CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Mamat Playboy Punca Sepah Berpecah Dakwa Adda


Mamat Playboy Punca Sepah Berpecah Dakwa Adda

Bekas anggota Sepah, (Gambar) Mohd Noor Murad atau Mamat Sepah menganggap tuduhan yang dibuat oleh bekas kekasihnya (Gambar) Nur Syuhada atau lebih dikenali sebagai Adda mengenai kisah cinta mereka sebagai melampau batas dan mempunyai agenda tertentu.

Kata Mamat Sepah, dia berani menjunjung kitab suci Al-Quran dan bersumpah bahawa kenyataan yang dibuat oleh Adda vokalis kumpulan Butterfly itu adalah tidak benar.

"Saya mengaku meninggalkan dia dalam keadaan yang dia sangat sayangkan saya dan begitu juga saya terhadapnya. Namun ada perkara lain yang saya tidak boleh terima dalam hubungan itu sehingga membuatkan saya mengambil keputusan memutuskan hubungan.

"Biarlah saya dan dia sahaja yang mengetahui perkara tersebut kerana jika saya buka mulut ia tidak beri faedah kepada sesiapa pun, malah memburukkan lagi keadaan," kata Mamat Sepah kepada media hiburan di sini, Isnin.

Gambar Mamat Sepah dan Fida Seksi Hot Bercinta
Gambar Mamat Sepah & Fida Seksi Hot Bercinta

Mamat Sepah diminta mengulas kenyataan Adda dalam sebuah akhbar mingguan yang mendakwa dia telah memutuskan hubungan cinta mereka tanpa sebarang alasan.

Malah dalam kenyataan tersebut juga, Adda mendakwa Mamat Sepah sebagai individu yang menjadi punca perpecahan kumpulan Sepah.

Bagaimanapun, Mamat Sepah akui dia sedar perkara sebegini akan berlaku dan menasihatkan Adda agar tidak membesarkan lagi perkara ini.

Gambar Adda Seksi Hot Bekas Kekasih Mamat Sepah
Gambar Adda Seksi Hot Bekas Kekasih Mamat Sepah

"Saya tahu kekecohan ini terjadi disebabkan tindakannya yang mahu memperbesarkan perkara itu. Dia pernah beritahu saya tentang hajat berkenaan tetapi saya sudah mengingatkannya supaya tidak meludah ke langit, takut terkena muka sendiri.

"Tentang cincin yang saya telah berikan, memang saya minta semula daripadanya kerana itu adalah tanda ikatan sebuah hubungan, namun saya terus buang kerana tidak sanggup mengenangnya lagi," kata Mamat Sepah kesal.

Dalam pada itu, mengenai perpecahan kumpulan Sepah yang dikatakan berpunca daripadanya, Mamat berkata keputusan berkenaan adalah persetujuan daripada ketiga-tiga pihak.

"Perkara itu sudah dijelaskan dan keputusan itu adalah daripada kami bertiga buka kerana saya seorang," tutur Mamat Sepah.

Fida Ibrahim Faham Mamat Sepah Bukan Playboy

Sementara itu, Mamat Sepah ketika diminta mengulas reaksi kekasih barunya iaitu pelakon Fida, Mamat Sepah berkata, pelakon Kasih Alia itu seorang yang profesional dan berfikiran terbuka.

"Fida menyuruh agar saya tidak melatah kerana ini adalah asam garam kehidupan sebagai artis dan dia sangat memahami situasi saya sekarang," ujar Mamat Sepah mengakhiri temubual. -Mstar.

Tengok Video Fida Ibrahim Seksi Hot Nyanyi Lagu Single Terbaru. 



mohdrohaizad.com - Akhirnya Adda bersuara tentang Mamat Sepah seorang playboy dan punca berlakunya perpecahan dalam kumpulan Sepah. Adakah Adda membuat tuduhan palsu disebabkan ditinggal Mamat Sepah? Bagi kami baik Mamat Sepah nikah Fida daripada Adda. Kenapa? Anda boleh fikir sendiri.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Mamat Playboy Punca Sepah Berpecah Dakwa Adda By Mohd Rohaizad. Published: 12.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...