CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Liyana Fizi Seksi Hot Solo Tinggalkan Estrella


Liyana Fizi Seksi Hot Solo Tinggalkan Estrella

LIYANA FIZI, si pendendang suara seperti buluh perindu ditiup angin tatkala dinihari ini sedang bercerita. Isi ceritanya disatukan dan dalam 10 wadah yang bertali dalam balutan penuh rasa harmoni, sebuah album layaknya.

Liyana Fizi si manis ini sudah lama berdampingan dengan para pemuzik ibu kota. Vokalnya terlebih dulu sudah menjelajah telinga ke telinga. Kali ini dia tampil solo setelah puas menjadi vokalis dan pemanis grup Estrella. Tetapi Liyana Fizi tidak sendirian di atas pentas, Liyana Fizi ditemani teman sejiwa bermuzik di barisan sessionist. Cuma kariernya di garis status solo.

Liyana Fizi merupakan vokalis sekali gus gadis pemetik instrumen berdawai ini makin menjadi pemandangan yang indah dilihat dan dikecapi. Namun Liyana Fizi bukanlah gadis tipikal yang ada dalam pemikiran anda. Liyana Fizi bukan sekadar wajah manis di atas panggung atau acara.

Ujar Liyana Fizi, seorang temannya pernah berkata, ‘dunia Liyana kecil tapi impiannya besar.’ Tetapi dengan buah tangan perdananya ini dia mahu berskala besar. Memberi dan menerima dengan imbuhan pada kadar yang lebih terbuka. Kita berbicara dan berkenalan dengan si manis yang diberi jolokan song bird dan penerokaan dunianya.

Pembacaan Di Sebalik Liyana Fizi

Satu hal yang tidak dapat disangkal apabila melihat Liyana Fizi wanita muda berusia 27 tahun ini adalah kemanisan yang diberikan baik daripada segi fizikal mahu pun material yang sedang dijuangnya.

Album Between The Lines adalah taruhan Liyana Fizi kemanisan yang dibawanya. Bukan sekadar memuji namun setelah beberapa kali mentelaah produk perjuangannya ini, terasa damai yang cuba dibawanya. Setiap lagu punya penceritaan yang tersendiri, gaya dan sentuhan seorang Liyana Fizi.

Cerita-cerita pelbagai genre itu dibalut dengan susunan muzik dan lapisan instrumen yang kaya. Bukan sekadar bunyi asas dram, gitar dan bass. Lebih enak album ini diberi tambahan indah celo dan biola alunan Ammy C. Kurniawan. Instrumen yang dekat dengan kata damai.

Harmoni yang dibawa oleh empunya diri kelahiran Kuala Lumpur ini juga suntikan kembara yang dijalaninya. Dia berkelana di Bandung, Indonesia selama dua minggu untuk mendalami muzik. Mencari sesuatu di luar kotak, adalah tidak salah menimba dan sesekali mengerling warna hijau rumput di luar. Semuanya atas dasar kecintaan terhadap suatu yang dinamakan muzik.

Gambar Liyana Fizi Seksi Hot
Gambar Liyana Fizi Seksi Hot

“Material untuk album Between The Lines ini dikumpul selama dua tahun dan proses rakamannya dalam masa dua minggu. Kalau ditanya tentang durasi dua tahun, ini kerana kekangan masa dan kewangan. Semuanya dijalankan secara bebas,” ujar Liyana Fizi bekas vokalis grup Estrella ini.

“Proses kreatifnya bermula dengan mendapatkan melodi dan kemudian menulis lirik, bab lirik itu juga mengambil masa. Ada yang lama dan ada yang sehari dua prosesnya,” ujar Liyana Fizi yang kerap mendapat ilham menulis lirik dalam kereta.

Tambah Liyana Fizi yang seakan sudah punya stail rambut ‘fringe’ ini, momen menulis lagu biasanya memerlukan dirinya sepi daripada dunia luar. Mahu sendiri dan mengelamun sambil memetik gitar, ilham ketika itu datang sendiri dan itu momen yang dinanti-nanti.

Tidak hairan apabila membaca satu persatu, lirik ini tidak ketara jauh untuk disentuh ke dalam setiap pendengar. Ada cerita normal yang disuarakan di sebalik vokal dan gaya bercerita Liyana Fizi.

“Saya cuba meletakkan faktor empati dalam menulis lirik. Bukan sekadar sebuah pengalaman personal. Harapan hati saya untuk menyatukan pecinta muzik melalui album ini. Sewaktu proses rakaman, saya sedar bahawa apa sebenarnya yang saya mahukan adalah para pendengar dapat mencari sesuatu yang dekat dengan hari mereka,” luah Liyana Fizi yang turut mengkhususkan sebuah lagu buat arwah neneknya.

Sentuh perihal tajuk ‘Between The Lines’ yang dijadikan tema album perdana solonya, Liyana tersenyum menyambung penceritaan tersurat dan tersirat seperti judul albumnya.

“Seperti definisi album itu sendiri, banyak yang tersirat dalam album ini. Kita tidak boleh menghakimi sesuatu dengan hanya melihat. Banyak yang saya utarakan dalam album ini contohnya lagu Light Writing bercerita tentang kekecewaan manakala Kaku berkisar perihal perkauman. Banyak benda nyata yang berlaku di sebalik sesebuah kejadian, bukan?” tanya Liyana Fizi manja menyedarkan bahawa realiti ini bergulir serentak dengan hikmah yang berlaku disebaliknya. Ada terselit faktor implisit dalam setiap kejadian.

Liyana Fizi Mahu Terus Meneroka

Si pemetik gitar ini mengaku tidak tahu skil yang dinamakan strum untuk gitar sebaliknya dia lebih selesa hanya memetik.

Atas bantuan Izaad Amir (penerbit album, pemain gitar), Pito (bass) dan Ruvi (dram, vibrafon dan perkusi), mereka berjalan membawa penerokaan muzik.

“Lagu Killing Me ditulis sewaktu saya di Britain. Decisions, Decisions pula hasil nukilan di Bandung,” ujar Liyana Fizi berbicara tersurat tentang jelajah muziknya.

Menghirup udara Bandung sambil menyiapkan album ini, ada jelajah jiwa dalam dirinya yang mengalun lembut antara sedar dan tidak. Dia melihat dunia baru, lebih besar. Dulu dunianya pernah diwartakan cuma kecil berbanding cita-citanya.

“Saya melihat pemuzik di sana bermain dengan penuh jiwa. Dedikasi mereka berlainan terhadap muzik. Feel mereka mendalam. Saya melihat dunia yang besar,” ujarnya dalam nafas lain bukan menidakkan dunia pemuzik tempatan cuma mencari satu sisi yang perlu dipelajari oleh dirinya.

“Budaya atau scene muzik juga berbeza-beza. Itu yang mahu saya belajar dan terokai. Lihat dan dalami,” petah Liyana Fizi yang menjalani proses rakaman di Aru Studio, Bandung, Indonesia. Malah dirinya sempat membuat persembahan di daerah tersebut dan sambutan yang diterima sangat menyejukkan hati.

Gambar Liyana Fizi Terkini Bergerak Solo Tinggalkan Estrella
Gambar Liyana Fizi Terkini Bergerak Solo Tinggalkan Estrella

Untuk kembara yang terdekat, ada dua perjalanan yang bakal diterokai. Dua udara dan suasana yang mahu ditatap dengan mata dan dialami dengan jiwa.

Bakal membawakan album Between The Lines dengan taruhan single perdana Light Writing dan single kedua berjudul Jatuh, muzik ini bakal menerawang udara Jepun pada November ini. Terdekat jua, halwa telinga ini akan sampai ke pendegaran pecinta baru dan lama Liyana di Singapura.

“Indonesia juga harapnya dapat sampai,” celah Liyana Fizi penuh doa.

Paling dekat, Liyana Fizi bakal membawa geseran merdu suaranya di Bentley Music, Mutiara Damansara pada tarikh 11 Disember ini. Tanda waktu anda sekitar 8 malam kerana jelajah muzik Liyana Fizi bakal bermula malam itu di lokasi anjuran Bentley tersebut.

Langgam melodinya bakal berkumandang. Bersatu dengan pemuzik yang sejiwa dengannya, Liyana Fizi membuka kepada satu dunia. Dunia yang lebih besar buat dirinya dan buat diri pecintanya. -Kosmo!

Tengok Video Liyana Fizi Sexy Hot Dalam Lagu English Hit Light Writing.

mohdrohaizad.com - Terkini Liyana Fizi telah meninggalkan kumpulan Estrella untuk bergerak solo. Jika anda tengok video klip Liyana Fizi pasti perasan yang suaranya begitu unik tetapi gaya memegang gitar seolah-olah seperti Ana Raffali.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Liyana Fizi Seksi Hot Solo Tinggalkan Estrella By Mohd Rohaizad. Published: 11.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...