CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Memuatkan ...

Profile Biodata Aeril Zafrel Sebelum Menjadi Artis Popular


Profile Biodata Aeril Zafrel Sebelum Menjadi Artis Popular 

Masih terlalu baru dalam seni lakon, kemunculan Aeril Zafrel, 23 tahun, barangkali masih belum banyak meninggalkan impak di mata penonton. Namun, berbekal wajah lelaki Melayu serta sosok tubuh yang sederhana, namanya sudah banyak bermain di bibir ramai.

Aeril Zafrel mula dikenali menerusi filem Aku Tak Bodoh dan baru-baru ini banyak mencuri perhatian dengan drama bersiri Ramadan Terakhir, jejaka kelahiran Rengit, Johor ini semakin laris diulit tawaran.

"Syukur, setakat ini jadual lakonan saya semakin padat. Bermula 15 September nanti, saya akan masuk ke lokasi penggambaran filem keempat saya, Super Duper Lover, terbitan MIG.

"Dalam pertengahan penggambaran filem itu nanti, saya juga harus berkejar ke lokasi drama bersiri Klik yang masuk musim kedua," kata Aeril Zafrel yang masih bawah naungan pengurusan MIG.

Gambar Aeril Zafrel Hero Malaysia Terbaru Bakal Popular
Gambar Aeril Zafrel Hero Malaysia Terbaru Bakal Popular

Aeril Zafrel BINA BADAN

Rasanya saya masih dalam kategori lelaki berbadan sederhana. Saya cuma akan ke gim jika ada tuntutan watak yang mahukan penampilan lebih berisi otot atau sebaliknya. Kalau badan terlalu besar atau penuh berotot juga rasanya tidak begitu bagus untuk seseorang pelakon, nanti sukar untuk mendapat tawaran watak yang lebih bervariasi.

Aeril Zafrel PELAKON KANAK-KANAK

Khalayak yang banyak menyuarakan pandangan, bertanya kenapa saya asyik dapat watak remaja atau pelajar sekolah. Padahal, saya sudah berusia 20-an. Mungkin sebab badan saya tidak begitu besar dan wajah nampak macam remaja. Dalam drama Klik yang akan datang, saya menjadi pelakon paling berusia di kalangan pelakon-pelakon lain. Bagaimanapun, saya okey, bagi saya itu semua rezeki. Dalam Ramadan Terakhir, kiranya watak saya yang paling berbeza, lebih matang berbanding watak lain.

Aeril Zafrel JANGKA HAYAT SENI

Saya hanya benar-benar aktif berlakon sejak 2010, masih baru. Tapi saya percaya, masa depan ada untuk saya dalam bidang ini. Jika saya fokus, tidak lupa diri dan usaha bersungguh-sungguh, saya juga boleh berjaya.

Aeril Zafrel Minat BOLA ATAU BADMINTON

Jika diberi pilihan untuk tengok bola atau badminton, tentunya saya pilih bola. Kalau bab pasukan pilihan, saya penyokong Manchester United (MU), sebab skil serta pemain kelab itu memang bagus, lagipun kawan-kawan saya kebanyakan peminat MU.

Aeril Zafrel MOMEN 1 SYAWAL

Saya paling terkesan apabila semua ibu serta bapa saudara saya semuanya ambil berat pasal kami adik-beradik. Ibu bapa saya telah tiada tapi kami semua masih merasakan kasih sayang dan nikmat sebuah keluarga apabila semua dapat berkumpul dan beraya bersama di rumah datuk saya di Kampung Sungai Kluang, Rengit. -Kosmo!

Tengok Video Aeril Zafrel Seksi Hot Berlakon Dalam Cerita Dongeng Puteri Kayangan. 


mohdrohaizad.com - Adakah  Aeril Zafrel akan menyinar dalam industri hiburan Malaysia? Sama-sama kita nantikan  Aeril Zafrel hero Malaysia yang terbaru bakal popular atau tidak.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Profile Biodata Aeril Zafrel Sebelum Menjadi Artis Popular By Mohd Rohaizad. Published: 11.9.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...