CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Memey Suhaiza Norman Hakim (Majlis Pernikahan Perkahwinan Resepsi)


Memey Suhaiza dan Norman Hakim (Majlis Pernikahan Perkahwinan Resepsi)

Dengan sekali lafaz, pelakon Norman Hakim, 35 tahun, telah selamat dinikahkan dengan pasangannya, pelakon Memey Suhaiza, 23 tahun, di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor pada pukul 5.10 petang, Sabtu.

Pasangan Memey Suhaiza dan Norman Hakim ini dinikahkan oleh jurunikah mukim Kambau, Kota Tinggi, Zulkifli Tarmizi berwalikan bapa Memey, Suhaimi Sawarni, 49 tahun.

Pada majlis pernikahan Memey Suhaiza dan Norman Hakim tersebut, Memey Suhaiza turut menerima mas kahwin berjumlah RM22.50 dan lima dulang hantaran termasuk wang hantaran RM24,000, sistem pengesanan global (GPS), rantai, cincin berlian, kek buah berbentuk beg tangan Gucci, sirih junjung dan al-Quran.

Sementara Norman Hakim menerima tujuh dulang hantaran daripada Memey iaitu iPad 2, cincin, coklat, buah-buahan, sirih junjung, kek lapis Sarawak dan al-Quran.

Gambar Memey Suhaiza dan Norman Hakim Terkini Sah Suami Isteri Selepas Majlis Akad Nikah
Gambar Memey Suhaiza dan Norman Hakim Terkini Sah Suami Isteri Selepas Majlis Akad Nikah

Keseluruhan hantaran kedua-dua belah pihak dianggarkan berjumlah RM40,000 yang digubah oleh Iezla Bridal merangkap perunding perkahwinan.

Memey Suhaiza dan Norman Hakim kelihatan sama cantik sama padan mengenakan baju pengantin berwarna mengikut kulit rekaan Ezuwan Ismail.

Selain keluarga kedua-dua belah pihak, majlis ini turut dihadiri dan disaksikan oleh 1,000 tetamu termasuk dua anak Norman iaitu Mohamed Danish Hakim, 8 tahun, dan Marissa Dania Hakim, 6 tahun.

Gambar Pelamin Majlis Persandingan Memey Suhaiza dan Norman Hakim

Menurut Norman Hakim, dia akan membawa Memey Suhaiza berbulan madu di Paris dalam masa yang akan ditetapkan kemudian dan seterusnya dijangka ke Mekah untuk mengerjakan umrah pada tahun depan.

Memey Suhaiza dan Norman Hakim Bulan Madu di Paris, Perancis.

Pada malam Sabtu, pasangan Memey Suhaiza dan Norman Hakim ini akan melangsungkan majlis malam berinai di rumah pihak perempuan di mana Memey mengenakan baju busana berkonsepkan kontemporari berwarna peach manakala Norman dengan baju tradisional berwarna hitam yang disediakan oleh Iezla Bridal.

Majlis resepsi sebelah pengantin perempuan akan dilangsungkan di rumah pihak perempuan pada Ahad dengan berkonsepkan perkahwinan dalam taman. Pakaian persandingan direka oleh Hatta Dolmat manakala untuk upacara memotong kek direka oleh Rizman Ruzaini.

Majlis Perkahwinan Resepsi Memey Suhaiza dan Norman Hakim

Pada 28 September depan pula, majlis perkahwinan yang bernilai RM12 juta, akan diadakan di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur, ditaja sepenuhnya oleh jenama barangan kemas, Rafflesia.

Tema majlis perkahwinan Memey Suhaiza dan Norman Hakim itu berkonsepkan Kosmopolitan dan hanya 200 orang tetamu sahaja di undang iaitu pihak media dan selebriti.

Menariknya Memey Suhaiza akan menyarungkan gaun pengantin pereka tersohor dunia, Vera Wang pada majlis perkahwinannya pada 28 September itu.

Menurut perancang perkahwinan Memey Suhaiza dan Norman Hakim, Billbora, gaun yang menjadi pilihan selebriti Hollywood seperti Kim Kardashian, Mariah Carey dan Invanka Trump itu telah dibeli oleh Rafflesia, menerusi sebuah agen di Hong Kong.

Memey Suhaiza akan mengenakan dua gaun pengantin pada majlis tersebut dan salah satunya daripada rekaan Vera Wang yang berkonsepkan Bohemian. Bagaimanapun ia bukanlah ditempah khas sebaliknya dibeli oleh pihak Rafflesia yang inginkan kelainan pada majlis tersebut.

Sepasang lagi gaun yang akan dikenakan pula direka khas oleh tiga pereka tempatan daripada Rafflesia dengan bertatahkan mutiara gred A yang bernilai RM500,000.

Bagi pakaian pengantin lelaki pula, Norman akan mengenakan dua pasang sut tradisional Inggeris rekaan Lord's Taylor bernilai RM10,000 setiap satu.

Gaun dan Sut Pengantin Memey Suhaiza dan Norman Hakim Dipamerkan Muzium Negara

Menarik lagi, keempat-empat gaun dan sut pengantin tersebut akan dipamerkan untuk satu acara istimewa di Muzium Negara pada 26 November hingga 31 Disember depan.

Selain Rafflesia, Lord's Taylor dan Vera Wang, Profesor Datuk Jimmy Choo juga akan menghasilkan dua pasang kasut khas buat Memey yang bernilai RM300,000.

Ini merupakan perkahwinan pertama buat Memey Suhaiza manakala yang kedua bagi Norman Hakim.

Norman Hakim pernah berkahwin dengan pelakon Abby Abadi pada 8 Januari 2002 dan dikurniakan tiga orang anak termasuk Maria Danisha Hakim, 3 tahun. Mereka bercerai pada 18 Disember 2008. -Mstar.

Tengok Video Memey Suhaiza dan Norman Hakim (Majlis Persandingan Pertunangan)


mohdrohaizad.com - Akhirnya Memey Suhaiza dan Norman Hakim sah bernikah bergelar suami isteri secara sah. Walaupun ramai yang tidak suka dengan si perampas Memey Suhaiza dan si curang Norman Hakim, namun kami tetap doakan semoga mereka bahagia. Nak buat macam mana dah jodoh macam itu kan?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Memey Suhaiza Norman Hakim (Majlis Pernikahan Perkahwinan Resepsi) By Mohd Rohaizad. Published: 24.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...