CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Memuatkan ...

Nor Azlina Redzuan TV3 Acara Intai Intai Deko


Nor Azlina Redzuan TV3 Acara Intai Intai Deko

Hari ini, 15 September 2011, genaplah setahun pengacara terkenal, (Gambar) Datin Nor Azlina Redzuan meninggalkan dunia pengacaraan. Kali terakhir anak kelahiran Perlis ini berkhidmat dalam dunia pengacaraan adalah menerusi program Buletin Utama di TV3 sebagai penyampai berita.

Namun, jiwa dan minat wanita yang mesra dengan panggilan Alin ini dalam bidang pengacaraan cukup tebal. Mengakui agak janggal jika tidak bekerja, isteri kepada (Gambar) Datuk Yusof Annuar Yaacob ini nekad kembali mewarnai dunia penyiaran.

Nor Azlina Redzuan TV3 Acara Intai Intai Deko

Nor Azlina Redzuan, pengacara kecil molek ini kini bakal muncul dalam sebuah program majalah dokumentari khas terbaru di TV3, Intai Intai Deko. Apa yang istimewanya, program Intai Intai Deko ini merupakan kemunculan semula Alin buat julung-julung kalinya selepas enam tahun tidak mengacara sesebuah program berbentuk majalah.

Gambar Nor Azlina Redzuan dan Datuk Yusof Annuar Yaacob Wedding
Gambar Nor Azlina Redzuan dan Datuk Yusof Annuar Yaacob Wedding (Majlis Perkahwinan)

“Ini boleh dikatakan sebagai kemunculan semula saya dalam sebuah rancangan berbentuk majalah di mana kali terakhir saya muncul dengan program berbentuk sebegini adalah dalam Majalah 3, enam tahun yang lalu.

“Program ini juga cukup istimewa kerana tarikh tayangannya pada 15 September adalah merupakan tarikh terakhir saya muncul sebagai pengacara dalam Buletin Utama. Kiranya genap setahunlah saya berhenti berehat sebagai pengacara,” ujar Nor Azlina Redzuan ketika ditemui pada majlis pelancaran Intai Intai Deko di Theaterette Sri Pentas, petang kelmarin.

Gambar Nor Azlina Redzuan Seksi Hot Selepas Kahwin
Gambar Nor Azlina Redzuan Seksi Hot Selepas Kahwin

Menurut Nor Azlina Redzuan bekas pengacara Nona ini, salah satu sebab beliau kembali mengacara adalah kerana minat kewartawanan yang masih tebal di jiwanya. Tambah Nor Azlina Redzuan, beliau begitu teruja apabila dapat kembali melakukan tugas sebagai pengacara televisyen apatah lagi minatnya itu disokong oleh suami tercinta.

“Saya begitu teruja sangat dapat kembali mengacara. Benda yang saya suka, memang saya tak kisah nak buat. Lagipun, suami saya sendiri tidak kisah dan dia lagi suka jika saya bekerja.” -Gua.

Tengok Video Nor Azlina Redzuan Pembaca Berita TV3 Buletin Utama.




mohdrohaizad.com - Nor Azlina Redzuan akan mengacara Intai Intai Deko iaitu merupakan sebuah program gaya hidup yang bertujuan untuk memberi ilham dan inspirasi kepada para penonton dalam menata rias kediaman mereka. Program terbitan Primeworks Studios ini bakal bersiaran menerusi slot Senda Pagi, bermula pada hari ini, 15 September 2011, setiap hari Khamis jam 11.30pagi di TV3.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Nor Azlina Redzuan TV3 Acara Intai Intai Deko By Mohd Rohaizad. Published: 15.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...