CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Marsha Londoh Nafi Bunuh Diri Sebab Putus Cinta


Marsha Londoh Nafi Cuba Bunuh Diri Sebab Putus Cinta

Marsha Londoh berkata, "Tak pernah terlintas di fikiran saya untuk membunuh diri, jauh sekali mahu mencipta gimik sebegitu. Hakikatnya saya memang tak sihat dan mengambil ubat untuk tekanan darah rendah saya. Saya menafikan cerita bahawa saya menelan pil sehingga 30 biji. Pelik juga bagaimana boleh keluar kisah sebegitu.

"Saya juga mengaku memang saya rebah di tempat letak kereta kediamaan saya dan di bawa ke hospital oleh pihak pengurusan rumah saya," kata penyanyi dan pelakon, Marsha Milan Londoh mengenai isu dirinya cuba membunuh diri dengan menelan sebanyak 30 biji pil dan dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) baru-baru ini.

Marsha Londoh menceritakan detik-detik kejadian itu, Marsha Londoh berkata, sehari sebelum kejadian sememangnya dia tidak sihat dan telah mengambil ubat untuk merawat dirinya.

Marsha Londoh menganggap dirinya telah pun sihat, jelas Marsha Londoh lagi, keesokkan harinya dia keluar kerana mahu membeli makanan yang akhirnya menyebabkan dia rebah di tempat lokasi tersebut.

Gambar Marsha Londoh Nafi Bunuh Diri Kerana Putus Cinta
Gambar Marsha Londoh Nafi Bunuh Diri Kerana Putus Cinta

"Malam sebelum kejadian memang saya tak sihat dan mengambil ubat rendah darah. Esok paginya saya pergi kedai untuk membeli makanan dan dalam perjalanan saya telah terlanggar pembahagi jalan. Saya teruskan perjalanan dan kemudiannya saya sampai ke tempat letak kereta kediamaan. Tanpa saya sedar saya telah pengsan di sana," jelas Marsha Londoh.

Buka Gimik Marsha Londoh

Marsha Londoh menafikan tertekan akibat cinta atau pun kerana kisah gimik perkahwinan palsunya namun Marsha mengakui sememangnya dia telah pun putus cinta beberapa minggu sebelum kejadian tersebut.

"Kejadian ini tak ada kena mengena dengan cinta. Lagipun kami hanya berkenalan hanya dalam tempoh dua tahun. Rasanya dengan kekasih terdahulupun lebih lama berbanding yang ini. Ingin saya menafikan di sini bahawa kejadian tersebut berlaku bukan daripada akibat tekanan dengan masalah peribadi saya.

"Buat pengetahuan semua saya memang mempunyai sakit sinobronchitis sejak tahun 2009. Jadi penyakit itu memang menganggu beberapa sistem dalam badan saya.Ianya juga menyebabkan saya mengalami tekanan darah rendah,"kata Marsha Londoh ketawa.

Marsha Londoh ditanya mengenai dakwaan yang mengatakan Marsha Londoh bergaduh dengan bekas kekasihnya di sebuah majlis keramaian pada malam sebelum kejadian yang lantas menyebabkan dia menelan pil penenang, Marsha Londoh sekali lagi menafikan sekeras-kerasnya perkara tersebut.

Marsha Londoh Bergaduh Dengan Bekas Kekasih

"Memang saya ada pergi ke majlis keramaian itu tapi majlis itu berlaku dua hari sebelum kejadian. Tapi saya tak bergaduh dengan sesiapa dan cerita itu memang tak benar," tutur Marsha Londoh.

Marsha Londoh masih lagi dalam pengawasan doktor, kata Marsha Londoh, kini fokusnya lebih kepada bidang seni dan bakal muncul dengan single baru dan penggambaran drama tidak lama lagi.

"Saya akan muncul dengan single baru berjudul Tak Perlu Selamanya tidak lama lagi. Dalam pada itu saya juga akan terlibat dengan penggambaran drama bersiri Bicara Hati arahan Osman Ali," ucap Marsha Londoh yang kini dalam fasa mengenali seseorang namun masih belum bersedia untuk bercinta. -Murai.

Tengok Video Koleksi Gambar Lakonan Marsha Londoh Seksi Hot Aktress Malaysia.


mohdrohaizad.com - Baguslah Marsha Londoh tampil menafikan yang Marsha Londoh bukan cuba untuk membunuh diri kerana kes putus cinta dengan kekasihnya dulu. Marsha Londoh kena banyak bertenang dan sabar jangan mengambil tindakan sia-sia seperti membunuh diri.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Marsha Londoh Nafi Bunuh Diri Sebab Putus Cinta By Mohd Rohaizad. Published: 22.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...