yang terdiri daripada adik beradik Manjit Singh Gill dan Sukhjit Gill
Gambar GOLDKARTZ yang terdiri daripada adik-beradik Manjit Singh Gill (kiri) dan Sukhjit Gill telah menghasilkan lagu runut bunyi untuk filem Bollywood berjudul Office Office. Lagu tersebut diberi nama Mauja.

"Untuk 24 Karaatz kesemua lagu dihasilkan oleh kami sendiri kecuali lagu Bebaskan Hatimu yang dihasilkan oleh Radge.

"Selepas album Karaatz 24 dikeluarkan pada bulan April lalu, kami menerima jemputan untuk mengadakan persembahan di Australia, Kanada, Singapura, Thailand, Indonesia dan Shanghai," kata Manjit Singh Gill.

Lebih mengujakan, telah dilamar pengarah filem Bollywood, Rajiv Mehra untuk menyumbang lagu dalam filem terbaharunya, Office Office.

Ibarat bulan jatuh ke riba, permintaan Rajiv itu disambut baik Goldkartz lalu terciptalah lagu Mauja yang hanya mengambil masa selama dua minggu.

Gambar Kumpulan Goldkartz Malaysia Bangra Ke Bollywood
Gambar Kumpulan Goldkartz Malaysia Bhangra Ke Bollywood

Lagu Mauja yang dihasilkan Goldkartz itu kemudiannya diperdengarkan oleh pengarah muzik terkenal Sajid dan Wajid.

"Saya sangat berbesar hati bila mereka menyukai lagu kami. Kami juga dijemput ke India pada 1 hingga 9 ogos lalu untuk mempromosikan lagu Mauja di sana," kata Manjit Singh Gill mengenai lagu Mauja yang kini sudah disiarkan menerusi 15 siaran di India.

M-Ji dan Sukhjit yang kini memiliki anak didik iaitu kumpulan J Squad berharap menaikkan taraf Bangra di Malaysia seterusnya berharap muzik tersebut diminati golongan muda.

Untuk sebarang jemputan persembahan daripada Goldkartz boleh menghubungi 012-5008889 atau layari laman web www.facebook.com/goldkartz atau twitter/goldkartz atau www.goldkartz.com. -Kosmo!

Tengok Video GOLDKARTZ - HA KARDE Produced by RISHI RICH feat. MUMZY STRANGER.



Tengok Video Goldkartz Terkini Lagu Mauja Dalam Bollywood Film Office Office.



mohdrohaizad.com - Tahniah kepada kumpulan Goldkartz yang berjaya menyumbangkan lagu Bhangra dalam filem Bollywood.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Kumpulan Goldkartz Lagu Dalam Filem Bollywood By Mohd Rohaizad. Published: 10.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...