CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Neelofa Seksi Hot Jadi Duta Avon Ganti Nur Fazura


Neelofa Seksi Hot Jadi Duta Avon Ganti Nur Fazura

Pelakon jelita, (Gambar) Noor Neelofa Mohd Noor, 22 tahun, (Neelofa) menganggap pengalaman pertama menyambut Hari Raya sebagai artis memberikan kejutan yang indah apabila dia diraikan dalam sebuah majlis rumah terbuka anjuran sanak-saudara dan penduduk kampung di Pasir Mas, Kelantan pada Hari Raya pertama lalu.

Kongsi Neelofa, majlis tersebut yang lebih bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama keluarga dan penduduk setempat diadakan sebagai tanda kesyukuran dan berbesar hati atas kehadirannya di industri seni.

Gambar Neelofa Seksi Hot Jadi Duta Avon
Gambar Neelofa Seksi Hot Jadi Duta Avon

"Kalau hendak tahu kami sekeluarga dan orang-orang kampung memang rapat. Tambahan pula, memang sudah menjadi trend bagi kalangan orang Kelantan, semangat kenegerian mereka memang kuat dan utuh.

"Apabila mereka dapat tahu saya kini bergelar artis, mereka cukup berbesar hati dan teruja untuk meraikan saya dalam rumah terbuka bersempena Aidilfitri," kata Neelofa secara berseloroh.

Neelofa Sambut Hari Raya Di Kelantan

Neelofa yang bercerita tentang sambutan perayaan Hari Raya, aktres kontroversi ini berkata, Neelofa sekeluarga pulang ke kampung ibunya itu bermula 28 Ogos hingga 4 September lalu dengan menaiki kapal terbang.

"Kami terpaksa naik kapal terbang untuk pulang ke Kelantan kerana keluarga saya besar. Saya ada 10 adik-beradik, jadi tentu leceh pula kalau naik kereta.

"Sambutan Hari Raya tahun ini sama juga macam tahun-tahun yang lalu cuma pada tahun semakin ramai orang mengenali saya.

"Kami sekeluarga akan berkumpul di rumah nenek dan menyambut sanak-saudara dan orang kampung datang saja," kata Neelofa yang menggemari menu nasi dagang, laksam dan laksa Siam pada pagi Raya.

Gambar Neelofa Bertudung Labuh Dalam Drama
Gambar Neelofa Bertudung Labuh Dalam Drama

Terbaru tentang karier lakonan Neelofa, heroin filem Azura 2011 ini berkata, dia akan kembali sibuk dengan pengajiannya sebelum memasuki set penggambaran filem terbaru Lemak Kampung Santan arahan Hans Isaac pada pertengahan September ini.

"Saya baru saja dilamar untuk menjadi duta produk kecantikan Avon bagi menggantikan Nur Fazura. Insya-Allah, segala perbincangan telah dimeterai dan bermula Januari tahun depan saya akan bertindak sebagai wajah baru Avon untuk produk mekap.

"Untuk lakonan pula, Neelofa akan masuk ke lokasi filem Lemak Kampung Santan pada pertengahan September ini,” kata Neelofa yang merupakan pelajar jurusan Sarjana Muda Perdagangan Antarabangsa dan Pemasaran di Kolej Sunway ini. -Mstar.

Tengok Video Neelofa Sexy Hot Dalam Temubual Kontroversi Gosipnya




mohdrohaizad.com - Neelofa seksi hot semakin popular dengan gosip dan kontroversinya mengenai pergaduhan dengan ramai artis Malaysia. Terbaru Neelofa mek kelate cantik jelita telah dilamar menjadi duta Avon produk kecantikan menggantikan Nur Fazura. Perang Neelofa dan Nur Fazura pasti mengambil masa yang lama untuk reda.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Neelofa Seksi Hot Jadi Duta Avon Ganti Nur Fazura By Mohd Rohaizad. Published: 5.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...