CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Nurul Elfira Loy Seksi Hot Popular Bersama Astro


Nurul Elfira Loy Seksi Hot Popular Bersama Astro

Si manis 17 tahun, (Gambar) Nurul Elfira Loy berani meletakkan banyak sasaran dalam hidupnya. Bukan kerana usianya yang belum keluar daripada kepompong keremajaan, sebaliknya Wajah Eksklusif Astro itu menjelaskan:

“Saya memang jenis yang tempuh sahaja apa yang datang dalam hidup, baik dari segi lakonan atau akademik. “Sebab itulah, kalau disoal sasaran langkah selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) nanti, saya tak boleh jawab. Saya jenis yang tak boleh menanggung kegagalan. Kecewa saya lain macam kalau tak dapat apa yang saya idam-idamkan,” kata Elfira Loy yang bakal berdepan peperiksaan percubaan SPM pada Selasa ini.

Nurul Elfira Loy - Drama Qalesha & Filem Second Virgin

Elfira Loy yang sibuk menelaah pelajaran namun pelakon yang popular dengan drama Qalesha, Waktu Rehat serta Sayang Abah ini mengakui bahawa dia tidak mempunyai had masa tertentu dalam soal mengulang kaji pelajaran.

“Setiap hari, selepas berbuka puasa saya ada kelas tuisyen. Sepanjang Ramadan lalu, saya langsung tidak terbabit dalam penggambaran. Lepas balik dari Jepun Julai lepas, sampai sekarang saya tiada jadual penggambaran,” kata Elfira Loy yang melakonkan watak jururawat dalam filem Jepun berkenaan yang berjudul Second Virgin.

Nurul Elfira Loy Cantik Jelita Khas Milik Astro
Gambar Nurul Elfira Loy Cantik Jelita Khas Milik Astro

Sekarang baru habis peperiksaan Gerak Gempur SPM. Selagi SPM belum habis, selagi itulah saya akan tertekan. Setiap hari kena belajar, balik sekolah sambung lagi dengan kelas tuisyen. Untuk SPM nanti, saya ambil sembilan subjek tapi subjek yang paling buat saya kecut perut ialah Fizik dan Kimia. Kalau boleh semua nak skor A, tapi rasanya kalau saya mampu dapat 6A pun cukuplah.

Elfira Loy Ingin Sambung Belajar

Kalau ikutkan hasrat ibu, dia mahu saya sambung belajar dalam bidang penerbangan. Saya pun teringin juga walaupun ada juga keinginan lain. Tengoklah dulu.

Elfira Loy Balik Kampung Sambut Raya

Tahun ini kami beraya dan bercuti di Pulau Langkawi. Balik nanti kami akan singgah Alor Setar sekejap sebelum balik semula ke Kuala Lumpur. Tahun lepas kami beraya di Pulau Tioman. Kami sekeluarga memang jenis suka buat perancangan pada saat-saat akhir dalam soal balik kampung.

Gambar Nurul Elfira Loy Seksi Hot Buat Peminatnya
 Gambar Nurul Elfira Loy Seksi Hot Buat Peminatnya

Elfira Loy Tiada Tema Hari Raya

Kami sekeluarga bukannya jenis yang ada tema-tema warna baju raya. Kalau ada pun, saya dengan adik, Nurul Ezlisa meminati baju daripada fabrik kapas. Ibu pun sama, adik-beradik yang lelaki pun ada pilihan masing-masing.

Bagi Elfira Loy Takut SPM - INDAHNYA RAYA KALAU...

Indahnya raya kalaulah tak perlu ambil SPM, tiada langsung pun SPM lagi bagus. SPM buat orang macam saya kecut perut. -Kosmo!

Tengok Video Nurul Elfira Loy Seksi Hot Dalam Koleksi Gambar-Gambar Menarik



mohdrohaizad.com - Nurul Elfira Loy masih lagi muda tetapi telah mendapat perhatian pihak Astro dengan esklusifnya. Mampukah Nurul Elfira Loy meniti populariti dalam Malaysia dan luar negara? Sudah tentu! Kerana bakat Nurul Elfira Loy sudah mula diasah dan mungkin bakal menjadi heroin Malaysia yang terbaru.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Nurul Elfira Loy Seksi Hot Popular Bersama Astro By Mohd Rohaizad. Published: 4.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...