CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Mamat Sepah Mengaku Salah Dedah Rambut Fida Ibrahim


Mamat Sepah Mengaku Salah Dedah Rambut Fida

Bekas anggota kumpulan Sepah, (Gambar) Mohd Noor Murad atau Mamat Sepah telah melakukan kesilapan apabila secara tidak sengaja memuat naik gambar kekasihnya, pelakon Fida Ibrahim yang menampakkan sebahagian rambut ke akaun Facebook miliknya.

Mamat Sepah berkata, dia kesal dengan kesilapannya itu kerana perbuatan tersebut telah menyebabkan nama baik Fida Ibrahim yang tidak pernah mendedahkan rambutnya di khalayak tercalar.

"Saya mengakui itu adalah salah saya tetapi sejujurnya saya tidak berniat untuk mengaibkan nama baik Fida Ibrahim pada mata masyarakat. Dia adalah seorang gadis yang baik," kata Mamat Sepah ketika dihubungi media hiburan di sini, Selasa.

Mamat Sepah diminta mengulas mengenai penyebaran gambar kekasihnya Fida Ibrahim tanpa tudung sebaliknya tetapi menampakkan sebahagian rambutnya dengan memakai topi di laman-laman blog hiburan tempatan.

Mamat Sepah menjelaskan lebih lanjut mengenai kejadian itu, Mamat Sepah berkata gambar tersebut diambil ketika dia dan keluarganya sedang bercuti di sebuah destinasi yang turut disertai oleh Fida Ibrahim dan beberapa rakan lain.

Gambar Mamat Sepah Dedah Rambut Fida Tersebar Di Internet
Gambar Mamat Sepah Dedah Rambut Fida Tersebar Di Internet

Menurut Mamat Sepah, semasa gambar tersebut diambil, dia tidak perasan sebahagian rambut kekasihnya itu terdedah kerana tidak memakai cermin mata ketika itu.

"Semasa kejadian Fida di dalam kereta dan secara spontan saya mengambil gambar tersebut tanpa menyedari sebahagian rambutnya terdedah tambahan pula saya tidak memakai cermin mata.

"Tanpa berfikir panjang saya terus memuat naik gambar tersebut di laman Facebook milik saya," jelas Mamat Sepah. Rasa bersalah mengenai kejadian tersebut, Mamat berkata dia berharap masyarakat tidak membuat tohmahan buruk kepada Fida kerana gadis itu tidak bersalah dalam hal tersebut.

Mamat Sepah Minta Maaf Sebar Gambar Fida Ibrahim Tidak Bertudung

"Saya sangat berharap perkara ini tidak melarat kerana takut orang akan mengatakan saya telah mengubah Fida melakukan perkara tidak baik sejak berkawan dengan saya.

Mamat Sepah ditanya adakah dia ada berbincang dengan Fida Ibrahim mengenai perkara berkenaan, Mamat Sepah memberitahu Fida Ibrahim tidak mengetahui dia memuat naik gambar tersebut.

"Sebab itu saya kata Fida tidak bersalah dalam hal ini kerana semasa anda menemu bual saya ini, dia sendiri masih tidak mengetahui mengenai apa yang sedang terjadi. Saya belum bercakap dengannya tentang hal itu," kata Mamat Sepah menyesal menyebarkan gambar Fida Ibrahim tidak bertudung. -Mstar.

Tengok Video Fida Ibrahim Mempermainkan Bekas Tunangnya Di Bang Bang Boom.


mohdrohaizad.com - Masalahnya kenapa Fida Ibrahim mahu gambarnya di ambil tanpa bertudung penuh? Nampaknya Fida Ibrahim sendiri rela kekasihnya Mamat Sepah untuk menayang rambut Fida Ibrahim buat tatapan peminatnya.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Mamat Sepah Mengaku Salah Dedah Rambut Fida Ibrahim By Mohd Rohaizad. Published: 21.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...